Scene Haibara Dan Conan
Conan membuka mata dari tidur sepertinya sudah pagi kata conan. Conan pergi ke bilik mandi untuk membersihkan diri . Selepas conan mandi conan mendapat telefon dari haibara dan mengatakan "kudo-kun boleh kamu datang ke rumah agasa sekarang, saya sudah siapkan pil antidote aptx 4869 dan ingin kamu mencubanya dahulu". Conan setuju dan terus bergerak ke rumah agasa. Akhirnya setelah sekian lama conan dapat kembali ke tubuh asalnya. Kes organisasi hitam sudah berakhir beberapa minggu lalu dan conan dapat kembali tubuh asalnya dan akhirnya ran dapat berjumpa shinichi semula seperti sedia kala.
Conan tiba di rumah agasa sepertinya agasa sedang membuat sesuatu ujikajinya. Conan bertanyakan kepada agasa dimanakah haibara berada sekarang?. Agasa mengatakan haibara berada di lab bawah tanah. Conan terus pergi lab bawah tanah dan haibara seperti sedang menunggu kedatangan conan. Haibara berkata kepada conan "kudo-kun aku akan beri kau pil antidote ini jadi kau akan kembali tubuh asal kau seperti semula dan kekal tiada masa limit lagi". Conan gembira dan terus mengambil pil itu dan terus memegang haibara di bahunya. "terima kasih haibara aku sudah lama menunggu masa ni" kata conan. Haibara terus terdiam dan blushing. "jadi kau masih ingin berjumpa dengannya ke kudo-kun". Conan berkata "ya haibara, ran sudah menunggu aku dan aku ingin luahkan perasaan yang lama aku pendam kepada dia". Haibara hanya terdiam dan masih ingin luahkan isi hatinya kepada conan. Semasa conan mahu pergi haibara memanggil kudo untuk beritahu sesuatu. "Kudo-kun tunggu sebentar" kata haibara. Conan terus menghampiri haibara dan bertanyakan "apa yang kamu ingin katakan haibara"? kata conan. Haibara ingin bertanyakan kepada conan "kudo kun aku ingin bertanya kalau seseorang itu cintakan awak dan orang itu adalah orang kamu paling rapat selain ran adakah kamu terima cintanya?. Conan dalam keadaan pelik "hmmm...aku mungkin menolak cintanya kerana aku masih mempunyai seseorang sudah tunggu kepulangan aku". Haibara terus tersentap dan dalam hatinya terus rasa sedih. Haibara terus pergi dari situ dan pergi ke biliknya. Conan dalam keadaan bingung dan tertanya adakah dia berbuat salah kepada haibara atau ayatnya mungkin ada sesuatu membuatnya sedih.
Scene Haibara
Haibara terus tutup pintunya dan dalam keadaan sedih "kudo-kun aku memang cintakan kau tapi aku rasanya aku tidak dapat isikan perasaan aku terhadap kau kerana kau mempunyai bidadari yang baik hati dan selalu ambik berat terhadap kau kudo-kun". Haibara terus rasa kecewa dan ingin pergi dari japan untuk hilangkan perasaannya terhadap conan. Haibara ingin menggunakan aptx untuk kembali ke bentuk tubuh asalnya kerana dia ingin berjumpa makciknya iaitu mary di london. Haibara mahu tinggal bersama mary kerana mary pernah beritahunya kalau ingin tinggal bersamanya dia akan terima haibara seperti anaknya sendiri.
Keesokan Harinya
Haibara memberitahu kepada agasa yang dia ingin tinggal bersama makciknya mary di london. Agasa dalam terkejut "kenapa ai-kun? Kenapa mahu tinggalkan japan?" kata agasa. Haibara menjawab "aku ingin membantu makciknya di sana kerana makciknya perlukan bantuannya di sana untuk bekerja di makmal m16". Haibara memberi satu surat kepada agasa. Agasa pelik dan bertanya kepada haibara "surat apa ni ai-kun"?. "Ini surat untuk kudo-kun" kata haibara. " aku akan memberinya nanti jika dia datang ke sini lagi" kata agasa. Haibara siapkan begnya dan keluar dari rumah agasa. Haibara memeluk agasa sepertinya ayahnya sendiri. " Hagase terima kasih jaga saya dan saya hargai jasa hagase". Agasa berlinang air mata "ai kun jaga diri di sana dan datang kembali ke sini jika kamu rindu". Haibara terus bergerak dari rumah agasa dan pergi lapangan terbang tokyo.
