I : Bab 4

30 9 5
                                    

JANGAN fikir mengarutlah, Dewi!

"Weh, aku nak pergi hospital." Suara yang datang di belakangku membuatkan bahuku terhenjut lantas menoleh.

Fuh, hidup lagi dia. Nasib baik.

Eh, kenapa aku nak lega yang dia hidup? Sebab dia aje yang boleh tolong aku?

"Kenapa? Apa yang dah jadi?" Aku menghampirinya yang gelabah mencapai jaket di belakang pintu dan mencari sesuatu di atas meja belajarnya yang berselerak. Dia mengabaikan soalan aku dan terus menyelongkar almari di sebelah katilnya pula.

"Kau cari apa?"

Dia menggaru kepalanya, kusut. "Aduh, kunci... kunci kereta aku! Aku lupa aku letak mana!"

Seingatku, aku ada ternampak segugus kunci di atas rak kasut di pintu masuk. Lantas aku keluar dari bilik untuk mendapatkannya.

"Dah jumpa!" ujarku sebaik kembali ke bilik.

Dia terus pandang aku dan merampas kunci itu dari tanganku. Tak cakap terima kasih apa langsung, dia terus berlari ke pintu.

"Aku nak ikut!" ucapku, mengejarnya ke ruang tamu. Dia menyarungkan selipar yang sudah ingin terputus tali getahnya.

"Buat apa? Aku nak pergi hospital, bukan mall." nadanya bengang menyoalku.

"Aku drive. Kau nak drive macam mana menggeletar macam ni?"

"Kau tak ada lesen pun!"

"Kau ada masa nak bertekak dengan aku?"

Lelaki itu menggulingkan matanya. Aku tahu yang dia sudah tiada pilihan. Dia memang mengiggil panik.

"Okay, cepatlah!" Dia mendengus. Aku tersenyum dan kembali ke bilik. Jaket aku gapai dan menyumbat telefon dan dompetku ke dalamnya sebelum aku sarungkan pada tubuh.

Apabila aku ingin mencapai sneakers aku dari rak, dia tiada di situ. Rupa-rupanya, lelaki itu sedang memegangnya di tangan.

"Cepatlah, minah!" Dia menarik tanganku keluar dari pangsapuri. Kunci itu diletakkan dalam genggamanku dan kami berlari anak memasuki lif.

Tanpa memeberi amaran, aku menyambar sneakers yang dipegangnya. Aku tak sengaja memaut lengannya apabila hampir hilang keseimbangan memakai kasutku.

Kami masuk ke dalam perut kereta yang agak mewah. Mesti mamat ni kerja projek 10 juta. Tapi, duduk dekat pangsapuri biasa. Stay lowkey.

Tempat duduk aku di kiri manakala dia di kanan. Enjin automatik dihidupkan. Aku ingin menyelinap masuk ke lorong jalan tetapi terlalu banyak kereta yang lalu lalang. Benci pula aku dengan bandar ni. Malam-malamlah manusia gelabah nak keluar rumah.

"Kenapa kau tak keluar lagi? Cepatlah!" desaknya.

"Ish, sabarlah! Banyak kereta ni! Aku mana biasa drive sini!"

"Bagi akulah drive!"

"Kalau kau rasa nak accident, kau drivelah!"

Selepas itu dia terus senyap. Aku dengar nafasnya yang tak teratur tapi aku tak endahkan. Aku fokus menanti sehingga kereta di jalan itu berkurangan. Akhirnya, aku berjaya masuk lorong.

"Mana hospital?" tanyaku. Tiada papan tanda di jalanan untuk aku rujuk. Lupa pula nak tetapkan GPS.

Lelaki itu masih memberi arahan kepadaku walaupun dalam keadaan menggeletar macam tu. Aku tak tahulah yang dia ni trauma teruk ke apa sampai sekarang tak berhenti. Tidak mahulah aku timbulkan apa-apa persoalan. Aku tak mahu dia lagi panik.

KosmikWhere stories live. Discover now