05

31 7 0
                                    

Aku kemas beg LK awal-awal. Aku nak kejar Ziyad. Aku nak berterima kasih (walaupun aku dah cakap terima kasih tadi) dan minta maaf kerana susahkan dia.

Kertas yang dia bagi tadi sememangnya berguna untuk aku. Aku lukis Afiah yang diapit aku dan Huda. Kami bertiga membuat ekspresi gembira sambil memegang kertas peperiksaan yang bermarkah A+.

Itu janji aku dengan mereka bertiga.

Afiah memang gembira bila dapat lukisan aku tu. Walaupun lukisan tu aku buat ala-ala conteng sahaja sebab masa suntuk, dia tetap puji lukisan aku. Siap kata nak frame dekat bilik tidur dia.

Memikirkan hal itu, aku tersengih.

Keluar sahaja dari kelas, aku nampak Ziyad sedang berjalan ke arah tangga. Aku percepatkan langkah, takut bertembung dengan pelajar bio dan akaun kelas aku yang lalu di tangga sama.

Sampai sahaja di tangga, aku memanggil namanya.

"Ziy-" aku tak sempat nak panggil habis nama dia.

Acah-acah drama pula.

Aku tak panggil sebab aku nampak dia tengah bersembang dengan seorang perempuan di tangga. Perbualan mereka nampak mesra. Ziyad sepanjang masa senyum dan gelak semasa mereka berbual.

Ziyad memang murah dengan senyuman tapi dengan perempuan tu, aura dia lain.

Aku sempat dengar Ziyad menggunakan kata ganti nama diri saya-awak dengan perempuan tu.

Aku senyum simpul, baru teringat yang dia dah ada teman wanita dari kelas yang sama dia duduk. Bezanya perempuan tu ambil subjek elektif Sains Komputer.

Aku pun patah balik ke kelas aku yang berada di laluan yang sama dengan hati yang patah.

Ceh.

Geli-geli je aku ni.

Masuk sahaja kelas, aku pura-pura tak kisah dengan apa yang berlaku tadi. Aku belajar macam biasa. Aku makan gula-gula yang aku dapat dari bilik LK tadi.

Macam biasa.

Sampailah waktu rehat tiba, jadual aku dah jadi tak biasa.

Qalish tunggu aku depan kelas.

"Sophia, teman aku pergi kelas sebelah," aku buat muka jelik. Kelas sebelah kelas lower form bermakna rehat mereka lagi awal saripada kami yang baru nak pergi rehat sekarang.

"Asal pulak?" soalku kasar. Dengan Qalish je aku berkasar sebab dia dah pernah reject aku.

Huh, ungkit lagi.

"Aku nak ambil barang dari Farish tapi aku taknak lah masuk sebab ada-"

"Ex kau?" aku menebak. Dia angguk dengan tebakan aku. Heh, poyo la dia ni. Dengan ex pun takut. Pebenda tah.

Hakikatnya, aku pun takut dengan ex-crush aku.

"Kenapa tak minta tolong Hakim ke, Kasyah ke, Azman-"

"Kau nak list semua budak kelas kita ke nak tolong aku?" soalnya dingin. Hek eleh tiber je ko ni. Nak minta tolong, cakap elok-elok.

"Okay okay sorry."

Jadi aku pun memberanikan diri untuk masuk ke kelas sebelah, berjumpa dengan Farish dan ambil barang Qalish.

Kau tahu barang apa?

Sebatang pensel mekanikal.

Hampir nak meletup aku dalam kelas tu, nasib baik aku ingat ni kelas orang, bukan kelas aku.

SophiaWhere stories live. Discover now