I : Bab 11

21 6 2
                                    

TERPERANJAT aku melihat kehadiran Indra di dapur sebaik sahaja aku kembali dari menukar pakaian. Helmet basikal dibimbit sambil dia berborak dengan Chef Oli yang sedang menyusun kutleri dapur.

Aku menuju ke arah Chef Oli yang masih berbaju uniformnya.

"Chef, saya balik dulu tau," ujarku, langsung tidak menghiraukan Indra yang menghantar pandangan tajam kepadaku.

"Okay." Chef Oli menghadiahkan senyuman lebar kepadaku. Aku lantas mempamitkan diri. Turbo aku terparking di dalam sebuah kotak kuboid di hadapan bangunan restoran.

Di hadapan restoran ni memang ada tempat parking khas untuk Turbo. Setiap Turbo diparking dalam kotak kuboid berasingan. Kalau kuboid itu didapati cuba dinyahkunci oleh sesiapa, penggera akan berbunyi.

Aku cuba untuk nyahkuncikan kuboid aku tetapi tidak berfungsi. Ada lagi sebuah Turbo di sebelahku. Aku silap Turbo ke?

Tiba-tiba bunyi penggera itu bergema. Ah, sudah! Aku tak nak masuk penjara! Baru dua minggu kot dekat sini.

Aku ketuk-ketuk kunci kuboid itu, berharap yang sistemnya roska tetapi makin kuat bunyinya.

Indra tiba-tiba muncul di hadapanku.

"Hoi, ni Turbo akulah. Kau punya sebelah ni!" Indra menunding jarinya ke kotak kuboid sebelah.

"Aku lupa! Cepatlah matikan bunyi kuboid kau ni! Aku tak nak kena tangkap dengan polis!"

Entahlah mustahil atau tidak signal kuboid Turbo ni sampai ke ibu pejabat polis atau tak. Harapnya tidaklah!

Indra menggeleng kepala lalu mematikan penggera bingit itu menggunakan kunci Trubonya. Barulah aman.

Indra membimbit keluar basikalnya dari kuboid itu. Dia dah kenapa dia bawa Turbo ni? Kereta jutawan dah kena tarik gamaknya.

"Asal kau bawa Turbo?" tanyaku, bercekak pinggang.

"Takkanlah aku nak biarkan kau lumba dengan aku pakai kereta? Kalahlah."

"Kau nak buat pertandingan basikal lajak?" Aku membesarkan biji mataku ke arahnya.

Buat apa aku datang dari Bumi semata-mata untuk lawan basikal lajak dengan Indra. Budak taman perumahan aku setiap petang buat pertandingan.

Tak serik-serik accident.

"Kau nak bertanding dengan aku?" Indra renungku sambil memakai topi keledarnya. "Jom!"

Koyak ajelah mulut aku ni! Siapa suruh mention pertandingan? Aku pantang nampak kalah dengan Indra. Aku kena menang.

Turbo aku dikeluarkan dari petak kuboid lalu aku tunggangnya. Topi keledar aku ketatkan sebelum melintasi Indra yang baru mula mengayuh.

Laju Turbo ni sehingga aku tak tahu arah tujuku ke mana. Lampu jalanan warna-warni kabur mengiringi kayuhanku. Kereta yang berderet di jalanan aku elak dengan tangkas.

Sekali-sekala aku toleh ke belakang menganggar jarak Indra denganku. Dia tak jauh. Kayuhan aku sudah mula perlahan akibat penat. Kakiku bukannya bertenaga sangat nak mengayuh dek berjam-jam berdiri di restoran.

Indra melintasiku. Sempat dia hantarkan senyuman kemenangan sebelum terus maju ke sebatang jalan berbukit. Aku sudah termengah-mengah.

Kali ni, aku mengaku kalah. Aku tak nak mati sia-sia berbasikal lajak.

Kayuhan aku perlahan mendaki bukit mengikut jejak Turbo Indra. Aku terlihat bayangan basikalnya berhenti di puncak bukit.

"Boo, Dewi! Lambat!" jerit Indra. Ish, bagilah kata-kata semangat ke apa? Mengejek aku nombor satu.

KosmikWhere stories live. Discover now