Bab 10

296 20 0
                                    

"Bos! Encik Farhan ada datang tak?" tanya Nesyha sebaik sahaja melihat Asyraf yang mahu melangkah kearah pejabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bos! Encik Farhan ada datang tak?" tanya Nesyha sebaik sahaja melihat Asyraf yang mahu melangkah kearah pejabatnya.

Asyraf berpaling melihat wajah pekerjanya itu sambil mengerutkan dahinya.

"Tak ada pula. Kenapa?" tanya Asyraf kembali.

Nesyha mengeluh. Penat dia datang awai semata-mata mahu mencari lelaki itu. Semalaman dia tidak mampu tidur apabila teringatkan lelaki itu tidak lagi memaafkan dirinya.

Kalau salah dengan manusia, kena pergi minta maaf sampailah empunya badan maafkan. Kalau tak, merana lah engkau cari orang tu dekat padang mahsyar untuk memohon keampunan.

"Saya... nak nombor Encik Farhan boleh?" teragak-agak Nesyha meminta.

Asyraf mengerutkan dahinya. Tak kanlah sahabatnya itu tak pernah sekalipun mesej gadis ini. Dulu bukan main gigih cari nombor dia.

"Dia tak da mesej kau?"

"Eer... entahla, tak ingat pula. Saya memang lupa kalau orang yang mesej tu tak penting," ujar Nesyha perlahan.

Hampir sahaja Asyraf mahu menghamburkan ketawanya disitu. 'Tak penting' Dua perkataan tersebut sahaja sudah mampu membuat Asyraf ketawa. Penat sahaja sahabatnya itu memikat gadis itu. Alih-alih dianggap tidak penting pula.

"Nanti aku send nombor dia dekat kau. Taulah rindu si Farhan tu pun. Tapi maaflah aku pun tak tahu apa masalah dia. Selalunya, setiap pagi dia akan datang sini untuk tengok kau. Tapi, pagi ni dia terus pergi kerja pula. Korang dua gaduh ka?" tanya Asyraf.

Nesyha terdiam. Gaduh ka dirinya dengan jejaka itu? Semuanya berpunca kerana dirinya menganggap jejaka itu hanya 'menyemakkan' rumahnya walaupun niat sebenar lelaki itu adalah untuk melamarnya dan takut adiknya itu masih tidak makan.

Betuika ketika itu, Farhan mahu melamarnya? Di hadapan adik lelakinya? Oh tidak! Dia tidak akan benarkan perkara itu terjadi! Mahu dirinya malu 5 hari 5 malam disebabkan hal itu.

"It's okay if you don't want to tell me. It's your choice. Kejap lagi aku bagi nombor Farhan. Korang berdua berbincanglah. Jangan gaduh. Aku yang stres kejap lagi," ujar Asyraf lalu bergerak masuk kedalam pejabatnya.

Nesyha mengeluh perlahan. Bunyi notification telefonnya menarik perhatian Nesyha. Lantas, telefonnya itu diambil dan dibuka. Aplikasi whatsaap dicari. Mesej yang diberi oleh bosnya dibuka.

-Farhan tak handsome - 01110532056

-Nah nombor Farhan. Abaikan nama yang aku save tu. Pergilah pujuk

Hampir sahaja Nesyha tergelak kuat melihat nama Farhan di dalam contact bosnya. Jarinya laju menaip di keyboard.

-Terima kasih bos. Nama tu cantik betui ya

Bluetick...

Nesyha mengetap bibirnya geram. Ei sakitnya kena bluetick!

Ting!

-Sticker

Nesyha kembali tersengih melihat sticker yang dihantar oleh bosnya. Sticker yang menunjukkan seekor kucing yang sedang terbaring itu membuatkan Nesyha tergelak. Lama-lama tadi cari sticker rupanya.

Nesyha kembali menghantar sticker kucing oren yang memakai songkok sebagai balasan. Kemudian, dia tergelak kecil.

-Encik masih marah saya ke, Encik Farhan?

Nesyha menghantar mesej tersebut kepada Farhan sebaik sahaja menghantar sticker kepada bosnya.

Baru sahaja seminit berlalu, mesej itu sudah diberi dua tick berwarna biru. Laju sahaja Nesyha menutup telefonnya. Tak naklah nampak sangat dia sedang menunggu balasan jejaka itu.

-Waalaikumussalam. Aku tak marah kau pun, Ria

Kecik besar, kecik besar je Nesyha membaca mesej itu. Perli bukan main! Kemudian, Nesyha membaca mesej itu beberapa kali. Betui ke apa yang dia baca ni?

-Macammana encik tahu saya Nesyha!

Baru Nesyha berhasrat tak nak kantoikan identiti. Tapi lelaki itu sudah mengenalnya terlebih dahulu.

-Siapa lagi yang aku tengah marah sekarang ni selain kau? Btw cantik profile

Kantoilah lelaki itu masih marahkan dirinya. Ayat terakhir yang dihantar oleh Farhan dipandang lama. Laju tangan menekan butang setting dan profile picturenya dipandang lama. Cuma ada gambarnya serta adiknya. Siapa yang cantik? Dia atau adiknya?

-Saya?

-Jangan perasan. Aku cakap dekat adik kau, Reyhan. Kau anggap aku hanya 'menyemakkan' namun adik kau anggap aku macam abang dia sendiri. Is that fair?

Nesyha membiarkan mesej itu tak berbalas. Buat sakit hati je! Ingat nak minta maaf sekali dia pula yang sakit!

"Oi Sha! Kau mengelamun dah kenapa?" Diana bertanya.

Nesyha memandang wajah Diana. Lama-lama pandangannya terasa kabur. Kabur dengan air mata.

Ah! Kenapa dengan dirinya? Tak pernah-pernah dirinya menangis disebabkan seorang lelaki yang masih memarahinya! Nesyha benci semua ni. Dia sepatutnya tak berjumpa dengan Farhan. Dia sepatutnya tak bekerja disitu.

Tak pasal-pasal dirinya yang dulu sangat menjaga pergaulan dengan lelaki asing sudah bertukar kepada seorang yang mampu menangis disebabkan lelaki yang baru sahaja dia kenali.

Sepanjang dia berkawan dengan Danial pun, tidak pernah sekali dia menangis disebabkan mereka bergaduh. Kenapa dia perlu menangis hanya disebabkan perkara remeh ini?

"Kau kenapa, Sha? Farhan cakap apa dekat kau?" Tanya Diana lagi.

Nesyha menggelengkan kepalanya. Kepala diletakkan diatas bahu kawannya itu melepaskan penat. Dia nak tidur...

C | Ria, Jom Kahwin!Where stories live. Discover now