1 | ESCAPE

121 32 9
                                    

MELALUI pantulan yang terbias di cermin kenderaan di sebelahnya, Rayden dapat melihat kelibat dua orang lelaki berjaket  merah mengekorinya.

Tanpa riak, langkahnya dipercepatkan. Angin malam yang bertiup dirasakan mencucuk kulit lengan. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek baju. Hud ditarik.

Rayden meliarkan pandangannya. Matanya tertancap pada lorong sunyi yang berada di hadapan. Sekali lagi, kedua lelaki itu dikerling dengan ekor mata.

Dia berhenti seketika sebelum nafas ditarik sedalamnya.

Bang! Bang!

Tembakan rambang yang dilepaskan oleh mereka apabila Rayden segera membuka langkah, memasuki lorong.

Bang! Bang!

Bang!

Sebutir peluru sesat yang dilepaskan terbenam masuk ke dalam bahu kanan Rayden. Dia menyeringai kesakitan.

Lariannya mula berubah rentak. Fokusnya terganggu.

Bersama-sama tangan yang setia ditekupkan di bahu, Rayden berpaling.

Oh, crap!

Bang!

'Fuh, selamat aku.'

Dadanya diurut, lega kerana tembakan yang dilepaskan dari belakangnya tidak mengenai batang tubuhnya.

Belum sempat dia mahu merehatkan diri, muncung keras Glock 19 diacukan tepat di dahinya.

"Nowhere to go, huh?"

"Sure? You're wrong, dude. There. I will use that way to escape from you, jerk..."

Jari telunjuknya ditundingkan ke atas.

"Kau nak cuba bodohkan aku ke, apa?"  soal lelaki itu bernada keras. Pistol yang melekap di dahi Rayden, dia hentak sekali lagi bagi menunjukkan bahawa dirinya tidak bermain-main.

"Nope! Aku betul-betul akan guna jalan atas ni. Tak percaya? Jom ikut aku."

"Kau nak bawa aku ke kerajaan Ayah Pin? Boleh..."

Buk!

Muka yang terlindung dengan pelitup separuh muka berwarna hitam keemasan ditumbuk sekuat hati sebelum pistol yang berada di dahinya ditepis kasar.

"Ni, Ayah Pin kau!" Tidak membenarkan seterunya bangkit, Rayden terus mengilas tangan kirinya dan menujah belakang betis itu. Rambut musuhnya itu dijambak lalu dia hantukkan beberapa kali ke dinding.

Untuk mengelakkan lelaki itu mengeluarkan erangan yang akan menarik perhatian rakan sekutunya, mulutnya ditekup menggunakan tangan kanan. Sakit yang mencucuk-cucuk di bahu, dia endahkan sahaja.

Yang penting, dia perlu lari dari situasi ini. Situasi yang membahayakan dirinya dan secara tidak langsung... syarikat yang dia kendalikan akan turut sama terjejas! Sekali gus memberikan ruang kepada The Dark Fire untuk mengawal syarikat milik keluarganya turun-temurun.

The Dark Fire. Kumpulan mafia terbesar di Rusia. Dirinya diburu, keluarganya didesak. Punca utama dirinya seringkali diserang dan sentiasa berada di ambang bahaya adalah kerana dia... Tuan Rayden Qhalif merupakan pewaris kumpulan mafia yang seterusnya.

Dan hal ini tidak akan sesekali dia ikuti! Bodohlah dia jika mengetepikan soal agama dan pegangan hidupnya hanya untuk menaiki takhta kumpulan mafia itu!

Bodohlah dia jika dia sanggup mengotorkan tangannya dengan darah manusia hanya demi ribuan wang ringgit yang turun dari langit!

Dia masih waras lagi...

Dan selagi hayatnya dikandung badan, tidak akan sesekali dia menyerah dan berpaling tadah dari agama yang dicintai.

Bunuhlah dia jika perkara itu akan menamatkan semua 'perang gelap' di dunia mafia itu. Sekiranya dengan membunuh dirinya, organisasi kumpulan gelap itu akan musnah... dia rela. Rela menyerahkan nyawanya.

Namun...

Yang jahil akan tetap jahil, jika tidak dibimbing ke jalan yang benar. Begitu juga dengan mereka...

Bilamana pangkat dan harta yang didambakan, mata akan terus dibutakan dengan kecintaan yang ampuh terhadap nikmat dunia yang sementara.

Bilamana perempuan dan kecantikan yang diagungkan... mata hati akan terus dikaburi dengan dengan segala penipuan yang dilakonkan di pentas dunia.

Tatkala hal ini berlangsung, belas yang tersisa dan sifat kemanusiaan yang masih tersimpan di sanubari akan terus lenyap.

Hilangnya sifat keperimanusiaan, mendidik setiap insan yang yang tidak punya hati. Segalanya berlandaskan nafsu semata.

Akhir zaman...

"Puih!"

Rayden terkesima. Dia memandang tangannya yang dipenuhi dengan liur lelaki itu. Serta merta, darahnya mencanak naik. Pantang benar baginya sekiranya seseorang itu meludahi dirinya! Tidak kiralah anggota apa sekalipun. Yang penting... euw! Geli siak!

Tak malu ke? Dah besar panjang pun still main air liur lagi...

Air liur yang bersisa di tangannya dia pindahkan pada rambut keriting lelaki itu. Hah, ambik kau! Siap diramas-ramas lagi rambut perang kau!

'Tak guna!'

Hati Rayden berdongkol geram. Tangan kirinya digunakan untuk memegang rahang sementara tangan kanannya dilanyakkan pada rambut yang kusut itu!

"Uish, marah nampak!" tegur satu suara.

"Diamlah kau! Geram aku pada mamat ni belum habis lagi!"

"Ooo, macam tu... kenapa tak bunuh, je?"

"Aku tak ada lesen nak bunuh orang."

Masih lagi dihambat geram, Rayden tunduk mengambil segenggam pasir yang berada di sebelah longkang lalu mulut lelaki itu dibuka.

"Emph! Emph!" Erangan lemah itu tidak dihirau. Mata Rayden tertancap pada tag nama yang berada di dada.

Reyz...

'Tch, pakai tag? Kolot betul!'

"Woi, woi! Udah ler tu! Takut teman nengok kamu jadi psiko, anak oi..." Sama seperti Rayden, suara itu tetap tidak berputus asa mengganggu CEO Tuan Berhad.

"Baik kau diam... jantan? Lelaki? Khunsa? Ah, lantaklah! Baik kau diam sebelum kau pun aku sumbat pasir ni," ugut Rayden. Wajahnya langsung tidak dipalingkan dari menghadap Reyz, mangsa pertama sisi psiko seorang Tuan Rayden Qhalif.

"Amboi, maghah nampak! Nah, ambil tali ni. Ikat dia ketat-ketat, seketat sayangku padamu... ahaks!" Dahi Rayden berkerut namun dengan pantas, dia menggeleng. Tumpuannya tidak teralih. Kekudanya dibuka, sebagai pertahanan dirinya sekiranya Reyz bertindak gila.

Huluran tali yang diberikan kepadanya disambut lalu dia mengikat Reyz seketat mungkin.

"Terima kas..."

Seakan tersedar dari lena, Rayden memandang ke arah sisinya. Kelibat seorang jejaka berwajah bersih yang sedang tersenyum manis ke arahnya dipandang pelbagai rasa.

"...sih?" sambung lelaki itu.

"Siapa kau?"

__________

“I'll remember the day that I meet you, the day... I started to know how the word "friendship's" working...”

___________

[887 WORDS]

VOTE AND COMMENTS

SAHABAT Where stories live. Discover now