PROLOGUE

147 36 2
                                    

___________

"Aku minta maaf," luahnya buat kesekian kalinya.

Sungguh, penyesalan yang bermukim di dadanya kian menghimpit. Sesalnya masih bersisa. Apa mungkin... peluang untuknya mendapatkan sebuah kemaafan sudah sirna ditelan waktu?

Menyesal? Ya, dia benar-benar menyesal. Seandainya dia tidak mengagungkan ego yang menjulang... pasti dia akan tetap bisa bersama mereka. Namun kini?

Apa yang bersisa?

Terukirnya nama itu di batu nisan yang terpacak di atas pusara-pusara, tempat bersemadinya mereka.

Sungguh, dia sengsara. Terpaksa menonton momen di mana mereka dibunuh di hadapannya... bagaikan mimpi ngeri yang mengganggu lenanya.

Salah diakah?

Ya... dia mengaku. Khilafnya membawa bahana. Silapnya percaturan yang dirancang mengundang malapetaka yang buruk.

Jiwanya berdarah hebat, seiring dengan gugurnya manik-manik mutiara dari pelupuk mata. Esakan yang kedengaran bagaikan menanggung sakit yang tidak terperi.

Manakan tidak...

Rasa bersalahnya, penyesalan yang dia tanggung dan kekecewaan yang bergelora... semuanya bersatu seolah-olah berpakat untuk menggoncangkan jiwanya.

Mengapa?

Sekali lagi, hati kecilnya mempersoalkan tindakan yang dia laksana.

Mengapa, mengapa dan mengapa?

Bertalu-talu, dia disentak sang hati penuh sinikal.

Kepala digeleng, kesal. Kesal dengan dirinya sendiri. Andai sahaja dia memutuskan tali persahabatan ini dari awal lagi, pasti sahaja merrka tidak akan diuji dengan perkara sebegini. Biarlah jika erti sebenar persahabatan itu tidak dia ketahui...

Dia lebih rela jika begitu daripada nilai nyawa yang tiada ganti akan terbang begitu sahaja... hanya kerananya. Biarlah mereka kekal menjadi orang asing antara satu sama lain.

Dia... lebih rela.

Rintik gerimis yang turun daripada langit membasahi badannya. Guruh berdentum, kilat sambar-menyambar. Dia memandang langit. Kelamnya langit di kala itu menggerunkan dirinya. Lantas, dia tersedar.

Astaghfirullahalazim...

Tidak sepatutnya dia menyalahkan takdir.

Tidak sepatutnya dia mempersoalkan apa yang sudah tertulis di Luh Mahfuz.

Tidak sepatutnya... dia meratapi pemergian yang sudah tiada.

Allah...

Ampuni dia. Jadikan ini pengajaran buatnya, ya Rabb!

Bersama kudrat yang tersisa, dia bangkit dari duduknya. Lenguh yang dirasakan dek kerana terlalu lama duduk memeluk lutut, tidak dia hiraukan.

Terketar-ketar, dia melangkah. Tiada arah yang dituju, hanya membiarkan hatinya memandu langkah.

Allah...

Jadikan ini iktibar buatku.

Jadikan ini alasan untukku kekal menjadi insan yang kuat.

Kuatkan aku...

Tabahkan aku... agar aku mampu menjadi hambaMu yang bertakwa.

Air mata semakin laju mengalir di pipi. Dia menangis. Mengharapkan keampunan Yang Esa... memohon belas Yang Maha Kuasa.

Semoga... dia memperoleh kekuatan untuk terus menjalani hidupnya. Yang pasti, esoknya adalah permulaan kepada perbezaan hari yang mendatang.

Tanpa mereka. Tanpa keceriaan yang sentiasa mewarnai hidupnya...

Mampukah dia... untuk menjalani perihnya kehidupan tanpa mereka?

_____________

Perpisahan...
Sebuah ungkapan yang sentiasa menjadi igauan ngeriku,
Sebuah ungkapan yang ingin sekali aku jauhkan dari kamus hidupku,
Tapi, apakan daya...
Aku hanya manusia biasa,
Aku tidak punya kuasa untuk menjauhkan apa yang tidak kusukai,

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Akan aku akur dengan peraturan alam ini,
Akan aku akur... bahawa tiada yang kekal,
Setiap yang hidup pasti akan mati jua,
Semoga... kita akan ditemukan di syurga kelak...

______________

VOTE AND COMMENTS

Short story challenge by Angel_k20

SAHABAT Where stories live. Discover now