♧25♧ || sayap

75 11 1
                                    

mata masing menikam satu sama lain. Mata Olivia kini mula bertukar menjadi ungu. Begitu juga dengan Mattheo.

"I ask!"

"That's my problem!"

masing - masing tidak mahu mengalah. Gelas di pegang Olivia pecah tanpa sebab, Begitu juga lampu dan tingkap di bilik. semua kaca di dalam bilik itu, pecah dengan serentak, aura hitam menyelubungi diri mereka, terlihat asap - asap yang tidak di jemput, mendatang secara tiba - tiba.

PRANG

mereka masih kaku tidak bergerak, merenung mata masing - masing seperti ingin membunuh antara satu sama lain. keadaan kaca pecah sana sini, masih tidak dapat menyedarkan mereka.

TOK TOK TOK

bunyi ketukan pintu semakin kuat, dan kuat. Tapi mereka mengendahkan bunyi itu, dan masih saling bertetapan.

"Olivia, Mattheo, buka pintu ini!" Jerit Dromeda dari luar. Sejak bila pintu tertutup pun mereka tidak pasti. Tanpa buang masa, Dromeda menyebut sihir Alohomora dengan tergesa, takut berlaku benda yang tidak diingini kepada adik beradik kembar itu. Setelah pintu terbuka, Angin yang tidak bergitu kencang menyapa muka Dromeda. Mata terbeliak melihat situasi di dalam bilik. Terus dia mengambil air di dalam bilik mandi Olivia lalu melemparkan kearah dua beradik itu. Habis mereka berdua lencun.

"Olivia? Mattheo? are you guys okay?" tanya Dromeda kepada kembar itu, tiba - tiba mereka serentak pengsan. Terbeliak mata Dromeda melihat anak - anak kakaknya itu pengsan di hadapan mata, terus dia menelefon tabib dengan keadaan cemas.

"tidak ada yang perlu kamu risaukan, mereka hanya pengsan kerana tekanan, beri sahaja mereka minum Poison yang telah Bellatrix berikan itu." Kata Dr. Ludwig, juga salah seorang Death Eater.

"Terima Kasih, Ludwig. Aku tidak tahu pula mereka akan begini setelah bertemu antara satu sama lain, ku ingat mereka akan berbaik dan gembira kerana dapat jumpa satu sama lain." Kata Dromeda sambil mengusap ubun - ubun Olivia dengan lembut.

"Apa yang berlaku sebenarnya?" tanya Dr. Ludwig setelah mengemas beberapa barang. Mata Dromeda terus lari memandang Dr. Ludwig.

"Aku memaksa Mattheo berjumpa dengan Olivia." Kata Dromeda mengingat kembali situasinya.

FLASHBACK

"baik kamu berjumpa dengan Olivia." Kata Dromeda sambil mengelap meja makan.

"buat apa? dia tidak diundang!" Marah Mattheo, tiada mood ingin menonton TV.

"dia pun, tak tahu tentang kewujudan kamu Mattheo, kamu tidak patut salahkan dia." Terang Dromeda dengan tenang.

"tapi-"

"kalau kamu berbaik dengannya, Makcik akan penuhkan pemintaan kamu." rasuah itu adalah jalan yang terbaik buat Mattheo.

"baiklah, kalau begitu ajarkan Mattheo Magic Spell... dari dulu makcik selalu mengelak." Dromeda tanpa fikir panjang hanya mengangguk.

END FLASHBACK

"Tidak mengapa. Bila kamu ingin balik ke SANA?" tanya Dr. Ludwig dengan berhati - hati.

"KAU GILA? aku hanya membantu kakak aku kerana aku masih sayangkan dia, bukannya aku nak sertai kumpulan yang merepek itu!" Marah Dromeda, Ludwig hanya bersiul panjang, menghilangkan rasa gementar.

true love || draco malfoyWhere stories live. Discover now