09

20 5 0
                                    

Aku mulakan langkah selepas aku yakin Ziyad dah selamat sampai mall. Yup, aku pergi sana juga cuma aku tak jalan dengan Ziyad. Sengaja. Aku taknak la tarik balik ayat aku tadi, kononnya taknak pergi mall.

Sampai sahaja di mall, aku terus pergi Family Mart. Senang. Dia dari luar mall aku dah nampak. Kedai pun kecil je. Tak perlu nak pusing banyak kali.

Aku capai snek yang ada di rak. Tak rasa nak makan berat-berat. Bila-bila masa je nanti ayah sampai.

"RM 4.50." Aku keluarkan duit dengan payah. Dompet tersangkut pula dekat poket beg membuatkan aku berdecit perlahan. Belakang aku ramai lagi orang. Ish Sophia ni, sekali tak buat benda menyusahkan orang lain tak boleh ke?

"Saya bayar sekali dengan dia," satu tangan menghulurkan duit not RM 10. Akak kaunter tu pandang aku, aku pandang orang sebelah.

"Baik." tanpa menunggu jawapan aku, akak kaunter tu terus ambil duit orang 'asing' tu.

Aku terus tinggalkan kaunter tu tanpa menunggu manusia yang baik hati tadi. Tak kuasa aku nak tunggu. Aku nak cepat.

Ceh. Alasan nyah.

Padahal aku duduk lepak je dekat sini.

"Kau ni laju-laju nak pergi mana?" suara garau singgah di telinga aku. Aku pandan depan. Ziyad dah ada depan muka aku.

Yup. Dia dah duduk.

"Aku dah kata tadi tapi aku nak cakap lagi sekali ; aku taknak bayar balik." ujarku dengan muka tak bersalah.

"And I told you before and I'm gonna repeat this again too ; tak payah bayar, memang nak belanja." Ziyad balas balik dengan jawapan yang sama membuatkan aku tersengih.

"How did you know-"

"Kau dekat sini?"

"Yea."

"Easy."

"Really?" soalku separa terkejut.

Lelaki itu angguk laju, "aku follow kau."

Hampir tersedak aku.

"What do you mean....?"

"Aku tunggu dekat bus stand depan mall. Aku tahu kau akan datang sini jugak, I mean... Datang mall lagi elok dari tunggu sorang-sorang dekat library."

Aku terdiam.

Perfect.

Dia sangat perfect to be a boyfriend material.

That's why he's taken. 

"Sophia? You good?"

"Why you?"

"Sorry?"

"Kenapa bukan Qalish?" aku menyoal dengan bodoh. Ziyad pandang aku pelik macam aku ni kena sampuk dengan benda lain.

Seolah baru tersedar, aku terus makan snek yang aku beli tadi. Aku buat-buat soalan tadi tu tak pernah keluar dari mulut aku.

Stupid.

Aku nak tanya soalan tu dalam kepala je. Tak sangka dia keluar ikut mulut.

"Kau memang ada apa-apa dengan Qalish?"

"Nope." dengan laju aku menjawab. Tapi memang betul pun jawapan aku. Kami tak pernah ada apa-apa dan takkan ada.

Ziyad macam nak buka mulut lagi, mungkin tak puas hati dengan jawapan aku namun aku mencelah terlebih dahulu,

"You know what, lupakan je soalan tadi." Aku kemas-kemas meja yang kami duduk sebelum aku bangun dari kerusi. Jam dah menunjukkan pukul 5 suku. Aku yakin ayah dah sampai.

SophiaWhere stories live. Discover now