Namaku Aiman, seorang pelajar SMK Ulu Tiram. Setelah pelbagai rintangan dan cabaran aku tempuhi pada zaman sekolah menengah dengan tabah, keputusan SPM ku mendapat gred A bagi semua subjek. Sejujurnya, aku ingin melanjutkan pelajaran bersama teman baik aku, Aizam. Malang sekali, dia terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat kerana mengikuti ayahnya bekerja atas kenaikan pangkatnya. Tahniah diucapkan kepada ayah Aizam. Azil dengan Arfah mendapat tawaran di UITM. Kami ingin menyambung pelajaran di universiti yang sama, tetapi masing-masing mempunyai haluan dan minat yang berlainan. Hairul pula, dia bekerja di 7Eleven. Pernah ku bertanya, mengapa dia tidak menyambung pelajaran. Dia memberitahu bahawa dia perlu bekerja demi menyara kehidupan dia. Baru ku teringat, dia sebatang kara selepas kematian nenek dan atuknya beberapa minggu selepas keputusan SPM keluar. Selepas mendengar kata-katanya, aku berfikir ada logiknya. Berbalik kepada kecederaan ku sudah pulih sepenuhnya cuma parut masih setia sampai hujung nafas. Aku harap kejadian ini tidak berulang kembali. Beberapa minggu lagi sebelum aku bertolak ke negeri Perak, segala persiapan sudah ku bereskan. Kini tinggal masa tiba ku bertolak ke sana. Semoga semuanya, baik-baik sahaja.
YOU ARE READING
Tak Seindah Rembulan
Short StoryCerita ini berkisarkan tentang seorang pelajar universiti, Aiman. Kisah bermula apabila dia bertemu dengan Airil di dewan pendaftaran. Sejak hari itu, bermulalah perjalanan Aiman menempuh kehidupan universiti. Apa yang berlaku seterusnya, nantikan.