1

70 11 11
                                    

Seorang lelaki terbangun dari tidur. Dia menggosok matanya dan tiba-tiba mindanya teringat akan mimpi tadi.

'Kenapa mimpi tu asyik datang lagi?' batin jejaka itu bersuara.

Dia melihat jam,

'3.15?, waktu yang sama lagi?'

Setiap malam lelaki itu akan bermimpi tentang seorang perempuan yang menangis meminta tolong dia mencari penyebab dia mati dan pembunuhnya.

Lelaki itu mengeluh perlahan dan sambung berbaring. Esok dia akan didaftar masuk ke sekolah baru jadi dia mahu tidur yang cukup.

~Skip~

Wonwoo pov

Aku memasuki sekolah dengan langkah yang perlahan. Selepas aku terjaga semalam aku tidak dapat menyambung tidur tu kerana aku rasa seperti aku diperhatikan. Mimpi semalam masih lagi menghantui diri aku.

Aku menuju ke pejabat untuk mendaftar. Sampai sahaja didepan pintu pejabat aku mengetuk pintu.

"Masuk"

Selepas mendapat izin untuk masuk aku membuka pintu dan menyapa seorang kerani yang berada di dalam pejabat itu.

~Skip~

Selepas mendaftar aku menuju ke kelas yang diberitahu. Sesampai aku dihadapan kelas aku mengetuk pintu itu dan keluar seorang wanita. Mungkin ini cikgu.

"Kamu murid baru kan?"

"Ya, saya murid baru"

Wanita itu mengangguk dan menyuruh aku masuk ke kelas. Aku menunduk sambil berjalan masuk sehingga tiba di sebelah wanita itu.

"Baik kelas, kita ada rakan baru. Sila perkenalkan diri," pinta wanita itu atau Cikgu kim kepadaku.

"Annyeong! Jeon Wonwoo imnida. Sila beri tunjuk ajar," aku berkata seraya menunduk memberi hormat.

"Ok wonwoo kamu boleh duduk sebelah jun, jun sila angkat tangan"

Seorang lelaki mengangkat tangannya. Ok tu budak bernama jun.
Aku duduk disebelah dia.

"Hai, aku wen junhui boleh panggil aku jun."

"Jeon wonwoo, panggil jer wonu"

Aku nampak dia menganguk. Aku mula fokus menyalin nota.

Skip

Waktu rehat dah tiba aku berjalan menuju ke perpustakaan tapi aku rasa ada yang ikut aku dari belakang tapi bila aku pandang belakang tapi tak ada sesiapa pun yang ikut aku. Jadi aku abaikan saja bila aku dah sampai di perpustakaan aku nampak sekumpulan budak lelaki diorang tengah berbincang kot.

Aku memilih tempat yang agak tersembunyi dari diorang. Aku membaca buku sambil memakai fon telinga.

Semasa aku sedang membaca satu tulisan muncul di muka surat yang aku tengah baca.

'tolong cari pembunuh tu'

Aku tak faham sedang aku memikirkan tentang hal itu. Seseorang menyapa aku.

"Awak jeon wonwoo kan"

Aku mengakat kepala aku dan melihat siapakah gerangan yang menegur aku.

"Ye, saya jeon wonwoo"

"Saya Hong jisoo, sunbae awak juga pengawas pustaka ni"

"Ouh''

Jisoo tersenyum nipis.

"Awak kawan jun kan''

Aku memandang wajahnya dan lantas menjawab

"Aku rasa aku tak pernah berkawan dengan orang bernama jun, siapa dia"

Korang mesti tertanya kenapa aku cakap macam tu sebenarnya aku rasa lebih baik aku tipu dari jujur kan.

"Kalau ye pon nak tipu agak agak lah aku ada kat sini dari tadi lagi"sampuk satu suara atau lebih dikenali sebagai jun.

Aku memang dah tau dia ada kat sini saja nak tengok reaksi dia bila aku cakap macam tu.

"Hai wonwoo, aku  kwon soonyoung"

"Ouh hai, wonwoo panggil wonu jer"

"Shua kembar kau nak jumpa"

"Ouh okey"

"Hai wonwoo aku yoon jeonghan, senior kau a.k.a kawan jun"

Okey aku tak faham apasal diorang selalu sebut nama jun ni.

"Kau tak rehat ke woo?" Soal jun

"Tak aku tak pernah rasa nak rehat"

"Ouh kalau macam tu nak dengar tak cerita tentang perpustakaan ini, auch" tanya seseorang tapi lepas jer habis dia tanya kaki dia dipijak oleh jeonghan sunbae.

"Apasal kau sebut tentang tu"

"Apa benda betul la kan"

Dah mula dah

"Apa maksud korang"

"Ouh err..."

"Cerita lah"

Aku nak tau jugak sebenarnya

"Okey cerita dia macam ni. Dulu pustaka ni-"belum sempat dia cerita ada orang tegur diorang

"Hannie jom rehat dengan taetae."

"Ouh jom la korang, won nak join tak?"

Aku menggeleng kepala aku nak membaca lah bukan nak rehat.

"Ouh ok jom"

Tapi aku perasan orang yang ditarik oleh jisoo sunbae tadi pandang aku macam nak bagi tau sesuatu.

Ehh kejap... Dia pandang aku maksudnya dia bukan pandang aku tapi dia pandang sosok dibelakang aku. Aku rasa dia nampak sebab itu dia senyap. Aku dah bosan lah.

"Tolong cari pembunuh tu"

Shit dia tau aku nampak dia. Jap dia cakap macam pernah dengar lah ayat tuu suara pon macam pernah dengar tapi aku lupa kat mana.

Tbc

Macam mana chap ni ok kalau tak ok bagi tau ye. Typo abaikan.

Vote and komen please

Thanks

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🩸🩸🩸🩸🩸🩸🩸🩸🩸🩸🩸🩸🩸🩸💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

school ghost: the library [C]Where stories live. Discover now