Scene Shinichi Dan Ran
Conan bangun dari tidur dan siapkan dirinya untuk jadi shinchi semula. Conan mengambil pil aptx dan menelan. "Akhirnya aku kembali semula". Shinichi telefon ran beberapa kali tetapi ran tidak menjawabnya. "Sepertinya ran sangat sibuk aku perlu pergi ke rumahnya". Shinichi pergi ke rumah ran untuk bertanyakan khabarnya. Shinichi cuba memanggil ran tetapi yang menjawab adalah kogoro mouri. "Selamat pagi pakcik kogoro boleh saya bertanya ran ada tak di rumah". Kogoro yang sedang mabuk " ran...ohh ran...dia bersama okita dan sedang menonton karate bersama dengannya". Shinichi terkejut dan terus bertanyakan tempatnya "pakcik tolong beritahu saya di mana tempatnya"." Tempatnya berada di sekolah teitan" kata kogoro. Shinichi terus bergerak di sekolah teitan dan ternampak ran bersama okita. "Ran kenapa kau bersama okita.. kenapa ran?. Ran bangun dari tempatnya dan terus ingin beli sesuatu di kedai berhampiran dengannya. Shinichi yang sedang ikut dari belakang terus menarik ran untuk bertanyakan tentang okita. "Ran kenapa kau bersama okita? Aku sudah kembali dan aku ingin berkatakan yang aku cintakan kau ran". Ran hanya tunduk " maafkan aku shinichi...aku sudah cintakan okita selama ni...aku sudah lama tunggu kau shinchi tetapi kau masih tidak pulang dan okitalah yang selalu memberi saya semangat dan selalu bersama saya ketika saya sedih. Shinichi meminta maaf " maafkan aku ran...aku masih boleh buktikan yang selama ni aku sentiasa bersama kau". Ran sudah tahu yang selama ni shinichi adalah conan " shinichi..aku sudah tahu yang awak adalah conan...aku tidak tahan kerana kamu selalu tipu saya..kenapa kamu tidak katakan perkara benar?. Shinichi terus tidak boleh berkata apa-apa. "Ran aku sebenarnya..". Ran terus pergi dari situ "maafkan aku shinichi..aku perlu pergi dari sini". Shinichi terus terkaku dan rasa sangat patah hati kerana cinta dia selama ni sudah musnah. Shinichi pulang dan terus ke rumah agasa untuk lupakan perkara yang berlaku tadi.
Scene Agasa Dan Shinichi
Shinichi berjumpa agasa untuk memberitahu yang ran sudah dimiliki oleh seseorang. "Shinichi kamu perlu bersabar dan kamu perlu buktikan yang kamu boleh tarikan hati dia kembali". "Hagase saya sudah katakan yang aku sudah lama cintakan dia tetapi sepertinya ran sudah jumpa orang yang sesuai dengannya..aku tidak mahu dia bersedih lagi kerana disebabkan saya". Agasa memberi satu surat kepada shinichi " shinichi aku ingin memberikan kau sesuatu ini daripada ai-kun". Shinichi membuka surat itu.
" Kepada Kudo Shinichi"
Jika kamu sudah membaca surat ini, saya sudah tiada berada di japan. Maafkan aku kudo-kun selama ni saya sentiasa susahkan kamu selama saya berada di samping kamu sayalah penyebab kamu mengecil disebabkan aptx yang saya cipta semasa saya berada di organisasi hitam. Kudo-kun saya tidak mahu berjumpa kamu lagi dan saya harap kamu bahagia bersama ran. Selama ni saya mencintai kamu kudo-kun sifat kamu yang sentiasa lindungi orang dan kamu selalu memberi kata semangat kepada saya semasa saya dalam kesedihan. Semasa saya tiada saya harap kamu jaga diri dan jadilah detektif yang hebat seperti sherlock holmes yang kamu impikan.
Shiho Miyano
Shinichi terus mengalirkan air mata dan bertanyakan kepada agasa. "Hagase di manakah haibara pergi"?. "Dia baru sahaja bergerak ke lapangan terbang". Shinichi terus pergi ke lapangan terbang dan mengambil skateboard yang baru sahaja agasa siapkan dengan kuasa turbo baharu. " Haibara selama ni kau cintakan saya...kenapa kau mahu pergi dari japan.
Nampaknya shinichi ingin hentikan perjalanan haibara menuju ke london.
Nantikan bahagian kedua.😉😉
YOU ARE READING
Ai Haibara Love Story
Romance✨Hi semua ✨ Cerita ini saya buat atas sebab fans haibara dan conan. Jadi saya cuba buat cerita kisah cinta miyano shiho/haibara yang suka kepada shinichi jadi cita ini tidak ada kena mengena dengan cerita sebenar 🌹Penerangan Cerita 🌹 Kisah Haibara...