𝕭𝖆𝖇 23

2.5K 149 2
                                    

"Mana dia ni? Maghrib dah, tak reti nak balik ke?" Helena dengan sabarnya menunggu kepulangan Zayn di sofa. Setelah selesai solat Maghrib tadi, dia segera berlari ke bawah ingat kan Zayn dah balik. Rupa rupanya, belum lagi.

Bunyi enjen kereta di luar membuat kan Helena menjadi teruja. "Dah balik!" Helena segera berlari untuk membuka pintu. Senyuman terukir apabila melihat kelibat Zayn yang menuju ke arahnya. "Lamanya you keluar. I call tak angkat pun." Helena mencebikkan bibirnya. Saja, nak manja manja.

"Tepi lah." Zayn menolak lembut tubuh Helena yang menghalangnya untuk masuk ke dalam rumah itu. "You, i cakap dengan you ni!" Helena menghentak kakinya, apabila Zayn tidak melayannya. Pintu rumah ditutup lalu Helena mengambil tindakan memeluk belakang tubuh Zayn. Erat.

"Semak lah Helena, kau nak apa!" Pelukan dileraikan kasar, wajah Helena dipandang tajam.

"Nak manja pun tak boleh. What ever, i ada masak. Jom makan sama sama!" Helena berkata teruja.

"Aku dah makan." Pendek dam kasar jawapannya. Tetapi itu tidak mematahkan semangat Helena untuk mengajak suaminya itu makan bersama.

"Ala, makan sikit je. At least you jamah. Penat tau i masak." Matanya dikebilkan. Meminta simpati. Zayn yang melihat itu terkaku.

"Ehem, aku tak suruh kau masak. Kau nak makan, pergi lah. Aku cakap aku dah makan kan." Tanpa menunggu balasan dari Helena, Zayn segera mengalihkan pandangannya lalu membawa diri menuju ke biliknya. Meninggal kan Helena seorang.

"Huh, ajak makan pun susah. Lepas tu aku masak banyak tu siapa nak makan. Aku dah lah tengah diet." Perutnya yang kosong dipegang. Lalu kaki di bawa menuju ke dapur. Lollipop yang terdapat di dalam balang diambil, itu lah kegemarannya. Macam budak budak.

"Diet but eat sweets. Who cares." Plastik dibuka lalu dimasukkan lollipop itu ke dalam mulut. Tudung saji dibuka, mengeluh dia melihat lauk tom yam itu, lauk itu diambil lalu disimpan di dalam peti.

"Suka hati nak makan ke tak." Sebiji epal diambil lalu dibasuh dan dibawa epal itu ke dalam bilik.

°°°

"Awak dah makan malam ke?" Zayn baru selesai menunaikan solat Maghrib itu duduk di atas katilnya sambil telefon melekap di telinganya.

"Baru je siap makan. Awak dah makan ke?" Jasmine menyoal.

"Belum lagi." Pendek sahaja jawapan Zayn.

"Kenapa tak makan lagi? Helena tak masak eh?" Sangka buruk si Jasmine.

"Eh tak ada lah, dia dah masak. Saya nak solat dulu baru makan." Entah kenapa, tidak suka dia mendengar Jasmine memburukkan isterinya.

"Oh kalau macam tu, saya tutup dulu lah. Pergi lah makan, saya ada kerja nak kena buat. Bye, assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Zayn menutup telefonnya. Diletakkan telefon di atas night stand lalu berdiri, keluar menuju ke dapur. Meja makan yang kosong dipandang pelik.

"Dia buang ke?" Peti dituju lalu membukanya. Tersenyum kecil dia melihat lauk tom yam yang dimasak oleh Helena itu. My favourite!

Dikeluarkan tom yam itu lalu dipanaskan. Periuk nasi dibuka, sekali lagi dahinya berkerut. "Tak makan ke perempuan ni?"

Setelah itu, Zayn duduk di meja makan dan menikmati makanan itu, walaupun rasanya sedikit masin. Helena yang turun untuk mengambil lollipop itu terhenti melihat Zayn yang sedang makan itu.

"Sedap tak?" Helena menyoal. Zayn memandang ke arah Helena. "Kau tak makan ke?" Soalnya prihatin, tidak menjawab soalan dari Helena.

"No, i'm on diet." Bersahaja Helena menjawab sambil mengambil satu lollipopnya. Zayn hanya melihat tingkah isterinya itu.

Lollipop di masukkan ke dalam mulut, langkahnya terhenti apabila Zayn memegang lembut pergelangan tangannya. Zayn berdiri lalu lollipop di dalam mulut Helena diambil lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Membulat mata gadis itu.

"Kau nak kurus sampai nampak tulang? Pergi ambil nasi, sekarang. Makan dengan aku." Zayn berkata tegas lalu kembali duduk tanpa mempedulikan Helena yang masih berdiri itu.

"Go, Helena." Helena tersentak lalu segera pergi mengambil nasi.

H E L E N A [✓]Where stories live. Discover now