𝕭𝖆𝖇 45

4K 156 2
                                    

"Sayang please bertahan sayang." Zayn bersama sama beberapa orang jururawat turut berlari membawa Helena ke bahagian kecemasan. Tangan Helena yang penuh dengan darah itu digenggam erat, tidak bersedia dia untuk Helena meninggalkannya.

"Encik tolong tunggu dekat luar ya." Seorang jururawat menghalang Zayn dari masuk dan membuatkan pegangan tangannya dengan Helena terlerai.

"Helena." Zayn terduduk, tidak pedulikan segelintir manusia yang memandangnya. Air matanya jatuh dengan banyak, untuk pertama kali, dia menangis kerana Helena.

"Zayn!" Panggilan dari Zach yang baru tiba di hospital itu tidak dipedulikan. "Ya Allah Zayn." Laura menekup mulutnya. "Zayn lengan awak." Laura yang baru sahaja ingin menyentuh lengan Zayn itu dihentikan oleh Zach.

"Biar abang bawa dia jumpa doktor." Zach mula melutut di sebelah Zayn lalu bahu Zayn dipeluk ingin memapah lelaki itu tetapi ditepis kuat oleh Zayn. "Jangan kacau lah! Aku nak tunggu Helena!" Wajah Zach dipandang.

"Lengan kau berdarah bodoh! Jom lah aku bawa kau pergi jumpa doktor!" Zach berkata geram dan kasar.

"Abang, apa cakap macam tu." Laura memukul perlahan bahu milik suaminya lalu Laura duduk di hadapan Zayn.

"Zayn, tengok saya." Laura memanggil Zayn, pujuk lelaki itu. Dengan perlahan Zayn memandang tepat pada wajah Laura. "Laura." Sebut sahaja nama kakak iparnya itu, air mata Zayn mengalir. Jujur, dia tak kuat.

"Laura, aku takut. Macam mana kalau Helena betul betul tinggal kan aku? Nanti kalau rindu, aku nak peluk siapa? Kalau aku tak ada mood, siapa nak ceriakan aku? Aku tak nak hilang dia. She mean the whole world to me." Ikutkan hati, ingim sahaja dia memeluk kakak iparnya itu, tapi untuk mengelakkan dari mendapat tempahan maut dari abangnya, baik jangan buat.

"Zayn, percaya saya. Helena seorang yang tabah, dia kuat Zayn. Kita sama sama doa okay?" Laura memujuk lembut, sementara Zach yang berada di sebelah Zayn itu menjeling adiknya. Sibuk dengan isteri orang!

"Sekarang, awak pergi jumpa doktor dengan Zach--"

"Why me sayang?" Zach berkata tidak puas hati, tadi dia nak tolong sebab tengok Zayn macam nak mati sangat dah. Ini macam elok pula.

"Abang." Laura membulatkan matanya. Orang tengah sedih dia sibuk nak mengada. "Saya tunggu dekat sini. Tunggu Helena. Okay?" Laura memandang tepat pada wajah Zayn. Dengan perlahan Zayn menganggukkan kepalanya.

Senyuman nipis Laura hadiahkan buat Zayn. Memberi adik iparnya itu semangat. "Sayang, save your smile." Zach berkata sebelum memapah Zayn untuk berjumpa dengan doktor.

°°°

"Sayang bangun, lama sangat kau tidur ni. Tak rindu aku ke sayang?" Tangan Helena digenggam lalu diusap, masuk harini dah lima hari Helena berada dalam keadaan koma. Dua hari lepas gadis itu melepasi tahap kritikalnya dan itu cukup membuat Zayn mengucap kata syukur.

"Sayang~" Zayn mula merengek apabila panggilannya tidak disambut oleh isterinya itu.

"Tak perlulah seksa aku sampai macam ni sayang. Aku kalah okay? Kau menang, i falled harder sayang. Aku rindu kau sangat sangat ni. Tak kuat aku tahu tak." Tangan Helena yang digenggam dibawa ke bibir. Tanpa dipinta, air matanya perlahan lahan mengalir.

"Kau suka ke tengok aku menangis macam ni sayang?" Dan ya, tiada sahutan dari isterinya. "Aku tanya ni Helena Raizel." Tangan itu dihayun perlahan. Dan tidak semena matanya jatuh pada jari manis gadis itu, baru dia ingat yang gadis itu tak pernah pakai cincin kahwin.

"Cepat bangun, kita pergi cari cincin kahwin okay? Kita buat majlis resepsi, macam yang kau nak tu. Kita buat semua yang kau nak, tau sayang. Tapi kalau nak buat semua tu, kau kena bangun dulu, kau kena tatap muka aku dulu. Kau kena peluk aku, pujuk aku dulu, aku merajuk dengan kau sebab ada niat nak tinggalkan aku. Dah lah janji lain, buat lain. Aku benci kau." Wajah Helena yang 'lena' itu dipandang.

"Tak gurau je, aku sayang kau sayang. No, i love you sayang. Fucking much, so please, don't you ever ever leave me alone. I'm begging."

"Zayn."

H E L E N A [✓]Where stories live. Discover now