TMB 4

4.7K 391 66
                                    

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

LaGuardia Airport. New York. 15.00 p. m

Andrea menghembus nafas lega. Dia telah pun tiba di New York 20 minit lepas. Penerbangan selama hampir 10 jam itu agak membuatkan satu tubuh badannya lelah.

Andrea menoleh memandang Aiden yang berada disebelahnya. Kenapa lelaki ini masih berada disini?

"Awak buat apa lagi dekat sini?" soal Andrea.

"Aku tunggu driver aku lah. Siapa nak duduk dekat kau?" Aiden membuat muka. Tangannya masih lincah menaip di atas skrin IPhone nya.

Andrea hanya menjengilkan matanya ke atas. Ada saja percakapan lelaki ini membuatkannya sakit hati. Sebenarnya dia juga sedang menunggu taxi untuk ke tempat penggambarannya pada hari ini. Namun dari pemerhatiannya seperti tiada taxi yang 'available'.

'Aku kena pakai subway ke. Aduh' fikirnya sejenak. Bukan dia tidak pandai menggunakan subway tetapi dia sering keliru dengan stesen-stesen mereka.

"Yang kau masih tercegat sini kenapa?" Aiden menyoal. Pelik melihat gadis tersebut yang sepertinya masih bingung itu.

"Suka hati sayalah nak berdiri kat mana pun" balas Andrea agak kasar. Kepalanya tika ini sebenarnya agak bercelaru.

"Shooting kau dekat mana?"

"Huh? What did you say?" Andrea berpaling. Cuba meminta lelaki itu untuk mengulang semula.

"Aku. Cakap. Shooting. Kau. Dekat. Mana" Aiden menjelaskan satu persatu perkataan yang disebutnya tadi. Kepalanya ditundukkan bagi melihat wajah gadis itu.

Andrea yang agak tersentak hanya diam terkaku. Atau patut dia katakan, malu?

"Faham?" Aiden masih dengan posisinya tadi. Matanya masih merenung ke dalam mata wanita itu. Andrea yang sudah tidak tahan untuk berada dalam jarak sedekat itu terus berpaling.

"Faham, faham. I need to go to Chelsea by this 4 p.m" ujar Andrea. Suaranya agak mendatar. Nafasnya cuba dikawal dan juga riak wajahnya.

"So why don't you take a taxi or subway from now on?" soal Aiden. Tangannya masih bermain di atas paparan skrin telefon miliknya.

Andrea hanya diam membisu. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Takkan dia mahu beritahu lelaki tersebut yang dia agak takut untuk menggunakan pengangkutan awam tersebut?

Aiden melihat sekilas ke arah Andrea. Senyuman kecil terukir. Dia faham akan apa yang difikirkan gadis itu. Dia cuma mahu menyakat saja.

"It's okay. Come with me" Aiden terus berjalan keluar dari airport tersebut. Dia menoleh semula ke tempat dia duduk tadi dan gadis tersebut masih lagi memandang ke arahnya. Bingung.

"Do you want to come or not? or you prefer to use subway instead?"

Andrea yang mendengar perkataan 'subway' terus sahaja menarik luggagenya dan berlari mendekati Aiden yang sudah pun berada di luar itu. Rezeki sudah dihadapan mata, kita ikut sajalah!

Lelaki itu sedang berada di tepi sebuah kereta bewarna hitam bersama seorang lagi lelaki yang sedang berbual dengannya.

Lincoln Navigator Black Level.

'Siapa juga mamat ni sebenarnya?' getus Andrea di dalam hati. Matanya masih memandang ke arah model kereta tersebut. Kakinya masih melangkah ke arah dua lelaki tadi.

E | THE MAFIA'S BRIDEWhere stories live. Discover now