**Bab ni agak panjang yaa. 2020 words...
"Ibu pengsan mesti sebab Reyhan, kan? Sebab Reyhan, ibu kena kerja. Sebab Reyhan, ibu pengsan," ujar Reyhan perlahan.
Farhan yang memandu kereta menggeleng perlahan kepalanya. Nasibla mereka hanya pergi ke taman yang berdekatan. Kalau tak, mahu meraung Reyhan dibuatnya.
"Dah sampai. Ria dan Reyhan masuk dulu. Aku nak pergi parking kereta kejap," Farhan berkata laju.
Laju Reyhan dan Nesyha keluar dari perut kereta. Sempat Nesyha mencapai tangan adiknya agar adiknya itu tidak melarikan diri. Tak pasal-pasal kena langgar kalau lepaskan je Reyhan tu. Dah namanya kalut, kiri kanan pon dah tak tengok.
"Along! Lepasla, adik nak tengok ibu!" Reyhan meronta minta dilepaskan.
"Nampak tak ada kereta tengah lalu ni? Nak kena langgar ke?!" Keras suara Nesyha memarahi Reyhan.
Reyhan hanya mendiamkan diri. Setelah memastikan tiada kereta yang lalu lagi, laju dia menarik tangan Nesyha untuk berlari bersamanya.
Nesyha hanya mengikuti langkah adiknya. Sempat matanya menangkap pintu yang terpapar bingkai 'close'. Kedai ini bukan nampak seperti kedai makan biasa, ianya lebih kepada cafe.
"Along, kenapa gelap semacam je ni. Mana ibu?" Kedengaran suara cuak Reyhan.
Barulah Nesyha tersedar yang kedai itu memang gelap. Tak nampak langsung kelibat manusia di dalam kedai itu. Bukan setakat manusia, meja dan kerusi yang sepatutnya memenuhi kedai itu pun turut sama hilang.
Samar-samar sahaja penglihatan Nesyha melihat keadaan sekeliling. Baru sahaja dia mahu keluar dari kedai itu, dia dikejutkan dengan jeritan adiknya.
"Along! Tengok ni!" Reyhan menjerit kuat.
Laju Nesyha berpaling melihat adiknya. Matanya membulat apabila melihat banyak kelopak bunga serta lampu yang disusun secara selari menuju ke satu tempat.
Langkah Nesyha diatur untuk berjalan ke tengah laluan yang dikelilingi oleh kelopak bunga bewarna merah serta lampu itu. Sempat matanya melihat Reyhan yang mengesat air matanya dengan kerutan di dahi. Nampaknya adiknya itu pun masih keliru dengan apa yang terjadi.
Sedar tak sedar Nesyha sudahpun sampai ke penghujungnya. Di hujung laluan itu terdapat satu whiteboard yang tertulis satu ayat. Laju Nesyha membaca bait-bait ayat yang tertulis.
I'm the luckiest person when i met you.
I really want to hold your hand and say i love you.
Do you want to accept me?Berdebar-debar jantung Nesyha apabila membaca ayat-ayat tersebut. Dia sudah tahu siapa orangnya. Dan dia sudah sangka dia orangnya sejak apabila dia melihat kelopak bunga itu.
Nesyha beralih pula ke beberapa bingkai gambar. Automatik bibirnya mengukir senyuman lebar apabila melihat gambar dia dan Farhan yang ditangkap secara candid. Siapa yang tangkap ni? Suka hati je tangkap gambar orang!
YOU ARE READING
C | Ria, Jom Kahwin!
Short StoryS H O R T S T O R Y "Jika kau jodohku, aku akan pastikan kau jadi milikku" IDHAM FARHAN. Lelaki yang sudah jatuh cinta pandang pertama dengan pekerja rakan baiknya itu. Demi menyampaikan hasrat untuk mengahwini gadis tersebut, dia bertekad untuk mem...