♧16♧ || masalah

87 15 2
                                    

Mereka sentiasa membuat pemeriksaan berkala pada kereta api ketika mereka terbang lebih laju ke utara. Setiap kali mereka terbang di bawah awan, masing - masing melihat pemandangan yang berbeza. London telah lama ditinggalkan di belakang, digantikan dengan ladang hijau yang rapi dan kemudian berubah menjadi tambak yang luas, keunguan. Sebuah kota besar yang hingar-bingar dengan kereta kelihatan seperti semut yang pelbagai warna manakala perkampungan tidak ubah seperti mainan kecil.

Beberapa jam kemudian, Olivia terpaksa mengakui bahawa keseronokan yang dirasakan telah hilang. Gula-gula tadi membuat mereka sangat dahaga dan tiada sebarang minuman di dalam kereta itu. Harry dan Ron telah menanggalkan baju sejuk mereka. Mereka sudah berhenti memperhatikan bentuk awan yang hebat sekarang dan hanya memikirkan kereta api yang sedang meluncur laju di bawah mereka, di mana mereka boleh menikmati jus labu yang di jual dari troli yang ditolak oleh seorang perempuan sihir gemuk. Mengapalah mereka tidak dapat masuk ke platform sembilan dan tiga perempat?

"Tak jauh lagi, kan?" kata Ron serak beberapa jam kemudian ketika matahari mula menembusi awan-awan sehingga menjadi awan itu berwarna merah jambu pekat. "Bersedia untuk periksa kereta api lagi?"

Kereta api itu masih tepat di bawah mereka, meluncur laju melewati gunung bersalji. Di bawah lembayung awan, suasana sudah menjadi gelap.

Ron meletakkan kakinya di atas pedal pemecut dan mendorong kereta ke atas lagi, tetapi ketika dia melakukannya, enjin kereta mula berbunyi nyaring.

Mereka berpandangan gugup.

"Mungkin penat sangat," kata Ron. "Tak pernah sejauh ini--"

Dan mereka bertiga berpura-pura tidak memperhatikan bunyi enjin yang semakin kuat dan semakin kuat ketika langit menjadi semakin gelap. Bintang-bintang berkerlipan dalam kegelapan. Harry dan Ron memakai baju sejuknya kembali, cuba mengabaikan pengelap cermin depan kereta yang semakin bergerak lemah, seakan memprotes.

"Tak jauh lagi," kata Ron, lebih ditujukan kepada kereta daripada Harry dan Olivia, "tak jauh lagi dah," dan dia mengusap papan pemuka dengan gugup.

Ketika mereka terbang kembali di bawah awan beberapa saat kemudian, mata mereka harus menyipit ketika menembus kegelapan untuk mencari mercu tanda yang mereka kenal

"Di sana!" Jerit Harry tiba-tiba... Olivia mengusap dadanya terkejut. "Terus kedepan!"

Seperti bayangan di cakerawala gelap, tinggi di atas bukit di seberang tasik, terdapat banyak menara istana Hogwarts.

Tetapi kereta itu mula bergegar dan kehilangan kelajuan.

"Ayuhlah," kata Ron dengan nada cuak, sambil menggoyangkan stereng kereta sedikit, "hampir sampai, ayuhlah--"

Enjin mengeluh. Kepulan wap dikeluarkan dari bawah bonet. Olivia mendapati dirinya mencengkam erat bahu Harry ketika merela terbang menuju ke tasik.

Kereta itu bergegar dengan kuat. Ketika melirik ke luar tingkap, Olivia melihat permukaan air yang licin dan hitam berkaca tidak jauh di bawahnya. Kuku jari Ron  memutih di stereng. Kereta itu bergegar lagi.

"Ayuhlah," gumam Ron.

Mereka berada di atas tasik- istana berada tepat di hadapan- Ron memijak pedal kereta.

Terdapat bunyi keras, bunyi gemerisik, dan enjin mati sepenuhnya.

"Alamak!" kata Ron memecah kesunyian.

Kereta mereka laju menjunam. Mereka jatuh, semakin lama semakin cepat menuju ke dinding istana yang kukuh.

"Tidakkkkk!" Teriak Ron, memusingkan stereng; berusaha mengelak dinding batu yang gelap beberapa ini sahaja lagi ketika kereta itu membelok, melambung ke atas rumah hijau gelap, kemudian melewati batas sayur, dan keluar di halaman yang gelap. Semakin lama semakin rendah. Ron melepaskan stereng sepenuhnya dan mengeluarkan tongkat sihirnya dari poket belakang--

"BERHENTI! BERHENTI!" dia berteriak, memukul papan pemuka dan cermin depan, tetapi kereta itu terus menjunam. Dataran seperti melambung ke arah mereka--

"Jaga-jaga pokok itu!" Jerit Olivia sambil memusingkan stereng tetapi terlambat--

BUM!!

Seperti bunyi ledakan logam yang kuat ketika kereta mereka melanggar sebatang pokok besar lalu jatuh terhempas ke tanah. Kepulan asap keluar dari bawah bonet kereta yang remuk. Hedwig dan Neniè memekik ketakutan. Benjolan kerukuran bola golf berdenyut di kepala Olivia yang tadi terhantuk ke cermin depan; dan di sebelah kanannya, Ron mengerang kesakitan.

"Kau orang tak apa-apa?" Tanya Harry dengan cemas.

"Tongkat aku," kata Ron dengan suara gementar. "Tengoklah tongkat aku--"

Tongkat itu telah patah dan hampir terputus dua. Hujungnya tergantung lemas, terjuntai-juntai.

Tidak sempat Harry mengatakan kepada Ron bahawa mereka boleh memperbaikinya di sekolah, apabila ada sesuatu yang menghentam sisi kereta seperti seekor lembu yang mengamuk. Olivia terpelanting ke arah Harry dan kemudiannya Ron pula menghempapnya, disusuli hentakan yang kuat dari atas bumbung kereta.

"Apa yang terjadi-?"

Ron dan Harry ternganga menatap cermin depan, dan Olivia menoleh tepat pada waktunya ketika dahan sebesar ular sawa menghentam cermin itu. Pokok yang mereka langgar menyerang mereka! Batangnya membengkok hampir dua kali lipat, dan bonggolnya memukul setiap inci kereta yang dapat dicapainya.

Wa~ penat... sakit badan sebab menulis... sorry sangat dah lama tak menulis.. so nah... I bagi satu lagi bab... penat auu buat benda ni... and I harus pakai cermin mata... sbb mata dah mula kabur bila tengok scrin laptop... wa~ masih penat... sorry update pukul 2 pagi...

true love || draco malfoyWhere stories live. Discover now