06

32 4 0
                                    

Nasha dah kembali ke sekolah. Aku kembali ceria sebab ada kawan baik aku. Korang pun macam tu kan? Kalau boleh, taknak datang sekolah sebab member tak datang.

"Aku minta maaf tau Nasha, aku tak buka whatsapp awal-awal semalam. Penat sangat buat maths," aku meluahkan kegusaran aku. Semalam semasa aku belum tidur, aku menantikan juga mesej Nasha, kot-kot nak tanya homework ke apa tapi takde. Pagi tadi baru aku nampak mesej Nasha.

Dia mesej aku pukul 2 pagi.

Kau rasa?

" Hehe takpe, salah aku tu. Aku lupa kau ni memang selalu tidur awal," aku sengih. Semua orang tahu aku tidur awal. Siapa mesej aku pukul 12, ha padan muka dapat single tick.

Aku tolong ajar Nasha mana yang dia tak faham. Nasib baiklah masa pertama kami iaitu PJK tiada kelas. Cikgu tak datang. Ramai ambil peluang untuk siapkan kerja sekolah.

Tapi ramai juga yang tidur.

Setelah aku yakin yang Nasha boleh buat sendiri kerja sekolah tu, aku pun buat kerja maths. Harini takde maths pun tapi saja nak buat. Kerja sekolah lain aku dah siap.

Tiba-tiba ada satu bayang besar di atas meja aku membuatkan aku mendongak memandang atas.

"Ye?" aku menyoal. Sebenarnya taknak pun keluar suara tapi kalau tak tanya, aku yang annoyed dengan lelaki ni.

"Kau.. Busy?"

Aku geleng.

"Kalau macam tu, keluar kejap boleh?"

Aku kerut dahi mendengar ajakannya.
Tapi aku angguk. Lelaki itu keluar dahulu. Tak lama lepas tu, aku keluar.

Aku nampak dia sedang bersandar di dinding luar kelas. Cahaya matahari yang membelakanginya membuatkan dia nampak sangat cantik. Aku hampir fangirling di situ. Handsome. Qalish memang handsome.

"Sophia? Kau kenapa macam amazed sangat tengok aku?" Aku dapat rasa darah menyerbu ke muka. Dia perasan! Mana nak sorok-

"Rilek woi, takyah la gelabah. Ni bukan first time pun kau usya aku macam tu so chill,"

Allahu. Kalau nak suruh aku rilek, suruh la aku rilek. Tak payah lah mention pasal aku usya dia tu...

"Aaa so kenapa eh nak jumpa sini?" aku cepat-cepat menukar topik. Kalau lama di sini, aku boleh jatuh banyak kali ni.

"Kau tak baca ke whatsapp semalam?"

Aku berdecit.

"Aku lupa."

Pfft lupa. Sebenarnya aku malas. Pagi tadi aku buka whatsapp sebab Nasha je.

Aku dengar dia mengeluh sebelum dia berjalan ke arah aku.

"Okay, takpe. Biar aku cakap dekat sini lah."

"Hm okay? Cakap apa?" jantung aku berdegup laju. Tolong cakap, yang dia bukan nak confess kat aku-

Pfft takkan lah.

Kena kecam je nanti kalau dia betul confess kat aku. Baru 3 bulan lepas dia break up dengan Wirda.

"Kau... Free tak hujung minggu ni?"

Huh?

"Kenapa?"

"Aku nak ajak kau pergi Muzium. Boleh la nanti kau letak sejarah cinta kita dekat situ?"

Aku blur sekejap. Apa kena mengena muzium dengan-

Kejap.

"Woi," aku sepak kaki dia. Kelakar la tu pickupline dia tu? Tak menawan langsung.

Ceh tipu je. Padahal jantung aku rasa nak meletup.

SophiaWhere stories live. Discover now