TMB 6

4.5K 378 62
                                    

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

Andrea menyarungkan seluar straight cut berwarna hitam dan blouse putih. Rambut blondenya pula hanya dibiarkan lepas dan tidak diikat. Dia hanya mengenakan solekan ringan di wajahnya.

Tidak mahu berlebihan seperti ketika dia ingin mengadakan penggambaran. Pakaian yang dikenakan juga agak kompleks dan tidak menonjol.

Wajahnya dilihat sekilas di hadapan cermin. Selepas memastikan semuanya tepat di matanya, dia berlalu menuju ke pintu untuk keluar.

Pintu dikuak. Langkah disusun menuju ke tangga besar rumah tersebut. Sesekali kepalanya menjenguk daripada tingkat atas ke tingkat bawah, mana tahu jikalau tetamu yang dijemput papa sudah tiba.

"Angel, kau tengok apa?" terjah seseorang. Andrea terus berpaling ke suara tersebut. Ava rupanya.

"Is the guest already here?" soal Andrea. Ruang tamu dibawah masih kosong tanpa sesiapa.

"Belum lagi. Uncle kata on the way. Tak tahu lah 'on the way' gaya orang Malaysia" ujar Ava sebelum berlalu ke tangga untuk ke tingkat atas. Mahu pergi bilik dia mungkin, fikir Andrea

Rumah tersebut mempunyai dua tingkat tidak termasuk tingkat bawah. Tingkat pertama ini pula ialah semua bilik untuk ahli keluarga. Terdapat empat semuanya. Manakala di tingkat kedua terdapat enam bilik lagi. Dua daripadanya milik Avon dan Ava manakala dua lagi khas buat Makcik Minah serta Ryan yang menjadi driver buat papa dan mamanya. Bilik lain pula disediakan buat tetamu jika papanya mengundang sesiapa ke rumah.

Kakinya menyusun langkah menuruni tangga besar yang terus menyambungkan dia ke ruangan belakang rumah ataupun taman kecil yang dibuat oleh mama dan papanya sendiri.

Telinganya menangkap suara riuh-rendah ketawa mereka di taman luar rumah itu. Dan semestinya suara Zeelan yang paling kuat di pendengarannya. Andrea menyusun langkah ke sana.

"Tolong! Tolong! Argh, panas!" jerit lelaki itu apabila api di dalam tempat pemanggang itu semakin marak.

"Eh kipas la bengong, terbakar ayam tu!" Avon membalas. Tangannya laju mencapai kipas tangan dan mengipas api tersebut.

Kepalanya menjenguk ke luar melihat ahli keluarganya yang sedang duduk disitu. Zeelan dan Avon sedang membakar sesuatu di tempat pemanggang. Kakinya menyusun langkah mendekati mereka.

"Siap dah tuan puteri?" ujar Dato Mikael yang perasan akan kehadiran anak perempuannya itu.

"Sorry papa. Bella cari baju tadi, sebab tak tahu papa jemput ni siapa jadi Bella tak tahu nak pakai apa" Andrea menerangkan lantas mengucup pipi papanya.

Dato Mikael hanya tersengih dan menggeleng kepala. "Takpelah, duduk. Sekejap lagi mereka sampai"

"Fikir kau pakai gaun ke apa lambat sangat" sampuk Avon. Matanya memandang sekilas ke arah Andrea.

"Takkan lah aku pakai gaun malam-malam" Andrea menjengilkan mata. Andrea mendekati kerusi yang diduduki oleh Datin Aliya sebelum melabuhkan punggung disebelah wanita itu.

"Siapa juga yang datang ni papa, sampai buat BBQ bagai? Is it your friends?" soal Andrea memulakan perbualan.

"Well you might know after this. Papa tak boleh bagitahu, tak suprise la nanti" Dato Mikael menjawab.

E | THE MAFIA'S BRIDEWhere stories live. Discover now