"Yeay, hari pendaftaran."jeritku dalam diam. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik ku diketuk keras. "Aiman, aiman okay ke tu, kenapa menjerit ni."tanya Ibu. "Aiman oky jer."jawabku sambil menahan malu. Seusai makan sarapan, aku memuatkan beg bagasi ke dalam bonet kereta. Setelah siap semuanya, kami bertolak dari Kota Bharu, Kelantan ke Tanjung Malim, Perak yang mengambil masa hampir 8 jam.
Tepat jam 4.00 petang, kami sudah sampai di UPSI. "Ramainya orang, gugup pulak rasanya. Harap ii dapatlah berkenalan dengan mereka semua."detik hatiku. Selepas mencari tempat meletak kereta, ibu ayah ku membantu aku memunggah barang keluar dari binet kereta. Nak tak nak, kena lah bawa sendiri beg bagasi dengan 2 beg sandang. "Fuhhhh, penat."kataku sambil menghembuskan nafas. Sesampainya di dewan pendaftaran, aku pergi ke meja pendaftaran dan setelah selesai pendaftaran. Aku terus ke bas untuk bergerak ke kolej. Fuh, penat gila herey beg hampir 100 meter. Boleh patah kaki aku camni. Hahahah.
Selepas itu, aku memasukkn beg aku ke dalam ruangan bagasi di bawah bas, aku terus naik ke dalam bas. Fuhh, sejukkkkk. Mantap saik aircond dia. Aku duduk di bahagian tengah bas tepi tingkap. Beberapa minit kemudian, ada sosok tubuh yg ku kenal. Wajah ku pucat, tubuh ku gementar. Aku berpeluh dingin. Melihat seorang lelaki yang sama ku jumpa sewaktu di sekolah menengah. Aku terus menunduk. Tanpa ku sedar, dia sudah pun berada di tepi aku. Dia meminta izin untuk berada di tepi ku, aku terpaksa mengiyakan. Dia tergelak kecil melihatku dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. " Hi, aku Airil." katanya sambil menghulurkan tangan. "Aku mulanya agak gugup kerana wajahnya seiras. Aku pun bersalam lah sambil memperkenalkan diriku.
Aku baru teringat yang lelaki itu telah un dikenakan hukuman gantung sampai mati. Aku mula lega dan selesa berbicara dengan Airil. Kami berborak pelbagai topik sampai lah tiba di kolej. Aku mengetahui bahawa Airil tinggal di Melaka bersama keluarga angkatnya. Dia merupakan anak tunggal. Aku mendapat tahu bahawa ibu bapa mati dalam kebakaran. " Maaf, aku tak tahu." kataku. Dia bagitahu tidak apa-apa. Dia tersenyum. Kadang-kadang senyuman Airil membuatku seram. Hahhahahaha. Tapi aku harus tidak menunjukkan sikap gugupku didepan dia. Dalam masa yang sama, aku tetap berwaspada dengan dia. Takut ii kisah silam ku berulang kembali. Semoga baik ii sahaja. Hehe.
Selepas 10 minit, sampai aku di kolej.*BERSAMBUNG*
YOU ARE READING
Tak Seindah Rembulan
Kısa HikayeCerita ini berkisarkan tentang seorang pelajar universiti, Aiman. Kisah bermula apabila dia bertemu dengan Airil di dewan pendaftaran. Sejak hari itu, bermulalah perjalanan Aiman menempuh kehidupan universiti. Apa yang berlaku seterusnya, nantikan.