Teaser 2
#ktt
“Hishh! Budak ni buat apa pula dekat sini.” Marah Ikmal sambil melemparkan bantal kecil ke arah Iqlima.
Mujur Isma sempat menahan bantal itu dari terkena tubuh Iqlima. Mencerlung mata Isma memandang si adik. Iqlima pula hanya tersengih-sengih kerana menyangkakan Ikmal sedang bergurau dengannya.
“Mal! Jangan nak buat perangai boleh tak?” Marah Isma. Namun Ikmal langsung tidak terkesan dengan amaran si kakak.
“Mama pun asyik nak main dengan dia aje sekarang. Sibuk nak berkepit dengan mama.” Rungut Ikmal dengan wajah yang masam.
Irwan tergelak lucu mendengar rungutan tidak masuk akal adiknya. Dengan budak setahun jagung pun, mahu diajak bergaduh.
“Ima ni baru nak masuk dua tahun. Mengalahlah sikit.” Nasihat Isma dengan lembut.
“Entah Mal ni. Ima ni dah jadi adik kita. Jadi, Mal kena layan Ima ni dengan baik.” Tambah Irwan.
“Tak nak! Mal tak nak budak comot ni jadi adik Mal.” Ikmal meluru ke arah Iqlima.
Iqlima yang sedang duduk di sisi Isma dipandang tajam.
Tanpa rasa bersalah, toncang rambut Iqlima yang diikat dua itu ditarik kuat. Terjerit Iqlima dibuatnya akibat perbuatan Ikmal itu.
Laju tangan Isma menepis tangan Ikmal yang masih lagi menarik rambut Iqlima.
“Arghhh!” Meraung Iqlima akibat terlalu sakit.
“Mal! Lepaslah rambut Ima!” Isma cuba menolak tangan adiknya.
Irwan yang terkejut turut cuba menarik tangan Ikmal dari terus mencederakan Iqlima. Suasana bertukar menjadi kecoh apabila Ikmal masih enggan melepaskan rambut Iqlima.
“Ya Allah. Apa yang korang buat ni?” Terjerit Puan Sarimah saat melihat situasi itu.
Dia yang baru sahaja pulang dari kedai runcit terkejut melihat cucu-cucunya sedang bergaduh. Iqlima menangis teresak-esak.“Ma... Ma... Ma...”
Puan Sarimah bergegas mendapatkan Iqlima.
“Mama akulah! Bukan mama kau!” Bentak Ikmal.
“Ikmal!”
🌹
Dari kecil lagi si Mal dah garang. Nak buat come, papa dia lagi garang😅😅
YOU ARE READING
kau takdir terindahku (Sold Out)
RomanceSpin Off dari kisah Tak Sempurna Tanpamu. kisah Ikmal dan Iqlima preorder sehingga 15/10/2021