I : Bab 13

56 6 7
                                    

AKU menyusun langkah menuju ke kaunter bar. Indra menghirup sedikit masakannya dari sudip. Tiba-tiba matanya membuntang apabila membuat pusingan 180 darjah ke arahku.

"Masak apa, chef?" tanyaku sambil menongkat dagu. Senyuman terpaling lebar aku pamerkan.

Indra menutup kuali tingginya menggunakan penutup kuali yang salah. Tapi, aku tak nak tegur. Biar aje.

"Er... something japanese."

"Sedapnya bau dia. Sharelah resepi!" Aku cuba untuk memanjangkan perbualan walaupun Indra seperti tidak bermaya untuk bercakap denganku.

"Mana boleh. Ni top resepi aku. Aku ajelah tahu." Dia melarikan pandanganku dan membilas tangannya di singki.

Kadang-kadang aku rasa nak tendang muka mamat egois ni. Kedekut sangat! Dahlah malas nak buka mulut bercakap denganku. Sabar ajelah!

"Okay, chef. Sorry tanya benda private. But, nak rasa sikit, boleh?" Tanpa rasa segan silu aku meminta. Indra mematikan dapur elektrik itu.

"Tengoklah kalau ada lebih. Aku nak bagi dekat jiran," nadanya mendatar.

Apa? Dia boleh masak untuk jiran tapi, bukan untuk aku? Aku dahlah tengah mengikat perut ni simpan duit untuk keluar dari rumah. Nak suap roommate sendiri pun kedekut!

"Hmm, okaylah. Masak elok-elok," pesanku sebelum lemah-longlai melangkah ke bilikku.

Kemaafan tak dapat, makanan pun tak dapat.



"DEWI, jom." Bahuku ditepuk dari belakang. Buku yang aku pegang terjatuh ke dadaku. Aku dongak ke atas dan wajah Indra aku pandang.

"Apa?" soalku dingin. Tadi, kedekut sangat nak bagi aku rasa makanan. Ini panggil aku pula? Memang taklah aku nak tolong dia.

"Jom pergi balkoni kejap."

Bibirku diketapkan sebelum aku bangun dari pembaringan di atas sofa. Indra ambil buku dari tanganku lalu meletakkannya di atas meja. Aku membontotinya masuk ke dalam biliknya.

Bilik itu terang benderang dengan cahaya. Terutama sekali di bingkai pintu balkoni. Langsir yang selalunya berterbangan itu kini diikat ke tepi dinding. Di atas meja bulat di balkoni tersedia hidangan dua mangkuk. Masih panas barangkali kerana ianya berasap.

Indra menarik sebuah kerusi dan membuat isyarat memanggilku duduk. Aku menuruti arahanya sambil berpeluk tubuh. Udara di luar ini agak sejuk. Nasib baik aku memakai cardigan tebal.

Aku perasan yang Indra sudah menukar pakaian baharu. Rambutnya sedikit basah menandakan dia mandi selepas memasak tadi.

Indra membetulkan di atas kerusi bertentangan denganku. Sebarang emosi langsung tidak terbit dari wajahnya. Tangan kirinya memegang chopstik. Mamat ni memang kidal.

Dan... aku semulajadi tertarik kepada orang kidal.

"Kaulah jiran aku. So... erm... makanlah," ujarnya sambil mengacau perlahan mi yang berada di dalam mangkuk.

Mataku beralih ke hidangan yang tersedia di hadapanku. Menu ini nampak ringkas. Mi lutsinar, kepingan daging halus, cendawan Shiitake dan kuahnya berwarna sedikit gelap seperti kicap. Ada beberapa perhiasan sayuran lagi yang aku tidak beberapa kenal.

Sumpah teruk pengetahuanku tentang kandungan makanan. Yang aku tahu, kenyang perut dan sendawa sahaja.

"Thanks," balasku ringkas sebelum mengambil chopstik di sisi mangkuk. Satu suapan mi bersama daging aku bawa masuk ke dalam mulut.

Manis dan masinnya seimbang. Terpejam mataku merasai daging dan mi itu melalui tekak. Suapan kedua, aku gandakan lagi. Aku suap pula cendawan dan kubis bersama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 05, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KosmikWhere stories live. Discover now