Tiga bulan selepas itu...
Meja dikemas elok-elok, kesemua kertas-kertas penting dan dokumen disusun dengan kemas. Setelah berpuas hati dengan segala benda, dia mengunci laci meja dan bersiap untuk pulang ke rumah.
"Yoshi," sapa satu suara tatkala dia baru sahaja keluar dari lif.
"Oh, appa rupanya," katanya perlahan. Dia tersenyum nipis walaupun dia agak penat hari ini dengan timbunan kerja di pejabat.
"Dah nak balik dah?" tanya Dato' Kim, sekadar berbasa-basi walaupun dia sudah tahu yang menantunya itu memang sudah bersiap sedia mahu pulang.
Yoshi mengangguk.
"Kamu makanlah di rumah appa nanti, omma pun mesti tak kisah kalau kamu nak makan sekali dengan kami," katanya seakan memujuk. Yoshi terdiam sebelum menggeleng perlahan.
"Takpelah appa, lain kali ya? Saya minta diri dulu," kata Yoshi sebelum dia beredar dari situ. Dia juga rasa serba-salah menolak permintaan mertuanya itu tetapi dia ada benda yang lebih penting untuk dia buat sekarang.
-----
Hujan rintik-rintik di luar kereta membuatkan dia mengambil keputusan untuk menggunakan payung, dalam hatinya dia berdoa yang hujan ini tidak semakin lebat. Biarlah hujan itu begini atau pun lebih baik, berhenti.
Tetapi siapalah dia hendak meminta sebegitu rupa? Dia manusia biasa, perlu terima apa yang telah ditetapkan dalam hidup ini. Seperti di mana dia berada sekarang.
Bunga ros merah yang dibelinya di sebuah kedai bunga dibawa turun sekali. Dia berjalan perlahan-lahan masuk ke ruangan kubur di situ.
Hatinya tertanya-tanya, apalah nasib mereka yang berada di sini? Adakah masih ada lagi orang yang mengingati mereka yang berada di sini? Seperti mana dia mengingati mendiang isterinya.
Sehinggalah kakinya tiba di sebuah kubur yang telah lama dia tidak kunjungi, rasa sayu mula menyelubungi dirinya.
Biarlah seribu kali sekali pun dia datang ke sini, rasa sedih itu takkan pernah hilang dan luntur. Bunga ros yang dipegangnya dari tadi diletakkan di atas kubur itu sebelum dia berdiam diri, mendoakan ketenangan untuk roh isterinya itu.
"Maaf sebab saya dah lama tak datang sini." Dia membuka mulut, terasa berpasir lidahnya saat menuturkan ayat itu. "Saya ingat awak, cuma saya sibuk buat kebelakangan ni, awak pun tahu kan sekarang saya dah kerja jadi akauntan di syarikat appa. Kerja yang saya mohon sebelum ni, sebelum saya jadi bodyguard awak dulu."
Dia hela nafas berat, teringat kembali momen-momen itu. Dia tersenyum pahit, memang indah untuk dikenang semula tetapi dia juga perlu menghadapi kesedihan yang terikat sama dengan momen itu.
"Tapi saya lagi suka kerja sebagai bodyguard awak. Saya dapat jaga awak, dekat dengan awak sentiasa, dapat teman awak. Sebab kerja tulah, saya jatuh cinta dengan awak. Kelakar pula bila saya ingat semula," katanya, cuba untuk kedengaran lawak. Dia mengusap-usap bunga ros itu.
"Saya minta maaf saya tak dapat jaga awak dengan baik. Saya tak dapat nak jaga awak sekarang. Saya tak dapat tunaikan apa yang saya janji waktu kita kahwin dulu." Di saat ini, air matanya mengalir, dia betul-betul rasa terkilan. Andai masa dapat diputarkan semula, dia takkan biarkan perkara itu terjadi.
Di hari bahagia seperti itu tidak sepatutnya dirosakkan dengan peristiwa sebegitu. Tetapi seperti yang dia nak tahu, dia hanyalah manusia yang tiada apa-apa kuasa untuk memanipulasi masa.
Dia cuma manusia biasa yang perlu menerima hakikat. Ini hakikatnya, hakikat yang dia keseorangan tanpa ditemani isterinya.
"Saya minta maaf, atas segalanya."
Suasana sunyi, memang tiada orang lain selain dia di situ. Hanya bunyi hujan mengisi ruang kekosongan.
"Saya yakin, ada yang lebih baik tengah jaga awak kat sana, lagi baik daripada saya jaga awak. Awak pun, mesti bahagia kan kat sana?" Dia mengesat air mata yang masih tidak henti, senyuman masih lagi terukir di wajahnya.
"Awak nak tahu, oneechan pun dah nak kahwin, saya harap bakal suami oneechan dapat jaga oneechan baik-baik." Dia menelan air liur. "Bukan macam saya, saya...mmm."
Jujur, dia sendiri masih menyalahkan dirinya dengan semua benda yang terjadi ini. Dia menggeleng perlahan.
"Lelaki tu...saya harap dia dapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat," katanya lagi. Kalau diikutkan hatinya, lebih baik dia sendiri bertindak untuk membalas kejahatan lelaki itu.
Bukanlah maksudnya dia berdendam, cuma dia mahukan keadilan. Keadilan untuk Jangmi.
"Awak tunggu saya ya? Saya sentiasa ingat awak dan mendoakan awak supaya awak bahagia di sana."
"Saya harap...kita akan bahagia sama-sama, walaupun dunia kita dah berbeza sekarang." Dan air matanya mengalir lagi, rasa sakit dan pedih ini betul-betul buatkan diri dia lemah sekali lagi, di hadapan kubur ini.
Itu cumalah kata-kata yang dilafazkan di mulut, tetapi bukan di hatinya. Penyedap mulut namun bukan penyedap hati.
Hatinya masih sakit, tetapi dia perlu menerima kenyataan pahit ini, yang isterinya sudah tiada lagi. Tiada di sisinya, seperti dahulu.
I’m sorry I couldn’t protect you
The end --
-----
Anda bersedih ke tu isk isk isk isk SAYA JUGA TURUT BERSEDIHHHHH 😭😭
K, pergi baca next part.
YOU ARE READING
• sushi • kanemoto yoshinori
Fanfiction[Completed] Aku tak sangka aku boleh jumpa dia balik, berlainan daripada apa yang aku kenal. © Kanemoto Yoshinori /Yoshi TREASURE's fanfic @xxybaexx « TREASURE SERIES » 7 Start: 2021/08/28 End: 2021/11/17