Episod 2: Sebilik dengan Airil(Kolej AHS)

32 2 0
                                    

Sesampainya di kolej, aku bawak barang ii aku ke bilik. Aku dapat bilik di aras ketiga. Fuh, mau patah kaki aku camni. Tapi nak taknak, tahan jelah. Pada mulanya, aku dapat sebilik dengan perokok. Sudah pasti aku xsuka sebilik dengan perokok. So, aku pergilah ke pejabat nak minta tukar kunci bilik. Mau mati katak aku, hari ii hirup asap rokok. Selepas dibenarkan buat pertukaran, akhirnya dapatlah jugak, aku tukar bilik. Fuh, selamat aku.

So, aq msuk lh bilik baru aku. Bilik aku tertutup dan bila aku bukak pintu, terkejut tengok Airil yang sebilik dengan aku. Aku dengan segala perasaan masuk ke dalam bilik, rasa macam nak mati un ada. Airil melihat aku yang dalam keadaan tak tentu arah, dia menenangkan aku. Dia mengajak aku duduk di atas katil dan membantu aku mengemaskan barang. Aku tertunduk malu. Sebab Airil baik tak seperti sangkaan aku. Aku rasa aku telah salah dalam menilai Airil. Sorry Airil, kataku dalam dengar tak dengar. Dia melihatku dan hanya tersenyum. Selepas siap mengemas, dia tanya dekat aku: "dah makan belum?" Aku jawablah belum. Dia beritahu sebentar lagi, dia akan pergi cafe untuk membeli makanan. Dia mengajak ku, dan aku mengangguk. Selesai mengemas beg dan pakaian aku ke dalam almari, aku terus terbaring sebentar. Kepenatan berjalan jauh, naik ke aras 3 dan mengemas beg. Dalam beberapa minit, aku bangun dan bersiap untuk ke cafe.

Airil mengunci pintu, dan kami pergi ke cafe bersama ii. Sampai dekat cafe, ada sekelompok pelajar memerhatikan aku dengan pandangan sinis. Aku cuba buat ii tak nampak. Tkut kut masa tu, orang tengok pelik semacam. Airil menyuruh aku duduk dahulu sementara dia memesan makanan.. "Aiman, kau nak makan apa".tnya Airil. Apa ii je, balas ku ringkas. So, dia pergi kaunter dan memesan makanan. Dia kembali ke meja tempat ku duduk sambil menunggu makanan siap. Dia tersenyum dan aku balas senyuman nya. Perasaan takut mulai pudar dan aku sudah mula selesa berkawan dengan nya.

Airil mula membuka mulut, dia bertanyakan tentang kehidupan ku. Aku memberitahu yg aku mempunyai kwn baik.. dia hnya mengangguk dan tersenyum. Dia memberitahu ku yang dia tidak banyak perkara yang yang ingin dikongsikan. Aku tersenyum sahaja. Selepas 30 minit, makanan kami sudah siap. Airil pergi mengambil makanan dan membayar. Aku bertanya berapa yang perlu dibayar, dia beritahu yang dia belanja aku. Aku mengucapkan tenks kepada nya. So, kami berjalan ke kolej kediaman kami. Fuh, boleh tahan penat jugak. Aras tiga. Hari ii, mau sado kaki aku. Hahahahaha.

Sampainya dibilik, aku terus ke bilik air untuk membasuh tangan. Airil menunggu ku di dalam bilik. Dipendekkan cerita, kami makan pastu aku beritahu Airil, aku nak tidur. Dia mengangguk. Dia ingin keluar sebentar. Ingin ke bilik kawan nya. Aku tersenyum. Aku bangun dan baring di atas. Dan terus terlelap. Aku tiba bangun secara terkejut kerana bermimpi kejadian tahun lalu. Aku mengigil, ku rasakan tubuhku sakit seperti dipukul. Mungkin kerana mimpi dan tubuhku penat.

Aku melihat Airil sedang tidur. Ku tergelak sedikit, tidurnya mengalahkan puting beliung. Hhahahha. Habis berselerak. Mungkin dia penat mbantu ku mengemaskan beg dan pakaian ku. Aku bgun dan mengejutkn Airil. "Airil,bgun ler, solat Zohor. Dh pukul 3 dh". kataku. Dia bgun dan dalam keadaan mamai, dia terlanggar pintu. Aku tergelak besar. Dia melihatku dengan sinis dan tergelak kuat.. Selesai solat,aku membuat kerja ku dan dia seprti biasa bermain game.

Dipendekkan cerita, sampai lah waktu maghrib, aku ke masjid manakala Airil solat di rumah sahaja. Aku tersenyum. Aku cuba ajak dia tapi dia kata, dia lebih selesa solat di bilik sahaja. Aku tersenyum. Aku mengunci pintu almari, mengemaskan apa yang patut. Aku terus ke masjid. Sesampainya di masjid, aku bertemu dengan kawan sekuliah ku. Dia menegur ku, kami berborak sekejap pastu terus diam di dalam masjid. Seperti biasa, hnya sebaris dua shja penuh. Setelah selesai solat Isyak, aku ke cafe untuk makan malam. Habis makan, aku terus ke bilik. Aku melihat Airil masih bermain game. Aku bertanya kepadanya, dah solat belum. Ya, dia dah solat, katanya. Aku mengangguk sahaja.

Tepat jam 10.30 malam, aku terus tidur.

**Bersambung**

Tak Seindah RembulanWhere stories live. Discover now