TMB 1

10.1K 556 38
                                    

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

KLIK

KLIK

KCAK

Badannya digayakan dengan pelbagai gaya. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Riak wajahnya berubah-ubah. Tangannya pula sekejap berada di pinggang, sekejap di bibir, rambut dan bahu.

Cahaya kamera di hadapannya langsung tidak memberi kesan silau. Matanya yang sudah biasa dengan cahaya flash kamera yang berkelip di hadapannya.

"The last one!"

Bibirnya tidak lekang dengan senyuman menampakkan barisan giginya yang cantik. Sudah menjadi kerjanya dalam bidang permodelan ini.

PAK

PAK

PAK

"Brava! Brava Andrea!" ucap lelaki itu bangga. Tangannya ditepuk berkali-kali. Berpuas hati dengan hasil yang telah diambil. Model perempuan itu hanya tersenyum. 

"Thank You" Andrea hanya mempamerkan senyuman kecil.

"You doing a great job today. Pack your things and you can go home" arah lelaki itu sambil tersenyum. Andrea hanya mengangguk.

Andrea berlalu ke bilik persalinan pakaian. Baju yang dipakainya bagi sesi penggambaran tadi ditukar semula dengan pakaian yang dipakainya sebelum datang ke sini. Dia keluar semula dengan membawa beg tangannya di bahu.

Selepas berterima kasih dengan pihak penggambaran dan jurusolek yang lain, langkah disusun untuk keluar daripada butik berjenama tersebut. Rambut blondenya yang agak kusut akibat ditiup angin, diraup ke belakang.

Kring... Kring...

Bunyi deringan daripada telefon bimbitnya itu serta merta menghentikan langkahnya. Telefon pintar yang tersimpan elok di dalam beg tangan, dicapai.

Punat hijau ditekan tanpa melihat nama si pemanggil. Gadget itu dilekapkan di telinganya.

"Hello?" soal Andrea kepada si pemanggil.

"Where are you?" soal pemanggil.

"Milan for now. Why?"

"Balik awal, aku ada benda nak cakap dengan kau"

Kerutan kecil, muncul di dahinya. Skrin telefon tadi dilihat sekilas, melihat nama si pemanggil.

Zanver.

"Kenapa? Ada problem?" Andrea menyoal.

"No. Aku nak kau balik awal, tu je"

Semakin bertambah kerutan di dahi gadis itu. Apa juga yang mahu dikatakan oleh abangnya sehingga mendesaknya untuk balik?

"Tak boleh cakap sekarang ke? Buat suspen la kau ni" soal Andrea. Agak tertanya-tanya.

"Kalau kau nak tahu, kau balik sekarang" pemanggil bernama Zanver itu menjawab. Agak tegas nadanya di situ.

"Ye lah okay. Aku hang up dulu"

Punat merah pada skrin ditekan. Telefon pintarnya tadi, dimasukkan semula ke dalam beg tangannya. Kereta Audi A4 yang terparkir tidak jauh dari butik itu dituju.

"Haih penatnya! Balik je rumah aku nak tidur. Tak sabarnya!" ucapnya riang. Andrea menyanyi kecil. Isi kepala sibuk membayangkan betapa empuknya katil di bilik tidurnya. Sudah seharian dia perlu tersenyum manis dihadapan kamera, kini masanya untuk berehat.

E | THE MAFIA'S BRIDEWhere stories live. Discover now