TMB 7

4.3K 350 68
                                    

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

"A-apa?" Andrea tidak percaya. Matanya memandang papa dan mamanya bersilih ganti. Dia tidak salah dengarkah?

"Papa dan mama nak satukan kamu dengan anak Uncle Albert. Which is Isaac, apa pendapat kamu?" Mata Datin Aliya merenung ke dalam mata anak perempuannya itu. Terdapat sesuatu di mata anaknya itu. Ketakutan.

"Why out of sudden?" Andrea mengawal gementar dalam suaranya.

"Papa nak seseorang untuk jaga kamu Bella. Papa taknak apa-apa jadi dengan kamu. Lagipun apa salahnya, umur kamu pun dah masuk 25 tahun ni kan?" sampuk Dato Mikael.

"Tapi pa, how about--"

"Papa tak tahu sampai bila papa boleh sorok kamu Bella. Papa taknak satu hari nanti semua benda tak terkawal, Bella yang mati" pujuk Dato Mikael lagi. Terdapat maksud tersirat di situ.

"Uncle taknak paksa kamu, kalau kamu taknak Andrea" Tuan Albert menyelit perbualan tersebut.

"Semua terletak dekat keputusan kamu. Papa dengan mama tak boleh paksa kalau kamu taknak" ujar Datin Aliya.

"Bagi Andrea fikir dulu boleh? Beberapa hari ke, tak pun seminggu?" Andrea membuka mulut selepas lama berdiam diri.

"Boleh. Ambillah masa kamu. Tapi jangan lama sangat, mama takut jadi apa-apa dengan anak mama ni" ucap Datin Aliya sambil mengusap rambut anaknya.

Andrea mengangkat kepalanya memandang ke arah Aiden. Pandangan mereka bertaut.

"Can we have a talk? Now"

᯽᯽᯽

"Awak tahu pasal benda ni?"

Andrea memulakan bicara. Selepas meminta izin untuk beredar tadi, Andrea terus membawa Aiden ke sini. Kini mereka berada di taman belakang rumah. Keduanya sedang merenung ke dalam kolam buatan dihadapan mata.

"What?"

"Tak payah buat tak tahulah. Pasal kita ni? Did you already know about it?" Andrea berpaling lalu kepalanya didongakkan melihat lelaki itu.

"Atau awak yang sebenarnya yang rancang semua ni?" Andrea menambah lagi.

"I know nothing about this. Daddy bagitau aku pun petang tadi. So, kau tak perlu tuduh aku macam-macam" balas Aiden. Langsung tidak memandang ke arah Andrea.

"But if you were in my situation, will you accept it?" soal Andrea.

"Yes" tanpa keraguan Aiden menjawab. Andrea memandang tidak percaya.

"What do you mean by 'yes'? Huh Aiden?"

"Yes, I'll just accept the marriage. That's it" Aiden mejawab. Sekali lagi tanpa ragu dan teragak-agak. Andrea meraup wajahnya. Keduanya diam tidak bersuara selepas itu. Banyak yang menjadi buah fikiran Andrea tika ini.

"Do you really accept me or you just want to take advantage on me?" soal Andrea lagi. Cuba menguji.

"Advantage for what? Hah?" soalan dibalas dengan soalan.

Keduanya diam membisu. Tidak tahu apa yang mahu dibalas.

"Isabella Zyellya Andrea"

"Hm, what?" balas Andrea acuh tak acuh. Langsung tidak memandang lelaki itu.

E | THE MAFIA'S BRIDEWhere stories live. Discover now