1

8.3K 442 51
                                    

"Tasya!" Lambai Hezral dari jauh.

Berlari- lari anak dia ke taman universiti apabila menerima mesej daripada buah hati kesayangannya itu. Jelas terpancar kegembiraan dihatinya kerana dapat bertemu buah hatinya itu. Iya lah, sejak akhir- akhir ini mereka sudah jarang bertemu kerana Tasya sibuk menyiapkan assigment memandangkan mereka sudah berada di tahun akhir.

"Hai!" Sapanya lagi dengan termengah- mengah.

Peluh didahi dilap dengan hujung baju.

Baru saja Hezral ingin memegang tangan Tasya, terus Tasya menyentapnya.

"Kenapa?" Hezral pelik. Biasanya Tasya tidak kisah jika dia ingin memegang tangannya.

"Aku ada benda sikit nak cakap dengan kau!" Ujar Tasya dingin.

"Apa?" Tahulah Hezral ada sesuatu tidak kena kerana melihat pada ekspresi wajah Tasya yang sedikit tegang.

"Tengok sekeliling kita. Ramai orang kan?"

"Ha'ah! Ramai! Kenapa?" Hezral masih lagi tidak faham dengan maksud sebenar Tasya.

Haih! Tasya mengeluh.

"Serius aku malu bila orang ramai tengok aku dengan kau. Sumpah malu!" Ujar Tasya dengan ton suara yang sedikit tinggi.

Tersentak Hezral.

"Kenapa nak malu? Kita kan kapel!"

Tasya menggeleng- gelengkan kepalanya berulang kali. Terus dia bangun dari bangku dan berdiri di tengah- tengah taman.

Hezral yang tidak tahu apa- apa, terus menyusuli Tasya.

"Korang! Harini aku nak korang jadi saksi! Saksi bahawa aku dah tak ada apa- apa hubungan lagi dengan gendut bodoh ni!" Laung Tasya kuat.

Orang ramai mula berdiri mengelilingi Tasya dan Hezral. Memandangkan Tasya merupakan pelajar paling hot di universiti, maka berita itu juga adalah berita yang paling sensasi di universiti. Jadi semua pelajar menjadi kepoh.

"Kenapa awak ni? Marah sebab saya tak banyak luangkan masa dengan awak?" Hezral sedikit terkejut. Berdegup kencang jantungnya.

Tasya tanpa rasa bersalah terus menolak kuat Hezral kebelakang.

"Kita putus!"

"P-putus? K-kenapa?" Hezral binggung.

Dia melihat sekelilingnya. Ramai orang mengertawakannya dan bertepuk tangan. Tidak kurang juga, ada yang sedang merakamnya seakan- akan dia sedang membuat persembahan.

"K-kenapa?" Soal Hezral lagi. Cermin matanya yang tebal seperti kanta nobita itu dibuka kerana matanya sudah kabur dengan airmata.

"Kenapa kau tanya aku? Kau sedar tak yang kau tu siapa? dan aku ni siapa? Sedar tak!" Jerit Tasya kuat sambil menunjal- nunjal dahi Hezral.

"A-apa maksud awak ni? A-awak tolong fikir lagi pasal kita. Takkan kita nak sia- siakan semua ni. Tiga tahun kita bercinta. Please, Tasya." Rayu Hezral seraya mengenggam erat tangan Tasya.

"Kau ni memang tak sedar diri kan! Dengan cermin mata tebal macam kanta pembesar, rambut belah tengah, baju kemeja petak- petak! Dengan seluar pakai sampai atas pusat! Hoi! Aku dah cukup sabar tahan malu bercinta dengan kau selama tiga tahun ni! Aku dah puas gunakan kau! So bye bye!" Tasya merentap kasar tangan Hezral.

"Tolong Tasya. Saya cintakan awak. Saya boleh berubah! Demi awak! Saya sanggup buat apa saja, asalkan awak tak tinggalkan saya." Rayu Hezral lagi.

"Betul kau sanggup buat apa saja?" Tasya tersenyum sinis.

Hezral mengangguk laju.

"Jilat hujung kasut aku sekarang!" Arah Tasya mencekak pinggang.

"A-awak!" Hezral terkejut.

