"PENING?"
Angguk.
"Baring."
Menurut arahan, Rayden merebahkan badannya di atas sofa. Hawa sejuk yang menyapa kulit badannya yang terdedah membuatkan dia mengerekot sedikit.
Bagaikan mengerti, Fath langsung mengambil alat kawalan jauh lalu penghawa dingin ditutup.
"Badan kau lemah-lemah? Sengal?" soalnya lagi.
Angguk lagi.
Fath menghela nafas.
"Heroin. Diorang masukkan serbuk Heroin dalam peluru or maybe lumurkan pada isi peluru tu... siapa tahu?" Penjelasannya disusuli dengan nada yang lemah.
"Bapaklah! Melampau betul taktik kotor diorang. Sikit-sikit tak boleh ke?" rungut Sayf. Mukanya yang berkerut marah ditongkatkan pada bahu Nasr.
"Kalau tak melampau, bukan mafia namanya..."
"Buat masa sekarang, kau jangan banyak bergerak. Buat kerja berat pun jangan. Takut nanti tiba-tiba pengsan ke... aku jugak yang kena." Rayden mencebik. Eleh, macamlah selama ni Fath yang menguruskan dirinya!
"Ah, one more thing! Kalau sakit kepala jangan lupa bagitahu aku, tau! Aku risau kalau dos yang termasuk dalam badan kau tu akan bagi kesan sampingan yang lebih lama. Ikutkan saiz peluru tu... maybe kesan dia just lemahkan badan kau aje."
"Kita tak tahukan berapa banyak diorang masukkan? So, aku cuma nak lebih berhati-hati in case ada dadah lain yang masuk dalam badan kau..."
Sarung tangan dia buka dan kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Cermin mata yang hanya digunakan apabila dia menjalankan tugas turut dicampak ke tepi.
Termometer dimasukkan ke dalam mulut Rayden. Melihatkan suhu lelaki itu normal; 36.9, Fath mengangguk berpuas hati.
"Nah."
Selimut yang dihulurkan Nasr, dia sambut sebelum menutupi badan Rayden. Renungan penuh bermakna lelaki itu dia balas, polos. Tertunggu juga dia sekiranya Rayden ingin mengatakan sesuatu tapi menyesal pula dia berbuat demikian.
Orang punyalah prihatin nak tunggu kalau ada apa-apa yang dia inginkan... tapi dijeling pulak? Hampeh!
Bersama raut wajah yang masam mencuka, Fath melabuhkan punggung di lantai.
"Makin lama aku tengok... kau makin handsomelah Fath!" Sayf meleraikan pelukan Nasr sebelum dia melompat ke arah Fath yang duduk mengurut pangkal hidung. Penat, barangkali...
"Argh! Sayf, lepaslah!"
"Tak nak."
Fath berdecit. Sayf ni memang suka menguji kesabarannya! Nanti bila dia mengaum... ha, mulalah nak tunjuk muka kucing tak makan sebulan! Apa punya kawanlah...
"Kau lepas sekarang sebelum aku betul-betul humban kau dalam loji, Sayf Zaydan." Gigi dikacing rapat. Badan Sayf yang melekat di badannya dia tolak sekuat hati.
"Kau... cakap je lebih. Buatnya tidak..." Mahu mencabar sahabatnya lagi, Sayf semakin mengeratkan pelukan. Sambil tersengih memandang Nasr, dia mengambil tindakan berani mati dengan mencium tepi dahi Fath.
Sebelum Fath sempat berbuat apa-apa, dia sudah mengambil langkah menjauhi lelaki itu. Kelajuan lariannya ditingkatkan ke tahap maksima.
"Sayf Zaydan! Sini kau!"
Fath bangun, turut mengejar langkah Sayf yang sudah menghilang dari pandangannya. Bagaikan mahu tercabut jantungnya apabila seulas bibir lelaki itu melekap di dahinya.
YOU ARE READING
SAHABAT
ActionShortstory Challenge by @Angel_k20 Complete [ ✓ ] #1inSahabatSiries Nasr Uzair. Tuan Rayden Qhalif. "Aku? Nama aku Sayf. Sayf Zaydan. Panggil aku ultraman pun takpe..." "Aku, Fath Rafisqi. Nice to meet you." Sayf Zaydan, Fath Rafisqi? Ah, sudah! Ket...