Sebulan berlalu...
TANDA-TANDA untuk The Dark Fire berhenti daripada memburu dirinya masih tidak kelihatan. Tanpa berputus asa, mereka terus dan terus melakukan pelbagai cara untuk menaikkan dirinya ke takhta walau sekeras mana pun dia menolak.
Usah dibilang soal bersembunyi...
Sembunyilah di ceruk mana sekali pun, tetap sahaja dirinya diserang. Apa lagi yang harus dilakukannya?
Rayden mengeluh. Tangannya dibawa memicit dahi. Pen di tangan dia ketuk beberapa kali di atas meja sambil tatapannya bertumpu ke arah kertas kerja dan laporan.
Carta turun naik keuntungan syarikat dia tenung sedalamnya. Terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena...
Lantas, laporan kewangan dan proses keluar masuk wang dia bandingkan dengan kertas di pegangannya.
Benar...
Firasatnya benar belaka!
Kertas di tangan diletakkan kembali sebelum tangannya dipanggung pada dagu.
Rayden menutup mata, cuba mencari sebarang kaitan dengan semua perkara yang berlaku baru-baru ini.
Umurnya semakin meningkat... menandakan pelbagai kemungkinan yang bapanya katakan bakal berlaku. Semakin meningkat usianya... semakin bertambah ancaman yang akan dihadapinya.
Bertahan. Hanya itu caranya untuk melepaskan diri dari pemerhatian mereka.
Tetapi mampukah dia bertahan hingga umurnya mencecah 50 tahun? Kira-kira... lebih 20 tahun lagi. Mampukah dia?
Ah, fikirannya sarat dengan pelbagai perkara!
Soal keselamatan dirinya pun sudah satu hal... masalah kewangan dan kebocoran data syarikat menambahkan lagi beban di pundaknya.
Klak!
"Sibuk?"
Hanya anggukan yang diberi sebagai balasan kepada soalan Nasr, tanpa bertentang mata.
Suasana hening buat seketika. Melalui ekor mata, Rayden dapat melihat Nasr melabuhkan punggung di sofa.
"Nasr."
"Hmm?"
"Rekod kewangan dua bulan lepas still ada dengan kau, kan?" soalnya memandang Nasr yang sudah bergerak mendekatinya.
"Ha'ah. Aku ada simpan dalam file dekat pejabat kau. Kenapa?"
"Something wrong. Rekod bulan ni and bulan lepas jatuh drop. Dan bila aku refer balik rekod dua bulan lepas... everything's fuss."
"Rekod tu ada dekat kau, kan? So, macam mana boleh sampai dekat aku balik? Aku dah bagi arahan untuk mansuhkan salinan rekod yang lain bila aku dah dapat yang original punya." Nasr mengangguk, faham dengan keterangan Rayden.
"Ni, before aku bagi kau, aku dah ambil gambar laporan tu..." Rayden mendekatkan telefon pintarnya pada Nasr sebelum lelaki itu mula meneliti setiap perinciannya.
"Masalah sekarang, rekod yang aku pegang sekarang ni betul-betul berbeza dengan yang dalam gambar ni!"
Ratden kembali menyandarkan badannya pada belakang kerusi empuknya, membiarkan Nasr membuat perbandingan dan memproses apa yang dikhabarkannya tadi.
"You're right... jadi kau nak cakap yang sekarang ni..."
Sekali lagi, dia mengangguk. Mengiyakan telahan Nasr. Dia tahu, lelaki itu cekap dalam memahami maksudnya.
YOU ARE READING
SAHABAT
ActionShortstory Challenge by @Angel_k20 Complete [ ✓ ] #1inSahabatSiries Nasr Uzair. Tuan Rayden Qhalif. "Aku? Nama aku Sayf. Sayf Zaydan. Panggil aku ultraman pun takpe..." "Aku, Fath Rafisqi. Nice to meet you." Sayf Zaydan, Fath Rafisqi? Ah, sudah! Ket...