"Kau tu bodoh! Selama ni aku cuma permainkan kau je! Takkan kau tak perasan. Aku cuma perlukan duit kau! Duit! Duit! Duit! Faham tak!"

Dush! Tasya menolak Hezral sehingga dia jatuh tersembam ke tanah.

"Korang! Tengok jantan bodoh ni! Dia ingat aku hadap sangat ke nak bercinta dengan dia! Dasar jantan tak sedar diri! Dahlah nerd! Bodoh! Buruk! Ada hati nak bercinta dengan perempuan cantik macam aku!" Jerit Tasya bangga kepada semua orang yang menonton drama mereka.

Hezral mengangkat mukanya memandang Tasya. Jelas jatuh airmata jantannya. Dia melihat sekelilingnya pula. Semua orang mengertawakannya seolah- olah seperti dia tidak mempunyai harga diri. Tidak adakah walaupun secebis rasa kasihan buat dirinya?

Dasar manusia kejam!

"Nangis? Korang! Tengok lelaki ni nangis! Kesian. Sedih? Kecewa? I dont care!" Tasya ketawa sinis.

"K-kau kejam Tasya! K-kenapa kau buat aku macam ni, sedangkan aku betul- betul cintakan kau!" Hezral geram.

"Kau cintakan aku! Tapi aku tak cintakan kau!"

"Aku benci kau!"

"Terserah! I dont care!" Cebik Tasya.

"Aku boleh berubah! Aku janji Tasya! Aku akan berubah! Aku boleh ubah penampilan aku! Janji kau takkan tinggalkan aku!" Pujuk Hezral lagi.

"Sorry! Aku dah ada kekasih lain. Lagipun aku tak tertarik lah dengan kau. Even kau ubah penampilan sekalipun, jerawat batu kau tu boleh hilang ke? Badan kau yang gemuk macam ahli sumo ni boleh kurus ke? Bau kau yang busuk tu boleh wangi ke? Tak boleh kan? So cermin dulu diri kau tu awal- awal!" Hina Tasya tanpa rasa bersalah.

Menangis Hezral mendengar hinaan Tasya. Sungguh dia tidak sangka, orang yang selama ini dia fikir tulus ternyata hanyalah manusia talam dua muka. Orang yang selama imi dia sangka tulus mencintainya, ternyata hanyalah sandiwara semata- mata.

Tanpa mempedulikan Hezral yang masih terduduk menangis di tanah, terus dia berpaling dan ingin beredar.

Selangkah, dua langkah,

Dia berpaling semula memandang Hezral. Senyuman sinis terukir dibibir.

"Apa- apa pun aku nak berterima kasih dekat kau sebab kau selalu berikan apa yang aku nak. Duit! Barang- barang mewah! Tolong siapkan assigment aku! Thanks. Sekarang aku dah tak perlukan kau. Bye! Puih!" Sempat Tasya meludahkan air liurnya tepat pada wajah Hezral.

"Oops! Sorry! Lap sendiri erk? Nah!" Tasya melemparkan sapu tangannya pada Hezral lalu beredar pergi begitu saja.

"Aku benci kau!" Laung Hezral kuat.

Airmatanya juga semakin laju menitis. Dia mengepal penumbuknya sambil matanya tajam memandang Tasya.

"Aku takkan pernah lupakan penghinaan kau!" Bisik hati Hezral.

Hisk! Hisk! Hisk! Kedengaran semakin kuat esakan Hezral.

Semakin kuat esakannya, semakin galak orang sekeliling mengertawakannya.

Hezral mengangkat wajahnya yang merah padam.

"Berambus lah korang!" Jerit Hezral kuat sehingga menampakkan urat tengkuknya.

Berombak dadanya cuba mengatur nafas. Baju usah katalah, habis lencun dengan airmata.

"Berambus!" Jerit Hezral lagi apabila melihat masih ramai orang yang merakamnya.

Dengan rasa amarah dan kecewa, terus Hezral bangun mengutip beg dan cermin matanya. Sepantas kilat dia berlari keluar dari kawasan universitinya itu.

Sejak hari itu, sudah tidak kelihatan lagi kelibat Hezral di universiti itu. Ramai membuat andaian bahawa Hezral telah membunuh diri kerana terlalu kecewa dengan Tasya.




Kerana Dia Lelaki Hati Batu (EBOOK)Where stories live. Discover now