Author pov
Ketukan itu semakin kuat. Taehyung mengambil keputusan untuk membuka pintu. Taehyung keluar dari bilik lalu pergi ke pintu utama.
"Nak apa?" Taehyung bercakap dengan seseorang.
"I rindu you la.." kedengaran suara gedik menjawab pertanyaan Taehyung.
Y/n yang mendengar itu muncul rasa ingin tahu lalu dia menyorok di sudut penjuru ruang tamu sambil mengintai dan mencuri dengar perbualan mereka.
"I nak getback boleh? I janji I setia dengan you, boleh la Taetae.." perempuan itu merayu sambil menitiskan dua tiga air mata ke pipinya.
Jadi Taehyung ada bekas teman wanita? Tak boleh jadi ni. Taehyung aku punya.
Taehyung mengeluh lalu dia mengajak perempuan itu masuk ke rumah lalu ke ruang tamu. Y/n lantas berdiri lalu menyambut kedatangan perempuan itu pada tengah malam.
"Hai saya Y/n, girlfriend Taehyung"
Y/n senyum sampai ke pipi.
Taehyung terkejut sambil mengangkat kedua keningnya sebagai tanda tanya. Perempuan itu melihat Taehyung dengan marah lalu memandang Y/n balik.
"Hello I'm Tiffany, panggil saya Fany"
Perempuan itu memperkenalkan nama dia.
"Um..Taetae, I takda tempat nak tidur la.. Lagipun esok I pergi satu Kolej dengan u" Fany memandang ke Arah Taehyung dengan muka kesian.
"Sorry Fany tak bol-" "Eh boleh sangat kenapa tak boleh, kitorang ada bilik lebih satu jadi you boleh tidur sana" aku memotong ayat Taehyung sambil memeluk tanganya.
Muka Taehyung bertukar merah dan hanya menundukkan pandangan.
------------------------------------
(Dalam Bilik Taehyung)
"Saya nak tidur kat mana?" Taehyung menyoal Y/n yang sedang baring diatas katil sambil scroll instagram.
"Bawah. Jangan berani naik atas katil"
Y/n berkata tetapi tidak menumpukan perhatian kepada Taehyung.
Taehyung berjalan ke arah pintu dan kuncinya.
Taehyung tutup lampu.
Dia berjalan ke arah katil sambil membuka bajunya.
Half naked.
Dia naik ke atas katil dan duduk di atas kaki Y/n.
"TAEHYU-" Pantas Taehyung tutup mulut Y/n sambil meletakkan jari di bibirnya.
"Nanti Fany tahu projek kita" Dia berbisik kepada Y/n.
Y/n membulatkan mata nya. Cahaya daripada bulan menerangi mata Y/n.
Taehyung melepaskan tangannya dari mulut Y/n lalu menyentuh pipinya.
"Taehyung..this is not right.." Y/n memandang ketepi dengan suara sayu.
"Tapi awak cakap saya ni boyfriend awak" Tangan Taehyung menyentuh dari pipi ke leher.
Y/n berasa sangat menyesal dengan sifat cemburunya. Niat dia hanya mahu Fany tinggalkan Taehyung, supaya Taehyung bahagia.
Tangan Taehyung beralih dari leher ke dada. Sentuhan lembut dia membuatkan Y/n ber rama-rama. Muka Taehyung rapat ke dada Y/n.
"Y/n..kau berdebar ke?" Taehyung mengangkat muka dia lalu memandang Y/n dengan penuh risau.
Taehyung tidak mahu Y/n berasa kurang selesa bersamanya.
Taehyung bangun .
Tetapi Y/n memegang tangan Taehyung dengan erat.
"Teruskan apa yang kau nak buat.."
Terdengar ayat yang dikeluarkan dari mulut Y/n itu, dengan pantas Taehyung mencium pipinya.
"Aku taknak ambil kau punya first kiss..simpan la first kiss untuk seseorang yang kau betul ii sayang"
Taehyung senyum lalu mencium dahi Y/n.
Y/n memegang muka Taehyung lalu mencium bibirnya yang pink dan tembam. Mata Taehyung terbeliak kerana tidak percaya perbuatan Y/n terhadapnya.
Y/n melepaskan muka Taehyung sambil melihat ke matanya. " Aku suka kau la gila" Y/n berkata dengan senyuman di mukanya.
Taehyung memeluk erat Y/n dan merehatkan kepalanya di dada Y/n yang lembut. "Aku pun suka kau tapi tak ready nak bagitahu" mereka berpelukan seperti tiada hari esok.
.
.
.
.
♡
Korang comment and vote please , nanti aku jadi lebih semangat nak tulis buku ni hehe
♡
I have other book but in English version
"We are meant to be"
♡
ANDA SEDANG MEMBACA
Housemate Aku Encik Nuckal
RomansaTaehyung akan bergaduh dengan Y/N setiap kali Y/N menyebut........dan akan melakukan perkara "uhum" sebagai balasan....mahu tahu apa yang membuat Taehyung marah? dan mahu tahu apa yang Taehyung buat kpd Y/N??? READ THIS FF TO GET ALL THE INFORMATION...
