-1-

10 2 0
                                    

Kehidupan Naura Syazan sangat baik sehingga terjadi kejadian tak kan merubah dalam kehidupannya.Ayah kandung sendiri tempat berteduh dari ancaman luar. Membawa ancaman atas dirinya. Di khianati oleh kedua orang tua di sayangi.

"Pesalah telah disabitkan penjara seumur hidup atas merogol budak bawah umur."

Kehidupan tak seindah hidup sebaya lain. Tidak mendapat rawatan psikiatri atau psikologi untuk trauma nya. Hanya di pendam waktu.

                         •\•\•\•\•\•\•

Kini dia telah membesar bersama Che Wan iaitu Opahnya. Che Wan sayang akan Syazan tak kan biarkan sesiapa sentuh cucunya. Ibu nya Dahlia pula tinggal bersama suami baru dan adik beradik tiri Syazan. Sejak trauma terjadi Syazan tinggal bersama Che Wan. Dahlia hanya sekali setahun menjenguk Syazan dan Che Wan di kampung. Kehidupan keluarga baru Dahlia lebih bahagia. Syazan anak yang menunggu kasih sayang datang namun cukuplah kasih sayang dari opahnya sorang.

    Syazan membela tudung sarung senget kerana dia tergesa gesa mahu nelayan bersama Atuk San. Che Wan tengah bercakap dengan telefon lalu terlihat Syazan melangkah tangga luar.

   "Syazan pergi dulu Opah. Atuk San suruh tolong."

   Tidak sempat memakai selipar tangannya ditarik Che Wan. Telefon Nokia dihulur kearah Syazan. Kini mood Syazan mula hilang melihat nama tertera di telefon.

"Opah tak payah lah." Syazan memulang balik namun Che Wan memasang riak tegas.

"Ibu tu . Jawab." Syazan mengeluh perlahan. Tangan dipaksa meletak telefon di telinga.

"Ibu.. Kenapa? Cakap dengan opah aja boleh kan. Syazan nak cepat."

  "Syazan ibu nak balik beberapa hari lagi dengan Abah dan adik adik."

"Dah lah ibu. Kalau nak balik tak payah cakap. Balik aja lah. Ni selalu cakap dulu lepastu bukan balik pun. Ikut lah ibu nak buat apa. Ibu tak kesah pasal Syazan macam tu lah Syazan tak kesah pasal ibu." Panggilan dimatikan.

"Apa cakap ibu macam tu Syazan. Kalau ye pun marah kat ibu jangan sampai macam tu sekali. Opah tak suka." Che Wan menasihati nada perlahan.

"Betul Syazan cakap ibu bukan kesah pasal Syazan. Seronok duduk dengan keluarga baru. Dah lah Opah nanti lambat pulak." Tangan Che Wan di cium sebelum melangkah laju.

"Dahlia.. Apa nak jadi dengan kau ni.Tak kesian dengan anak sendiri. Kesian cucu aku."

    Che Wan sendiri jarang dengar khabar   anak tunggalnya itu. Mungkin bahagia kehidupan baru.

                        •\•\•\•\•\•\•\•

"Ni duit untuk kamu. Hari banyak ikan kita dapat. Rezeki bagi Opah sikit. Kamu simpan buat belajar sekali. Kalau barang dapur habis cakap kat aku ni." Atuk San menghulurkan beberapa helai duit. Syazan dah dianggap cucu sendiri. Atuk San gembira dapat orang yang boleh bantu dirinya semakin tak larat nelayan.

Syazan tak macam remaja lain yang berhibur siang malam. Kasih sayang pun tak cukup. Apatah lagi kepercayaan di berikan dikhianati.bergitu sahaja.

"Terima kasih Tuk San. Syazan pergi dulu." Dengan riak bersahaja Syazan melangkah pergi dari jeti itu menuju tempat selalu dia istirehat sebelum balik.

  Syazan melabuh punggung diatas batu besar menghadap laut biru. Cantik langit sudah mahu senja. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Disini tempat selalu menjadi luahan hati.

    "Tenang rasanya." Syazan memejamkan mata merindui ibunya. Air mata mula menitik perlahan. Dibiarkan menitik satu per satu. Dalam tak sedar ada sosok mendekatinya.

"Sini boleh tak aku duduk." Seorang lelaki sebaya dengan Syazan meminta tempat di sebelah batu kecil. Wajah Syazan direnung dari tepi.

Syazan tersentak lalu cepat menghapuskan air mata.
Syazan menjarakkan dirinya sehabis boleh. Rasa takut melanda dirinya apabila bersama lelaki dia tidak kenali lebih tepat kaum lelaki.

  "Duduk lah tapi kat sini tempat aku. Kau boleh duduk kat sebelah sana." Syazan memandang lurus ke hadapan. Malas mahu bertentang mata.

Sepeket mini tisu di letakkan keatas batu." Nah kalau kau kesat tak kan hilang." Lelaki tersebut memberi senyuman lesung pipit. Syazan tertoleh ke arah lelaki itu. Manis senyuman.

"Tak payah. " Syazan melangkah bangun pergi dari situ. Membiarkan pemberian lelaki itu di tinggalkan.

"Itulah Syazan nak sangat nangis. Dah ada orang perasan." Kaki melangkah pergi.

"Sombong." Kata lelaki itu perlahan.
Senyuman lesung pipit masih mekar.

"Tapi.. Comel."

                        •\•\•\•\•\•

Tingkap kayu ditutup sebelum maghrib. Che Wan kata tak baik tingkap bukak waktu maghrib nanti setan masuk. Buku latihan tingkatan 5 diambil. Tahun ini dia ambil SPM. Tak lah rajin Si Syazan namun untuk membalas budi Opahnya dia paksa kan diri untuk rajin.

   "Kau ni Syazan tak habis buku. Maghrib ni solat dulu oii. Aishh rajin tak bertempat cucunya." Che Wan mengambil air wuduk dari dapur singgah ruang tamu ambil sejadah itulah nampak Syazan menulis di ruang tamu.

"Syazan cuti opahnya. Cucu disini semangat ketika ini sahaja nanti malas balik." Syazan menulis sambil mengomel. Che Wan menggeleng kepala. Syazan ada masa elok mood kadang kadang masam cuka.

  "Iyelah. Cucunya buatlah. Opah nak solat dulu." Che Wan berlalu masuk bilik.

Surat bersampul putih diambil dari celah buku. Hati berat mahu memberi surat permohonan kepada opah. Takut nanti tak diterima.

"Tak pe nanti aku bagi tahu opah. Syazan ni cita cita kau kan. Opah mesti bagi." Syazan memegang tangan nya lalu diurut perlahan.

                    

   •'•

Psikologi'; Trauma- PTSD.

                  

                       

Rain FlowersWhere stories live. Discover now