𝔠𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 ⁴

7 2 0
                                    

Sedari tadi Adelia menyanyi lagu Little Mix Secret yang dinyanyikan oleh Love Song ft Jason Derulo, keadaan kelas yang bising itu langsung tidak menganggu mood Adelia untuk menyanyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedari tadi Adelia menyanyi lagu Little Mix Secret yang dinyanyikan oleh Love Song ft Jason Derulo, keadaan kelas yang bising itu langsung tidak menganggu mood Adelia untuk menyanyi.

" guys, cikgu Maya tak ada hari nie. Jadi buat kerja masing-masing," kenyataan dari ketua kelas tersebut membuatkan tangan Adelia semakin laju menari-nari diatas kertas.

Nak tahu Adelia buat apa? dia sedang melukis apa saja yang terlintas difikirannya dengan mulut yang terkumat-kamit menyanyi. Macam sekarang difikirannya muncul wajah Levi Ackerman, watak dari anime Attack On Titan.

" alahaii, bosannya tak ada aktiviti. Kau tak ada apa-apa yang game ke yang boleh kita main, Adel?," soalan dari Aman menyentakkan dirinya yang sedang leka melukis.

" hm, main kuiz nak tak?,"

" tak akan kita saja yang nak main?," muka cuba dimaniskan walaupun tahu yang riaknya penuh keterpaksaan.

Pap! pap! pap!
Kini Adelia menjadi tumpuan rakan sekelasnya setelah dia menepuk tangannya tiga kali berturut-turut.

" guys, jom main kuiz nak? kita main secara berkumpulan, kumpulan mana yang paling sedikit markahnya perlu belanja semua makan dikantin. Macam mana? Berani?," kata Adelia apabila semua rakan sekelasnya memandang kearahnya.

" ou ya, kumpulan kita akan cabut undi ya. tak adillah kan kalau kita pilih ahli kumpulan sendiri, sudah semestinya kita akan pilih rakan sendiri, right?," sambungnya sambil mengangkat kening.

" aku setuju, asalkan ada hadiah," itu dia mamat haji bakhil kelas tersebut telah bersetuju dengan alasan ada hadiah.

haha kenapa gelaran dia haji bakhil, sebabnya dia kedekut nak mampus. Dia pinjam barang orang boleh, tapi bila orang nak pinjam barang dia mulalah banyak alasan yang diberi olehnya. Nama sebenar yang diberikan kepadanya ialah Faiq Aiman.

" aku pun setuju, lagipula kita bukannya ada apa-apa yang perlu diselesaikan, daripada kita buang masa begitu saja lebih baik habiskan masa dengan bermain kuiz. kalau bernasib baik, takperlu kita keluar duit untuk makan sekejap lagi," haa apabila ketua kelas yang berdedikasi, Kasyah Adri mula setuju, maka ramailah yang setuju dengan cadangan Adelia.

" okay jadi sekarang aku nak bahagikan kumpulan. kita cabut undi ya, masukkan saja tangan korang kedalam bekas nie dan ambil mana-mana kertas. Ingat seorang, satu saja dan jangan buka mata, siapa yang buka mata dikira disqualified," terang Adelia sebelum memberi satu bekas yang berisi kertas warna yang sempat dikoyak dan dilipat menjadi kecil oleh Demons menjadi untuk mengundi ahli kumpulan.

" Adelia, kuiz berkaitan apa yang akan disoal?," soal Hanim, salah seorang classmatenya.

Terhenti tangan yang sedang menulis dipapan putih tersebut.

" hm, kalau soalan tentang tajuk form two nak? boleh kita ulang kaji balik, sambil kita bermain, kita belajar, boleh? tak kisah dari subjek apapun asalkan tajuk form two, yang tak ada dalam aliran kita pun boleh," balas Adelia dalam bentuk pertanyaan kepada rakan sekelasnya.

Adelia tersenyum apabila semua bersetuju dengan apa yang dicadangnya.

" Firhad, kelas nie ada berapa orang?," soalnya tanpa memandang muka Firhad.

" 27 orang termasuk kau, tapi dua orang lagi tu ada hal keluarga jadi diorang tak dapat datang," Adelia mengangguk apabila mendengar jawapan Firhad.

lima bahagian dibahagikan lalu digaris menjadi kotak untuk menulis markah.

" ala, aku nak kumpulan dengan kau," kata Wani sambil mengelap air mata palsunya.

" aku pun, huwaa," balas rakan karibnya, Syaza. Tergelak para pelajar 4 Aquamarine melihat telatah dua sahabat tersebut.

" haha baiklah, kita mula sekarang ya," kata Adelia menamatkan sesi gelak tawa itu.

" eh kejap, siapa yang nak tulis markah kalau semua turut serta dalam permainan nie," soal Marliq, pelajar nerd yang pendiam dan suka menyendiri mula mengeluarkan suara buat kali pertama untuk hari ini.

Terdiam sebentar mereka apabila soalan itu diajukan.

" aku yang akan tulis tapi korang nak aku join dalam kumpulan ke atau macam mana?," balas Adelia.

" hm, macam nie kau tak perlu jawab soalan tapi kau dikira ahli pasukan dalam kumpulan kau," Adelia mengangguk faham apabila mendengar penerangan daripada Dhija, si penolong ketua kelas.

" okay, masuk kumpulan masing-masing dan beritahu warna yang korang dapat serta nama ahli kumpulan," arah Dhija. Kelam kabut mereka mencari rakan sekelas yang mendapat sama warna.

" merah. Aydien, Dhija, Qayyim, Aiman dan Adel,"

" purple. Marliq, Kasyah, Aman, Dhia dan Adila,"

" biru. Firhad, Raykal, Aisya, Syaza dan Hanim,"

" hijau. Aniq, Adief, Wani, Damia dan Qilah,"

" kami yang terakhir, kuning. Yusuf, Airien, Eryn, Darwin dan Asyraff,"

" korang nak terus bagi soalan atau nak tengok buku form two dulu?," soal Adelia.

" alahaii, kalau tengok buku form two lagi bagus tapi kita mana ada buku form two dah," jawab Asyraff.

" okay, kelas kita tak ada cikgu sampailah masa rehat jadi ada masa selama dua jam setengah. Macam nie kita ambil masa 10 minit untuk pergi pinjam buku teks, tapi ambil seorang satu subjek dan buku pula jangan ambil dari junior yang sama tapi ambil dari junior yang berbeza. Contoh sajalah, aku pinjam buku adam dari 2 Garnet jadi korang jangan pinjam pada dia. Sebelum pinjam tanya dulu, dah ada yang pinjam buku dia ke belum, kalau belum baru ambil pinjam. Faham?," terang Kasyah panjang, lebar, tinggi dan rendah.

Pelajar 4 Aquamarine mengangguk apabila sudah faham apa yang diterangkan oleh ketua kelas tersebut.

Mereka mula keluar dari kelas menuju ke aras satu yang terletak kelas-kelas tingkatan dua. Ou ya, Adelia tinggal dikelas, takut pula nanti ada guru yang bertanyakan keadaan kelas tersebut tapi tak ada murid. Maunya nanti nama kelas naik kat perhimpunan, dah kena lari keliling padang, pishang matt!!

Until We Meet Again!Where stories live. Discover now