Adelia pov
Scarlett Highschool
Nak masuk ke nak patah balik? ehh kejap.. Asal aku gugup pulak ni?
monolog aku di dalam hati sambil meramas kedua belah tangannya yang sejuk akibat ketakutan dan gugup.
Selepas berkira-kira sama ada mahu patah balik ataupun tidak, aku membuat keputusan untuk berpatah balik ke rumahnya.. Eh tak, untuk masuk ke dalam sekolah tersebut.
Gila nak balik rumah semula, mahunya kena bebel tujuh hari tujuh malam dengan Adira.
Bapak besar sia sekolah ni, kalah sekolah aku dulu. Agak-agak banyak toxic tak, kat sekolah ni?
BUK!
Tengah-tengah aku mencari pejabat sambil berangan, tiba-tiba aku dilanggar tiang yang tinggi.. Eh cop-cop ada ke tiang pendek? Jawapan dia ada, tiang yang dah di kerat. HSHSHSH guraw. Nampak tak, sempat lagi aku berangan.Hem baru hari pertama, dah jatuh terduduk.. Nasib tak tergolek je
" Sorry, aku tak nampak kau tadi," weyh tiang boleh bercakap ke?
Selepas mendengar suara ' tiang ' tersebut, aku terus mengangkat kepala. Laa manusia rupanya.
Dekat depan aku sekarang nie, ada seorang remaja lelaki yang tengah pegang buku. Aku rasa dia membaca sambil berjalan.. Aku rasa laa.
" Takpe, salah aku jugak.. Berangan sambil berjalan," balas aku sambil bangun. Yela takkan nak duduk je.
" Kau okay tak ni?," soal gerangan yang melanggar aku tadi.
" Aku okay," balas aku.
" Aku Firhad Aryyan, panggil Firhad. Kau?," ujar Firhad lalu menanyakan namaku.
" Iman Adelia. Panggil saja Adel," balasku.
Firhad terdiam sebentar kemudian mengangguk faham.
" Oh ya, kau murid baru ek? Bukan apa, aku tak pernah nampak kau pun before this," tanya Firhad. Aku mengangguk.
" boleh tunjukkan aku pejabat tak?," pintaku kepada Firhad.
" Boleh sangat, jom,"
≫ ──── ≪•◦ ❈ ◦•≫ ──── ≪
Pejabat
" Assalamualaikum kak Amni, saya ada bawa pelajar baru," ujar Firhad sebaik sahaja kami masuk ke dalam pejabat. Kerani atau namanya Amni itu mengangkat kepalanya.
" Waalaikumussalam, Adelia kan?," soal kak Amni selepas menjawab salam yang Firhad beri sebentar tadi.
Aku menganggukkan kepala.
" Ye, saya Adelia," balas aku.
" Baik, abang kamu dah uruskan apa yang patut. So sekarang kamu boleh terus masuk ke kelas kamu. Sebelum tu boleh akak tahu saiz baju kamu apa supaya senang akak nak tempah baju sukan kamu sekali dengan nametag kamu," kata kak Amni.
YOU ARE READING
Until We Meet Again!
Teen Fiction" siapa korang? kenapa? kenapa aku tak dapat ingat korang?," - Awwal ---- 3 tahun menderita disebabkan penyakitnya, Adelia sudah berputus asa untuk mengingati orang dirasakannya penting dalam hidupnya. " kamu nak pindah sekolah? Kenapa?," soal Tuan...