10.0

75 19 1
                                    

Cullen mengangkat wajahnya dan terus berpaling ke tempat lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Cullen mengangkat wajahnya dan terus berpaling ke tempat lain. Cullen menutup wajahnya menggunakan lengan kanannya.

"Nak balik." Cullen berdiri dan terus berjalan meninggalkan Maya.

Maya tertawa kecil dan mengikuti langkah Cullen. Dia mendongak memandang Cullen yang cuba mengelak dari memandang dirinya. Semakin galak dia mengetawakan Cullen yang malu-malu kucing itu.

"Tak payah la gelak."

Maya terhenti ketawa dan menarik lengan kanan Cullen supaya tidak menyembunyikan wajahnya. Cullen menatap Maya.

"Cullen. Lusa hari jadi Asta, kita selesaikan masalah ni esok lepastu apa nak jadi, jadi lah. Kalau Asta lupakan aku, aku ikhlas."

"Kau give up?"

"Bukan. Aku dah taknak buat orang sekeliling aku sedih. Aku taknak tengok Cullen nangis. Aku nak kau berbaik dengan keluarga kau balik. Hidup seperti biasa macam waktu sebelum aku muncul dalam hidup korang. Aku okay kalau Asta lupakan aku. Sekurang-kurangnya dia tak terseksa untuk terus menerus ingat tentang aku. Lagipun kalau dia ingat pasal aku tapi kitorang tak boleh bersama-"

Cullen mengangkat wajah Maya yang mula menunduk memandang tanah. Cullen dan Maya saling bertatapan.

"Aku buat semua ni untuk Asta. Aku yang buat pilihan, bukan kau paksa tapi aku yang nak." Cullen mengesat air mata Maya yang mula mengalir. Cullen menarik Maya ke dalam dakapannya.

"Kalau Asta lupakan kau. Aku-" Cullen mengetap giginya.

"Aku akan tetap bawa kau dekat Asta. Walau terpaksa mulakan semula, aku akan pastikan korang berdua bahagia. Kau layak dapatkan orang yang kau cinta. Kalau kau give up, aku ketuk kepala kau." Cullen meleraikan pelukan dan mengetuk kepala Maya. Cullen terus berjalan meninggalkan Maya yang mengadu sakit kerana kepalanya diketuk.

Maya kembali tersenyum.

"Kenapa hati aku sakit?" Cullen memegang dadanya dan mendongak ke langit.

"Kalau Asta lupakan kau. Aku yang akan terima kau. Aku akan sayang dan cintakan kau lebih dari Asta."

"Kalau aku cakap macam tu mesti dia benci aku." Cullen tersenyum pahit. Dia meraup wajahnya dengan kasar.

"Maaf Asta."

✨✨✨

"Abang Arlett?"

"Sorry, siapa ya?" Tuan Zayyan memandang hairan Raja Altair.

"Altair Cyrus." Tuan Zayyan terkedu sekaligus terkejut kerana badannya dirangkul ke dalam pelukan oleh Raja Altair.

"Altair..." Arlett tidak membalas pelukan Altair, dia masih tidak dapat berkata-kata kerana pertemuan yang tak terduga ini.

"Macam mana- macam mana abang Arlett bole hidup lagi?" Soal Raja Altair.

Maya : The Sweet Dream ✔︎Where stories live. Discover now