Scene Shinichi Dan ShihoShinichi bergegas pergi ke lapangan terbang untuk hentikan haibara. "Harap aku sempat sampai jangan tinggalkan aku haibara" kata shinichi. Shinichi tiba di lapangan terbang dan mencari haibara tetapi pelancong yang tiba di japan sangat ramai dan susah untuk temui di haibara di situ. Shinichi cuba bertanyakan pekerja di situ " hmmm..boleh saya bertanya ada tak perempuan berambut coklat yang bernama shiho miyano tempah tiket penerbangan di sini". "Sebentar ye dik..akak akan carikan di list penerbangan hari ini....oh perempuan bernama shiho miyano ada tempah tiket hari ini dan dia akan bergerak ke london sebentar lagi". "Hmm di manakah tempat dia berada sekarang". "Dia berada di stesen 10" "terima kasih akak". Shinichi terus pergi ke stesen 10 dan ternampak haibara yang sedang menarik beg bagasinya dan menuju ke kapal terbangnya. Shinichi cuba mengejar tetapi ditahan oleh pengawal keselamatan. Shinichi memanggil shiho"Haibara....haibara...haibara!!!!". Shiho perasan ada orang memanggilnya "sepertinya ada orang memanggil dan macam kenal suara ini, mungkin firasat aku" shiho terus masuk ke kapal terbangnya. Shinichi menolak pengawal keselamatan itu tetapi tidak sempat kejar kerana kapal terbang yang shiho naiki sudah berlepas ke london. Shinichi terus melutut dan rasa sedih "ran sudah meninggalkan aku dan sekarang haibara sudah pergi...seseorang tolong aku..apa yang perlu aku buat" shinichi menangis. Shinichi bangun dan terus pulang ke rumahnya.
Scene Heiji Dan Shinichi(dua hari berlalu)
Heiji mendengar berita dari agasa sepertinya shinichi bukan dirinya lagi kerana org yang dicintainya sudah dipunyai orang dan gadis bernama shiho miyano sudah meninggalkannya dan tinggal di london bersama makciknya. Heiji akan pergi tokyo untuk lihat shinichi dan dia akan cuba bantu shinichi untuk berikan dia semangat.
(Tiba Di Tokyo)
Heiji pergi ke rumah agasa untuk tanyakan tentang shinichi dahulu. Agasa memberitahu shinichi sangat teruk sekarang dan dia sudah berhenti jadi detektif kerana hatinya musnah akibat kejadian itu. Heiji yang mendengar itu sangat sedih dan dia terus lawat shinichi. Heiji pergi ke rumah shinichi dan memanggilnya "hoi kudo buka pintu ini...sepertinya dia ada rumah apa yang berlaku di dalam". Heiji cuba membuka pintu, rumahnya tidak berkunci dan sepertinya di dalam rumah kudo sangat berselerak seperti rumah yang lama tinggal. Heiji memanggil shinichi " kudo...hoi kudoo..ni aku hattori heiji detektif dari osaka". Heiji pergi ke tingkat atas dan terlihat shinichi sedang mabuk. Heiji merampas air yang shinichi minum" hoi kudo apa kau buat ni apa yang sudah terjadi...kau bukan diri kau lagi yang aku sudah ku kenal". "Hattori kau pergi dari sini aku tak mahu tengok muka kau lagi..aku sudah benci dunia ni...dan aku bukan lagi detektif kudo shinichi". "Ahoo.. kenapa kau ni kudo..aku tahu apa yang terjadi sebenarnya...kau sepatutnya tak patut jadi begini..kau patut kejar gadis bernama shiho miyano itu...jika kau pasrah seperti ini...kau akan hilang dia selamanya. Shinichi menolak heiji "pergi kau hattori!!! Kau tak rasa apa yang aku rasa sebenarnya...kau sudah punyai kazuha dan aku(sedih teringat apa terjadi). Hattori bangun dan tumbuk muka shinichi "Buka mata kau Kudo!!!(tumbuk shinichi). Shinichi terjatuh ke lantai. "Ingatlah kudo...sesuatu yang diiginkan itu dikejar,bukan ditunggu. Kau perlu usaha untuk capai cinta yang kau inginkan". Shinichi terus mengalirkan air mata "hattori aku bersalah terhadap kau tadi dan aku akan cuba baiki diri aku kembali". Hattori tarik shinichi "bagus kalau begitu..jika kau ada masalah..kau perlu beritahu aku dan aku akan bantu kau kudo". Shinichi terus bersemangat kembali "hattori maafkan aku sebab aku bertindak kasar tadi dan aku akan pergi ke london untuk cari haibara...tidak shiho miyano". Hattori gelak dan beri topinya kepada shinichi. " kenapa kau beri topi ini pada aku hattori". " Aku nak kau pakai topi ini, jika kau sudah dapat gadis rambut coklat itu...aku nak kau pulang ini topi ini kembali". "Terima kasih hattori".
YOU ARE READING
Ai Haibara Love Story
Romance✨Hi semua ✨ Cerita ini saya buat atas sebab fans haibara dan conan. Jadi saya cuba buat cerita kisah cinta miyano shiho/haibara yang suka kepada shinichi jadi cita ini tidak ada kena mengena dengan cerita sebenar 🌹Penerangan Cerita 🌹 Kisah Haibara...