"Hahaha. Aku dah penat gelak!" Diana menjerit ketawa kuat. Tangannya memukul kuat meja dihadapannya.
"Sudahla tu, Di. Penat aku tengok kau," Nesyha membalas.
Diana menggelengkan kepalanya sambil mengusap air matanya yang keluar akibat ketawa tadi.
"Macammana dia boleh tertipu lama sangat ni! Aku pun tertipulah juga. Tapi kejap je. Memang nampak sangatlah korang tipu tu lagi-lagi bila kau cakap nak kahwin hujung bulan ni. Masalahnya sekarang ni dah hujung bulan tau," Diana berkata dalam tawanya.
Nesyha tersenyum. Macammana lelaki itu boleh tertipu sedangkan dia tidak tahu pun cerita penuhnya. Rancangannya untuk menipu Diana, tetapi lelaki itu pula yang tertipu.
"Kesian abang tengok dia. Bersungguh-sungguh sukakan Nesyha ni. Tak nak terima dia ke, Nesyha?" Danial berkata sambil meletakkan dua cawan berisi air teh ais.
Nesyha diam tidak menjawab. Dia sendiri tidak tahu mahu menerima lelaki itu atau tidak. Dia keliru!
"Sha ni cakap je tak suka. Tapi dalam hati ada taman. Ego lebih budak ni," Di menyampuk.
Terus sahaja Nesyha memberi cubitan kuat di lengan rakannya itu.
"Betui apa! Kan, abang?" Diana bertanya abangnya pula.
Danial mengangguk kepalanya. "Kalau tak nak terima lelaki tu, apa kata Nesyha terima abang?"
Diana dan Nesyha saling berpandangan pelik. Apa maksud Danial?
"Maksud abang?" Nesyha menanya.
Danial hanya tersenyum penuh makna.
♡
"Sudahla Farhan, risau aku tengok kau macamni. Kenapa dengan kau ni? Pasal aku cakap isteri kau bersalin ka? Ah! Yang tu nanti aku terangkan lah dekat bos," ujar Ikhwan.
Farhan menggeleng kepalanya. Kawannya ini pon satu. Tak habis-habis dengan isterinya yang konon bersalin. Stres dibuatnya.
"Dah tu kenapa? Gaduh dengan Ria? Ataupun kau putus cinta sebab Ria nak kahwin dah?" tanya Ikhwan.
Farhan memandang Ikhwan tidak percaya. Tepat sekali tekaannya.
"Aku rasa betul dah tu. Selalunya kau marah kalau aku panggil Ria, ni elok je tak marah," ujar Ikhwan. Tangannya menepuk perlahan belakang Farhan.
Farhan memasamkan mukanya. Laju dia berpaling lalu memeluk tubuh sahabatnya itu.
"Dia dah nak kahwin weh! Sia-sia sahaja aku cuba pikat dia!" rengek Farhan.
Ikhwan mengangguk kepalanya tanda faham walaupun sebenarnya dia langsung tidak paham. Biarlah Nesyha nak kahwin pun. Bukan ada seorang perempuan ja dalam bumi ni.
"Alololo kesian abang Farhan kita ni. Jangan sedih bang. Kumbang bukan seekor. Nak aku temukan seorang perempuan ni tak? Baik! Kalau kau tak nak, aku nak tau," ujar Ikhwan.
Farhan melepaskan pelukannya. Dia memandang wajah Ikhwan tidak percaya. Dia tengah baru patah hati ni! Boleh pula nak pertemukan dengan yang lain.
"Apa nama dia?" Farhan bertanya juga walaupun berasa pelik.
"Gelaran namanya Di. Umur baru 21 tahun. Tinggi 167 cm. Pakai tudung. Perangai macam beruk cuma yang ni versi comei sikit. Namanya ialah Diana Batrisya!"
Terbatuk Farhan mendengar nama perempuan yang dikatan oleh sahabatnya itu. Diana Batrisya? Macam pernah dengar!
"Macam pernah dengar nama dia," Farhan berkata pelik.
Ikhwan laju mengangguk kepalanya. "Kawan baik Nesyha Riana iaitu orang yang mencuri hati abang Farhan kita ni"
Farhan membulatkan matanya. Biar betul kawan dia ni?! Tak dapat Nesyha, kawan baiknya pun boleh eh? Dasar!
"Kau gila ka!? Aduh, memang aku tak boleh move onlah macamni! Tak nak!" Farhan menjerit sambil menggelengkan kepalanya.
Ikhwan pula sudah tersenyum lebar. "Oh kau tak nak eh? Kira aku bolehlah ambik dia ni? Aku ni kira baik dah nak bagi dia dekat kau. Tapi kau tak nak pula," ujar Ikhwan sambil tersengih.
Farhan tersenyum nipis. Ada-ada sahaja karenah sahabatnya ini. Nampaknya rakannya itu sudah jatuh hati dengam kawan baik Nesyha. Moga dipermudahkan...
"Kan hensem senyum macamni. Aku yang lelaki pun boleh cair!" ujar Ikhwan.
Farhan tersenyum lagi. Sahabatnya itu kalau sehari tak buat dia rasa mahu ketawa memang tidak sah! Ada sahaja perangainya.
"Sekarang kau move on ye. Banyak lagi perempuan, tetapi mungkin tak sebaik Nesyha. Dah la dia baik, cantik, ayu. Fuh lengkap!" Sedar tak sedar Ikhwan sudah berkata yang membuatkan Farhan kembali masam.
Berkali-kali Ikhwan menepuk mulut sendiri memarahi dirinya yang terlepas cakap.
"She deserve someone better than me. She's so perfect that make me like her even more everytime i look at her," ujar Farhan.
Ikhwan menutup mulutnya menggunakan tangan menahan diri daripada ketawa. Kenapa ayat jiwang sangat ni! Rasa nak termuntah pon ada!
"Lepaskan," sepatah Farhan berkata.
Mendengar ucapan Farhan, terus sahaja Ikhwan menghamburkan tawanya kuat. Badan Farhan digoncang beberapa kali menunjukkan betapa lawaknya.
"Sikit-sikit sudahla," ujar Farhan. Tiada secalit pun senyuman terukir di wajahnya.
Ikhwan mengangkat tangannya. "Ok sorry!"
Farhan memandang rakannya yang terlebih dahulu memandang dirinya. Farhan terus berdiri dan meninggalkan Ikhwan terpinga-pinga.
YOU ARE READING
C | Ria, Jom Kahwin!
Short StoryS H O R T S T O R Y "Jika kau jodohku, aku akan pastikan kau jadi milikku" IDHAM FARHAN. Lelaki yang sudah jatuh cinta pandang pertama dengan pekerja rakan baiknya itu. Demi menyampaikan hasrat untuk mengahwini gadis tersebut, dia bertekad untuk mem...