Bab 11

272 21 0
                                    

"Bos

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Bos... tak pe ke Nesyha tidur ni?" tanya Diana separuh berbisik.

Buat kali ke-100 Diana menggelengkan kepalanya. Macammana rakannya itu boleh tertidur? Di bahagian pembayaran pulak tu! Dah la bosnya itu hanya membiarkan sahaja!

"Biarlah. Dia penat tu gaduh dengan Farhan," ujar Asyraf.

Diana mendengus. Amboi, Nesyha tidur boleh pulak, tetapi dulu dia tidur bosnya itu tolak sampai jatuh kerusi! Rasa macam nak patah tulang rusuk ni!

"Bos ni tak adil tau! Dulu saya tidur kenapa bos tolak sampai jatuh? Nasib badan dengan kaki saya tak terbelah dua tau," ujar Diana tidak berpuas hati.

Baru sahaja Diana berura-ura mahu mengejut sahabatnya itu, tudungnya sudah ditarik kuat dari belakang. Terundur dia disebabkan tarikan mengejut itu.

"Woi! Siapa tarik ni!" Diana menjerit kuat.

Dengan tidak berperasaan, seorang lelaki mengangkat tangannya sambil tersengih.

"Encik Farhan?"

Farhan menggeleng. Jari tulunjuknya ditunjukkan kepada rakannya, Ikhwan yang menyorok dibelakang badan Farhan.

"Oh mamat ni. Kau dah kenapa tarik tudung aku!" jerit Diana kuat. Bila dengan Ikhwan ni, hilang pula rasa hormatnya. Tak payah duk berencik dah.

"Farhan suruhla. Dia kata jangan kacau Ria tengah tidur. Ish alih-alih aku juga kena!" Ikhwan berkata tidak berpuas hati.

Farhan mengeluh perlahan. Yang pergi bagitahu dah kenapa? Hilang machonya.

"Kata gaduh. Tapi risau juga eh dengan Nesyha. Maklumlah tak mahu kekasih hati ngantuk," ujar Diana mengusik.

Farhan menepuk dahi sendiri. Mata melilau kearah kaunter yang menempatkan Nesyha tadi. Laju dia bergerak kearah kaunter itu setelah melihat Nesyha tidak lagi berada disitu.

"Mana... Nesyha?" tanya Farhan. Kalut Diana bergerak kearah Farhan. Ah sudah! Mana pula rakannya ni! Dia mula berjalan mencari rakannya itu.

"Abang ni kan, kesian Diana abang mengutuk dia. Dia best friend Nesyha tau!" Nesyha berkata dengan nada tinggi kepada Danial yang berada dihadapannya.

Danial ketawa kuat. Kepala diggelengkan beberapa kali.

"Nesyha Riana!" Diana menjerit memanggil sahabatnya itu. Macammana Nesyha boleh berbual dengan abangnya semasa orang lain kalut mencarinya?

Serentak Danial dan Nesyha memandang ke arah Diana yang sudah bercekak pinggang.

"Hai dik!" Danial menengur ceria.

Diana mengangkat tangannya. Jari telunjuknya diarah kepada abangnya kemudian kepada Nesyha secara bergilir-gilir.

"You two.... so tidak bagus!" Diana menjerit. Diana berjalan merapati abang dan rakannya.

"Kau dah kenapa?" Nesyha bertanya pelik.

Diana laju meletakkan jari telunjuknya dibibir rakannya itu. Laju Nesyha menepis. Bibir dia dah tercemar dengan jari yang tak suci!

"What are you doing here, brother?" Diana bertanya.

"Nothing. Just want to meet your future sister- in law," ujar Danial lalu ketawa kuat. Puas dapat mengenakan adiknya itu.

"Seriously, bro? Abang jangan main-main. Adik bagitahu mama kejap lagi abang nak kahwin," ujar Diana terkejut.

Danial tersenyum senget. Dia memandang Nesyha dihadapannya. Cepat-cepat Danial memberi isyarat untuk turut serta mengusik adiknya itu.

Laju Nesyha menganggukkan kepalanya. Macam seronok je sekali-sekala mengusik rakannya itu.

"It's true, Diana. Abang kau ajak aku kahwin tadi." Nesyha menelan air liur. Apa benda yang dia cakap ni! Tak realistik langsung!

"Seriously?! Abang, adik tahulah mama suruh abang kahwin pon. But, tak kan tak ada wanita lain!" Diana menjerit. Ah! Tak sanggup fikirkan rakan baiknya menjadi kakak iparnya! Tak nak!

Danial sudah ketawa kuat di dalam hati. Dia berdehem sebentar. Kemudian, Danial berjalan ke sebelah Nesyha.

"Doa yang baik-baik, dik." Danial memerhati Diana yang tampak sangat terkejut. Tangan adiknya sudah menepuk pipi sendiri beberapa kali.

"Tak sanggup! Tak kanlah, bang!" Diana menjerit lagi.

"Kalau tiada halangan, kami nak nikah hujung bulan ni," ujar Nesyha menambah lagi kejutan rakannya itu. Bukan setakat Diana yang terkejut, malahan Danial pun turut sama terkejut dengan pengakuan Nesyha. Berani sungguh!

Pap!

Tumpuan mereka bertiga tertumpu pula ke arah beg kertas yang berada di lantai. Disebelah beg kertas itu, terdapat seorang lelaki yang memandang mereka bertiga dengan perasaan terkejut.

"Encik Farhan...," panggil Nesyha.

Farhan tersentak. Beg kertas itu di ambil kembali. Farhan mula berjalan merapati Nesyha. Beg kertas itu dihulur.

"Ini... makanan. Balik nanti bagi Reyhan makan," ujar Farhan.

Perlahan-lahan Nesyha mengambil beg kertas itu. Nesyha memandang Farhan yang mula berjalan bergerak ke tempatnya kembali.

"Oh and... congrats to you and Danial for..." Farhan berhenti setakat itu. Tidak sanggup lagi menyambung ayatnya.

Farhan berpusing berlari laju meninggalkan ketiga mereka yang mengerutkan dahi masing-masing.

"Ria, jom kahwin!" Farhan menjerit tiba-tiba.

"Tetapi, kau dah tak boleh terima sebab kau dah nak kahwin... dengan orang lain," ujar Farhan kemudian tersenyum pahit.

Perlahan-lahan tangan kanannya diangkat lalu digerakkan ke kanan dan kiri. Farhan melambai tangannya dengan senyuman pahit.

C | Ria, Jom Kahwin!Where stories live. Discover now