Kedengaran azan berkumandang dari sebuah masjid yang terlentak berhampiran dengan kolej kediaman aku. Dalam kedinginan subuh, aku cuba untuk menggagahkan diri untuk bangun. Tapi badannya seolah ii tiada tenaga, sepertinya aku telah melakukan pekerjaan yang berat semalam. Walaupun bagaimanapun, aku yakin yang aku tidur awal semalam. Selepas cuba untuk bangun dari tempat tidur, akhirnya berjaya juga. Aku memandang sekeliling, 'gelap'.
Aku bangun dan perlahan ii berjalan membuka suis lampu. Aku melihat Airil masih nyenyak tidur di atas katil. Aku cuba menyelimutkan dia kerana dia tidur hanya memakai seluar pendek. sahaja. Aku kembali ke tempat tidur aku. Aku terlihat ada tompokan lendir di atas cadar ku. Aku terus menggapai tisu yang terletak di dalam laci dan mengelapnya. Aku masih terfikir ii, lendir apakah itu. Aku melihat jam di atas mejaku, sudah jam 6.30. Tanpa buang masa, aku terus menggapai tuala dan ke bilik air.
Semasa mandi, aku merasakan di bahagian belakang rasa pedih apabila terkena air dan berasa sedikit melekit. Aku agak terkejut dan termenung seketika. Apa benda ni yer, kenapa macam familiar?? Soal ku dalam hati. Jujur aku cakap, sewaktu aku kecil. Aku ni agak nakalnya orang nya, ibu telah melarang aku daripada menyentuh cendawan tanpa sarung tangan. Tetapi biasalah, budal kecil . Aku mencabut cendawan itu dan memasukknn ke dalam kocek aku. Malam tu, tubuh ku kegatalan dan mengeluarkan lendir putih. Aku tidak memberitahu ibuku kerana takut dimarahi. Keesokannya, aku pitam akibat sakit dan bengkak di bahagian paha ku. Ibuku membawa ku ke hospital untuk diperikaa, rupanya cendawan yang aku pegang adalah beracun dan mempunyai toksik di permukaan nya. Akibatnya, badan akan membengkak dan bernanah. So, mungkin aku tersentuh ataupun terlanggar sesuatu seperti cendawan tersebut. Selepas tu,aku hanya mandi seperti biasa dan keluar.
Selesai mandi, aku ke bilik. Masa tu, Airil telah un bangun. Dia tersenyum melihatku dengan mata yang kuyu. Aku tergelak kecil. Tanpa aku sedari, Airil memerhatikan aku. Ketika aku berpaling ke belakang, dia masih melihatku. Aku bertanya kepadanya, kenapa kau tengok aku. Dia menjawab, eh bila masa aku tengok kau. Perasan jer kau ni. Dia tersenyum. Aku menjeling. Dia tergelak. Dah pergi mandi, suruhku. Okay pakcik, jawabnya ringkas. Aku menepuk bahunya. Dia ketawa. Dia bangun dan ke bilik mandi.
Siap aku pakai baju, aku un solat subuh. Bukan xnak pergi masjid untuk solat subuh tapi aku terlalu penat. So, siap aku solat. Aku buka alquran dan baca sambil menunggu Airil bersiap. Siap 4 helai aku baca, Airil un sudah siap dan mengajak ku untuk turun makan sarapan. Aku menolaknya kerana aku biasanya hanya makan roti dan ibuku membekalkan roti kepadaku sebagai makanan alas perut. Airil tersenyum dan keluar dari bilik.Selepas makan aku roti, aku tertidur.
**Bersambung**
YOU ARE READING
Tak Seindah Rembulan
Short StoryCerita ini berkisarkan tentang seorang pelajar universiti, Aiman. Kisah bermula apabila dia bertemu dengan Airil di dewan pendaftaran. Sejak hari itu, bermulalah perjalanan Aiman menempuh kehidupan universiti. Apa yang berlaku seterusnya, nantikan.