I : Bab 9

23 6 1
                                    

AKU merancang ingin membuat crepe coklat tetapi malas pula nak bawa keluar peralatan memasak. Aku buka kabinet. 

Namun, senyumanku pudar apabila isi di dalamnya hampir habis. Tinggal peket teh dan kekacang. Indra ni memang terlupa nak beli stok makanan ke?

Aku ambil sepeket kacang entah tulisannya sukar ingin dibaca. Bungkusannya aku buka dan terus menyumbatnya ke dalam mulut seperti gelongsor. 

Rasanya sedikit masin dan pedas. Di Bumi, memang ini kacang tipikal aku makan.

Selesai makan, aku ke dobi yang terletak di tingkat paling bawah pangsapuri. Tiada sesiapa di situ. Troli mini yang berisikan pakaian aku tolak masuk. Ini sebenarnya troli Indra, tapi aku pinjam.

Pakaian kotor Indra tak banyak jadi aku basuhlah sekali dengan aku punya. Banyak baju hoodie dan uniform chef hitamnya.

Dobi itu lengkap dengan mesin basuh, pengering dan mesin melipat sekali. Jadi, aku cuma perlu tunggu setiap mesin tamat memproses. 10 minit sahaja setiap mesin.

Entah teknologi apa yang digunakan dalam dunia Lunaris ni tapi aku obses. Percuma pula tu untuk pemilik pangsapuri! Kalau tak ambil kesempatan, bukan aku tu.

Apabila aku keluar dari dobi, aku bertembung dengan Indra yang berada di dalam lif. Dahi dan lehernya merenik dengan peluh. Earphone tersumbat di sebelah telinga manakala yang lagi satu tergantung.

"Kau buat apa? Masuklah!" Indra menarik troli aku ke dalam lif, membuatkan aku terheret masuk sekali ke dalamnya.

"Weh, kau kena keluar! Mak ayah aku nak datang kejap lagi!" jelas Indra kelam kabut menyimpan ke earphone ke dalam poket.

"Dah tu, kau tak kenalkan aku dengan diorang lagi ke?"

Indra membuntangkan matanya kepadaku. "Kau nak aku bagitahu diorang kau siapa? Maid aku?"

Elok-elok aku ni roommate dia, nak tukar jadi maid pula. Tak tenang langsunglah dia ni. Mak ayah dia aje pun. Bukannya bekas kekasih psiko dia datang nak bunuh aku!

"Indra, kau chill aje boleh tak? Pukul berapa mak ayah kau nak sampai ni?"

"Dalam satu pagi macam tu." Aku membontoti Indra keluar dari lif.

Peliknya aku dengar orang datang rumah pukul satu pagi. Tapi, masa itulah waktu manusia di Lunaris ni hidup.

Aku mendengus. "Lambat lagilah! Kenapa kau nak kelam-kabut sangat?"

"Iya, tapi, macam mana kalau diorang spot check bilik kau? Aku nak jawab aku tinggal dengan perempuan mana?" Indra mencampakkan kasutnya ke arah rak tapi tak masuk.

Maksudnya, dia tak pernah ada girlfriend?

"Habis tu, aku nak tinggal mana kalau aku keluar dari sini? Tepi Speedmart?" Aku tahu di sini tiada Speedmart tapi, itu sahaja yang muncul dalam benak fikiranku.

Indra menghempaskan tubuhnya di atas kerusi. Jarinya memicit pelipis. Ini kali kedua aku tengok Indra kusut dan risau. Tak terkejut. Ini reaksi normalnya.

Aku duduk di kerusi seberang Indra. Bau peluhnya tak sanggup aku nak hidu.

"Apa kata kau kunci aje pintu bilik tu? Then, kau cakap kunci hilang," cadangku. Indra menyandarkan tubuhnya pada sofa seraya menghantarkan pandangan keliru kepadaku.

"Habis tu, kau nak berkurung dalam tu?"

"Aik, pukul dua pagi kan aku kerja."

Perlahan-lahan kerutan di dahi Indra tadi hilang. Rambutnya yang panjang dicangkuk ke belakang telinga.

"Ha, baru teringat?"

"Sorry. Aku lupa," gumamnya. Aku dah agak. Gelabah sangat sampai lupa aku ni pekerja dia.

"Kau cuti ke hari ni?"

"Yeah, kawan aku lagi sorang handle week ni. Kitorang bergilir-gilir."

"Habis tu, aku nak pergi kerja dengan kawan kau ke?" dugaku.

"Taklah. Kau naiklah Turbo. Ada dekat underground. Kalau tak hafal jalan, tekan GPS dekat phone."

"Turbo?" Dah macam nama siput dalam filem DreamWorks.

"Turbo tu basikal. Dia lajulah juga. Sebab itulah nama dia Turbo," terang Indra, ringkas. Kepalaku terangguk-angguk.

Melihat aku tidak bersuara lagi, Indra mengeliat lalu bangun dari duduk.

"Aku mandi dulu. Nak kena fikir apa yang nak dimasak untuk mak ayah aku pula!"

"Eh, kau nak masak air aje ke dekat diorang?"

Indra terhenti dan memusingkan tubuhnya melihatku semula. Sebelah keningnya terangkat.

"Dapur kau licin dah groceries."

Membesar mata Indra. "Urgh, kaulah raksasa yang rembat semua groceries aku!"

Aku tergelak dengan gelaran yang dia berikan kepadaku.

"Raksasa ni teman kau pergi beli nanti, okay?"

Indra tidak menjawab ya atau tidak. Dia mendengus lalu menapak ke bilik air.



KosmikWhere stories live. Discover now