-2-

12 1 0
                                    

Syazan menyimpan buku nota ke dalam laci sebaik guru bahasa melayu masuk dalam kelas. Rakan kelas nya kecoh balik ke tempat masing masing.

"Bangun!"

"Asalamualaikum Cikgu Baidah."

Ketua kelas Ijat melaungkan salam sekuat hati. Cikgu Baidah hanya mengangguk dan menyuruh duduk.

Syazan terpanah kearah luar kelas lalu menunduk ke bawah meja untuk mengambil bekas pensil.

"Baiklah kelas. Hari ni kita ada rakan kelas baru....Mari sini masuk." Cikgu Baidah menyuruh seseorang masuk ke dalam kelas.

Kelas mula kecoh setelah murid baru masuk.

"Wuishh hensem siot."

"Oppa. Oppa saranghaeyo." Fanatik kelas mula melambai kearah murid baru.

"Budak bandar ke?"

"Biasa biasa je."

Syazan hanya diam tanpa menghiraukan orang sekeliling. Dia sakit telinga mendengar rakan kelas menjerit macam beruk.

"Diam semua. Saya nak bunyi kipas aja."
Cikgu Baidah mengambil pembaris panjang lalu diketuk kuat di meja guru.

Seketika kelas mula senyap hanya bunyi kipas berpusing.

"Okay perkenal kan diri. Nama siapa,duduk mana,kenapa pindah sini dan apa apa je lah awak nak perkenalkan."

Murid baru mengambil nafas seketika sebelum berbicara.

"Nama Daniel Nadim. Panggil Nadim. Sebelum ni kat KL .Pindah sebab ada urusan keluarga." Ringkas sahaja.

Senyuman lesung pipit di hadiahkan. Kesemua terpana melihat senyuman bergitu manis bagaikan madu.

Nadim memudar senyuman melihat wajah yang dia kenal.

"Tu bukan ke..." Nadim berbisik perlahan. Namun kelas mula kecoh kembali dengan tepukan tangan. Dirinya terasa bagai dihargai.

"Senyuman dia pun hensem."

"Haa... Aku tak boleh nafas."

"Oppa! "

"Geli aku."

Pap!

"Dah sudah. Nadim boleh duduk tempat dua belakang sebelah lelaki rambut panjang yang tak reti nak potong.Azim kenapa tak potong lagi rambut? Eh lah budak ni."

Azim mengangkat tangan menanda dirinya Azim. Dia hanya tersenyum tersipu malu. Badan Nadim ditepuk kuat sebaik Nadim duduk sebelah nya.

"Kuatnya." Nadim gosok bahagian ditepuk.

"Alah bro. Sikit je tu. Kau ok tak duduk kampung?" Azim mengambil pensil terletak di telinga.

"Hmm. Okay je. Best pantai sini cantik." Dia memandang meja depannya dari belakang. Wajah yang dia kenal dan hanya kenal beberapa minit.

"Kau pandang siapa?" Azim perasaan mata kawan baru nya tidak fokus langsung apa yang dia cakap.

"Oh aku pandang depan ni. Siapa nama dia?" Masih mata tidak lari perilaku Syazan mengeluarkan buku teks.

"Lah kau berminat ke? Dia Syazan. Tapi kalau betul kau suka. ..Pehh kau memang gila."Azim merangkul bahu Nadim.

"Kenapa? Aku tengok dia ok je." Nadim sendiri tengok bukan main cantik lagi Syazan. Tudung pun labuh lepastu baju longgar dan pakai handsock pulak tu.

"Sebab dia ni..G." Katanya di potong.

"Azim Faris! Jangan buat perangai mulut murai kat kawan baru awak tu! Tengok depan. Nadim jangan cakap waktu saya mengajar ye." Cuak Nadim dan Azim mengeluarkan buku teks.

Rain FlowersTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang