Teaser 6

434 11 0
                                    


“Nanti abang carikan. Sabar ya.”

“Ima nak makan sangat pulut durian tu. Dari semalam lagi mulut ni nak jamah.”

“Nak buat macam mana. Buah tu ada musimnya.” Nasib baik juga isterinya tidak mengidam yang pelik. Kali ini, tiada lagi dia dipaksa memasak.

“Jangan menangis. Aku tak nak baby kita ni kuat menangis.”

Bulat mata Iqlima. Sudah setahun dia tidak mendengar panggilan kasar itu. Ikmal yang baru tersedar, lekas menutup mulutnya. Tersengih-sengih dia memandang Iqlima. Kadang-kadang dia selalu tersasul juga.

“Sorry yang...”

“Tak apa. Ima rindu pula abang cakap macam tu.”

Ternaik kening Ikmal. Jangan pula isterinya mahu menukar panggilan. Mahu kena bebel dengan mama.

“Jangan risaulah. Ima takkan suruh tukar panggilan. Tapi Ima nak juga pulut durian tu. Baby abang nak sangat makan.”

“Kalau nak makan apa-apa, suka guna nama anak. Anak abah, nanti keluar... jangan ikut perangai umi awak.”

🥰

Yang ni tak ada dalam buku lama. Hari ni la st day PO. Selepas hari ni, ha rga berubah ya. Dan segala uru san pesanan melalui penerbit. Tq❤️❤️❤️

kau takdir terindahku (Sold Out)Where stories live. Discover now