"Siapa yang kacau Jangmi tengah hari tadi?"Aku yang tengah nak suap nasi tersedak, kenapa author cerita ni asyik nak buat scene aku tersedak je? Adakah ini salah satu tanda-tanda kematian aku? Mati dalam keadaan aku tersedak?
Aku kuis-kuis kimchi yang aku dah letak dalam mangkuk tersebut, macam mana appa boleh tahu pasal tu?
CCTV ke? Tetapi, setahu aku tiada CCTV kat luar, ada kat dalam bangunan je. Seingat akulah. Kan aku pernah cakap, aku jarang pergi bangunan syarikat appa.
"Err mana adalah!" Aku rasa tak perlulah aku buka cerita tentang aku dengan Donghyun tu. Apabila teringat balik, rasa macam sakit hati pula tengok muka lelaki tak sedar diri tu.
Appa angkat kening, nampak sangat menipu anaknya yang seorang ni, muka gelabah semacam. Nampak sangat!
"Yalah tu, appa tahulah. Appa ada mata-mata tau! Siapa yang kacau Jangmi tu?"
Aku telan air liur, nak cerita ke tak nak? Lagipun omma dengan appa kenal Donghyun tu sebenarnya, yalah sebelum ni kan kami pernah bersama.
Dan aku takut appa marah apabila aku sebut nama lelaki tu, macam waktu aku baru lepas putus dengan Donghyun dulu. Seram pula apabila aku ingat balik kejadian tu.
Tiba-tiba aku rasa macam aku ni bodoh sebab aku sedih gila amat waktu break up dengan Donghyun. Donghyun tu bukannya baik sangat pun, bak kata seseorang dari media sosial, anda boleh dapat orang yang lebih baik dan lebih layak untuk anda. Terima kasih kepada 'seseorang dari media sosial' itu.
"Donghyun," kata aku perlahan, macam nak tak nak je. Aku pun macam tak dengar suara aku sendiri.
"Haa, siapa?" Kuat suara appa, dia yang elok je duduk kat kerusinya tiba-tiba muncul betul-betul sebelah aku, dengan semangkuk nasi tambah kali kedua kat tangannya. Matanya memandang tepat ke arah wajah aku.
"Appa! Makan tu jangan pindah-pindah tempat, kawan saya dari Malaysia kata nanti kahwin ramai!' Omma angkat kening, senduk nasi diletakkan semula dalam bekas nasi. Terkejut tengok suaminya dengan penuh magik duduk di sebelah anaknya itu.
Appa tersengih-sengih. "Kalau kahwin ramai pun apa salahnya? Orang lagi suka dapat pergi kenduri kahwin argh!" Isi lengannya dicubit dan dipulas arah lawan jam. Sakitnya mmm zup naik ke atas!
"Gatal!" kata omma, tajam sekali kata-katanya masuk ke dalam telinga appa. Appa dah lali, biasalah tu gurauan kahwin lain tu memang dah biasa dah buat, nama pun gurau.
Err tapi gurauan boleh jadi betul kan?
"Siapa yang kacau kamu tu Jangmi? Kamu tak jawab lagi." Appa cuit lengan aku.
"Jangmi dah cakaplah tadi." Malas sebenarnya aku nak ulang balik sebut nama tu.
"Cakaplah cepat," celah omma dengan nada yang tegas. Kalau dah omma masuk korum perbincangan, janganlah nak buat main-main kalau tak nak kena pancung pakai sabit runput tu. Sabit tau bukan Pak Jabit! Takut tak takut?
"Donghyun yang kacau Jangmi siang tadi. Appa dengan omma...ingat lagi dengan dia?" tanya aku, takut juga nak tanya. Omma dengan appa bukan main mengamuk juga dulu selepas dengar aku break up dengan lelaki tu.
Keadaan sunyi seketika, kedengaran bunyi kucing terjatuh dari pagar di belakang rumah diiringi dengan bunyi meow yang agak luar biasa, mungkin kesakitan.
Mungkin itu bukan kucing? Baik tak payah pergi tengok, buat-buat tak dengar je.
Pap!
"Budak tu? Ofcourselah omma ingat! Mana dia? Meh omma bantai dia sampai tulang belakang senget!" Mahu bergegar juga meja ni dihentak dengan tangan omma. Mukanya agak merah padam.
"Donghyun? Kenapa dengan dia? Oh appa tahu, dia nak get back dengan kamu kan? Lepas dia buat macam tu pada kamu? No way! Appa tak izinkan! Appa takkan bagi kamu kacau syarikat appa!" Mangkuk nasi dihentak, tiba-tiba dia dilanda perasaan emosi berlebihan.
Omma menjeling appa. Appa tersengih-sengih sebelum garu kepala. "Macam salah skrip je ayat last tu err buat-buat tak dengar jelah eh."
"Tapi apa-apapun, appa tak nak Jangmi dekat dengan dia!" Appa memegang kedua-dua bahu aku.
"Jangmi memang tak nak dekat dengan dia tapi dia tu yang macam selalu kejar Jangmi. Risau juga Jangmi dengan dia, ada masalah mental kot dia tu." Hilang dah selera aku nak makan malam tu.
"Jangmi pergi dululah. Ada kerja nak buat," kata aku lalu bingkas bangun sambil membawa mangkuk dan chopstick yang aku gunakan tadi. Omma dan appa hanya terdiam melihat kelibat aku pergi begitu sahaja.
"Awak!"
"Apa?" tanya omma dingin. Mood nya sendiri sudah pusing selepas mendengar nama lelaki itu. Nasi dalam mangkuk dipenyek-penyek dengan geram, mungkin dia membayangkan nasi tu macam kepala Donghyun kot.
"Saya rasa...saya nak upah bodyguard untuk jaga Jangmi. Awak rasa okay tak?" tanya appa perlahan. Dia teringatkan semula perbualannya dengan pembantu peribadinya siang tadi.
Dan dia sendiri dapat merasakan lelaki itu mampu menjaga anak perempuannya dengan baik.
Omma angkat kening. "Ikut suka hati awaklah. Asalkan Jangmi tak nak kacau dengan budak tu."
Appa tersengih mendengar respons omma tersebut.
-----
UPDATEEEEEEE UHUHUHUU kalau ada masa aku update lagi malam ni. Err aku ingatkan aku nak publish satu fanfic ni, fanfic B.I nanti korang bolehlah check eh, meriahkanlah fanfic aku yang lain tu hoho
YOU ARE READING
• sushi • kanemoto yoshinori
Fanfiction[Completed] Aku tak sangka aku boleh jumpa dia balik, berlainan daripada apa yang aku kenal. © Kanemoto Yoshinori /Yoshi TREASURE's fanfic @xxybaexx « TREASURE SERIES » 7 Start: 2021/08/28 End: 2021/11/17