𝔠𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 ⁷

4 0 0
                                    

Sedar tidak sedar sudah masuk dua minggu Adelia bersekolah di Scarlett High School

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedar tidak sedar sudah masuk dua minggu Adelia bersekolah di Scarlett High School. Dan dalam dua minggu jugalah Adelia semakin rapat dengan Demons dan rakan sekelasnya yang lain.

" aaa terasa lama tak datang sekolah!!," jerit seseorang di depan pintu kelas.

Pelajar 4 Aquamarine yang tadinya sibuk berborak, mula menoleh memandang ke arah pintu. Pelajar yang menjerit tadi masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat kosong.

" bonjour Demons!!(hello Demons!!)," sapa pelajar itu ceria dalam bahasa ibundanya.

" bonjour Rayyan, Hayyan!!(hello Rayyan, Hayyan!!)," balas Demons serentak.

" hai si cantik manis, nama saya Rayyan Hazrieff. Nama awak siapa?," sapa Rayyan pada Adelia yang sibuk membaca komik yang dibawa oleh Nuqman.

Adelia mengangkat kepalanya apabila mendengar soalan tersebut.

" Iman Adelia, panggil saja Adel," buat seketika mata Rayyan dan Adelia bersambung sebelum Adelia mengalihkan matanya ke arah komik yang dipegangnya.

Kepala ditoleh memandang Demons yang sedang berborak dengan Hayyan.

" weyh, nama dia hampir sama dengan nama Awwal," bisik Rayyan kepada Hayyan. Tak mahu Adelia mendengar perbualan mereka.

Hayyan memandang kembarnya lama.

" cuba tanya Demons, mana tahu diorang tahu apa-apa ke?," bisiknya semula. Pandangan mula dialihkan memandang wajah Demons.

" weyh, betul ke tu nama Adel? nape nama dia sama dengan nama Awwal?," lega. Lega dapat luahkan soalan yang asyik bermain difikirannya.

Demons diam. Terjongkit kening twins tersebut.

" betullah tu nama dia, kitorang pun tak tahu kenapa nama dia sama macam nama Awwal," balas Yusuf setelah lama mereka diam.

" entah-entah dia sebenarnya Awwal," tukas Rayyan.

" tapi kalau dia memang betul Awwal, kenapa dia macam tak ingat kita je?," tanya Firhad pula.

Senyap. Masing-masing tiada jawapan untuk soalan yang diajukan oleh Firhad.

" maybe dia sakit?," usul Hayyan yang sedari tadi diam. Sakit apa?

" amnesia, sakit amnesia," tambah Hayyan seakan-akan tahu apa yang bermain difikiran rakan-rakannya.

Demons mengangguk faham. Logik dirasakan dengan apa yang dikatakan oleh Hayyan.

" aku.. ada satu soalan," ujar Aman perlahan sekadar untuk menarik perhatian rakan-rakannya.

Mereka mula memberikan sepenuh tumpuan kepada Aman yang seperti ingin bersuara tapi takut-takut.

" macam mana kalau kita dah jumpa Awwal semula dan dia tanya tentang Wina? apa yang kita nak jawab kat dia?," tanya Aman setelah lama dia mengarang ayat didalam kepala.

" lambat laun kita perlu beritahu juga dekat dia. Sama ada dia bersedia atau tidak, dia perlu tahu juga. Kita boleh rahsiakan daripada dia dan kita sendiri yang perlu beritahu dia sebelum dia tahu daripada mulut orang lain," jawab Aydien panjang dan lebar serta jelas.

Demons yang lain mengangguk kepala tanda faham.

Bunyi kerusi ditarik telah menarik perhatian Demons yang sedang berborak. Kepala ditoleh memandang arah bunyi tersebut.

" eh kau nak pergi mana, Adel?," soal Yusuf apabila melihat Adelia berdiri. Adelia sengih.

" nak gi tandas jap, nanti kalau cikgu masuk cakap aku pergi tandas tau," balas Adelia sambil menghulurkan komik Aman yang dipinjamnya tadi. (dia hulur kat Aman ya, bukan kat Yusuf.)

" okay,"

≫ ──── ≪•◦ ❈ ◦•≫ ──── ≪

" guys !!," panggil Adelia yang baru saja pulang dari tandas.

" cikgu-cikgu ada meeting hari nie, jadi cikgu suruh buat hal masing-masing dan jangan bising," terang Adelia.

" haih, tak ada cikgu lagi," keluh Qayyim sambil menyembamkan mukanya ke meja. Masing-masing mula membuat kerja sendiri.

Lagu ghost yang dinyanyikan oleh Justin Bieber meniti dibibir Adelia yang sedang ralit melukis tersebut. Kepala turut digoyangkan perlahan mengikut rentak lagu tersebut.

" kau buat apa tu, Ad?," soal Rayyan sekali gus telah menyentakkan Adelia yang leka itu.

" tak buat apa, asal?" kepala digeleng Rayyan, tanda tiada apa.

" dah berapa lama kau pindah sini?," suara serak basah tersebut telah menarik perhatian Adelia, kepala ditoleh ketepi memandang si penyoal. Hayyan yang sedang menyoalnya dengan muka yang masih kekal tiada perasaan.

" baru dua minggu,"

Until We Meet Again!Where stories live. Discover now