Oiii Aiman, bangun lah. Kau tidur kerrr, kejut Airil. Kau asal tak kunci pintu, aku balik tadi pintu terbuka tau tak.. Woiii, Aiman, bangunlah. Tidur mati ke mamat ni, kedengaran suara Airil semakin meninggi. Airil menepuk bahuku, aku terus tersedar. Aku menguap dan seraya menutup mulut ku. Bila masa aku tak tutup pintu plk ni?, tanya aku. Airil memberitahu aku semasa dia balik, pintu terbuka. Aku sudah tutup pintu dan kunci. Mustahil aku lupa.
Mungkin aku tak sedar sebab aku lepas makan roti, tu yang mengantuk sangat. Airil tersenyum sedikit dan dia menghulurkan sekeping surat layang kepadaku. Aku melihat dia. Surat apa ni, tanya aku. Aku jumpa dekat kasut kau tadi, jawab Aiman. Kau tahu tak siapa bagi, tanya aku. Ntah, jawab Airil ringkas. Kau lapar tak? Aku teman kau turun makan, tanya Airil. Wah, terima kasih lah teman aku, susah ii jer yer, jawabku sambil ketawa. Ceh, mengada jer. Dah, pergi basuh muka. Mengarut dah ni, seloroh Airil sambil mencebik muka.
Aku masih terfikir adakah pintu tu memang xdikunci atau ada yang buka pintu tu. Ditambah pula dengan surat layang yang baru diterima, membuatku rasa sedikit aneh dan takut. Apa yang berlaku di zaman sekolah menengah cukup membuatkan aku rasa trauma. Harap ii tiadalah perkara buruk yang berlaku. Aku memegang surat tu dan cuba untuk membukanya. Airil yang menunggu ku diluar memanggil ku. Aiman, kau nak pergi makan tak ni. Hadeh, lambat nyer. Pakai make up ker?, marah Airil. Sorry, kejap. Dah nak siap. Jawabku.
Selesai aku bersiap, aku keluar dari bilik. Airil melihatku dengan pandangan tajam. Aku tersenyum. Bersiap kalah orang perempuan, perli Airil. Eh, aku laki okay. Takkan ada perempuan suara garau macam aku, jawab ku. Airil mencebik bibir sambil berkata, ceh, bersiap un lambat. Dah dah, gaduh un xde guna, jom ke kafe. Lapar sangat dah ni, ajak ku sambil menarik tangan Airil. Hampir tersungkur dibuatnya. Dia menepuk punggung ku dengan keras. Padan muka kau, nak terjatuh aku, marah Airil. Eh, main orang punya lak, sendiri punya takde kerr, hampeh. kataku sambil menjeling. Airil hanya tergelak.
Kami berdua pergi ke kafe tanpa sepatah perkataan keluar dari mulut kami.
***BERSAMBUNG***
YOU ARE READING
Tak Seindah Rembulan
Short StoryCerita ini berkisarkan tentang seorang pelajar universiti, Aiman. Kisah bermula apabila dia bertemu dengan Airil di dewan pendaftaran. Sejak hari itu, bermulalah perjalanan Aiman menempuh kehidupan universiti. Apa yang berlaku seterusnya, nantikan.