Note: abaikan imej diatas hiks
Wonwoo pov
Ya, sekarang ni aku sedang perangkap jun. Aku tau apa yang dia cakap dalam hati tu pun bantuan siljoo. Dia sorokkan sesuatu ke?
"K-kenapa kau nak tau tentang sejarah sekolah ni?"
"Sebab kau je boleh tolong aku."
Jun kelihatan resah dan gelisah. Apa yang dia cuba sampaikan. Dia menarik tangan aku dan bawa aku ke satu stor lama yang ada di bumbung sekolah.
Apa siot budak ni nak buat?
"Dasar otak biru, dia nak bagitau kau benda yang orang lain tak boleh tau lah tu!" Marah setan yang cute. (Hoho)
Aku hanya diam dan melihat gelagat si jun budak yang terlebih hensem. (shhh)
"Aku akan bagitau satu rahsia. Pelajar perempuan yang pernah hilang tanpa jejak kat sekolah ini tu sebenarnya..."
"Woi, korang buat apa dalam stor lama ni berdua. Dah kena bisikan syaitan ke?" Tegur seseorang.
Kitorang pandang ke arah lelaki tu berada. Lepastu kitorang lihat kedudukan kitorang sekarang. SAH!!!
Sah, lelaki tu dah salah faham.
Author pov
Selepas mereka perasan yang kedudukan mereka terlalu rapat yang membuatkan lelaki tu salah faham. Si jun mengelap bibirnya.
Wonwoo dah pandang dia kecik besar kecik besar je.
"Korang buat apa kat sini dah lah tak masuk kelas, bila nak taubat hah!!"
"Sunbae, sunbae dah salah faham ni!"
"Apa yang aku salah faham, kalau aku tak datang mesti dah jadi lain!"
"Mana ada kitorang buat apa apa. Kitorang terperangkap tadi."
"Kau diam wen junhui, sekarang aku tengah free. Korang nak aku laporkan kepada pengetua sekolah ni ke? Jawab lah cepat!"
(Siapalah orang ni membebel kalah mak mak eh- sorry)
"Sunbae kalau ada syaitan kat sini. Ada kitorang duduk macam tadi tak. Sebab dia akan lebih dari tu."
(Nadh insaf lah)
"Maksud kau wonwoo?"
"Maksud saya, semalam saya nampak sunbae keluar dengan seseorang siap makan suap menyuap lagi." Kata wonwoo sambil smirk.
"Hyung..."
"Kau nak apa wen junhui?"
"Seungcheol hyung keluar dengan jeonghan hyung ke?"
''tak aku tak akan pernah keluar dengan jeonghan."
"Saya ada bukti sunbae." Celah wonwoo
"Ergh, fine aku lepaskan korang kali ni jer hari lain tak akan muahahahaha!"
Diorang berdua apa lagi pecut tinggalkan Seungcheol sorang diri.
Skip~
Selepas pulang diorang berdua disuruh menyapu kelas. Denda kata cikgu sebab datang lambat.
"Won, kau sapu tu aku buang sampah." Kata jun
"Asal aku pulak kau lah sebab kau yang bagi jawapan pelik pelik. Sebab kau jugak aku kena denda sekali!"
"Lek lah, ini telah membuktikan yang kita ni jodoh."
"Ouh jodoh yer..."
Pang,pak, puk, pok, pang, pang,
YOU ARE READING
school ghost: the library [C]
Fiksi Penggemarmengisahkan tentang pelajar pelajar yang ingin mengetahui rahsia dan siapa dalang disebalik kematian yang selalu berlaku di perpustakaan sekolah mereka. dapatkah mereka mencari rahsia sebalik kematian itu. ©ndh.pchn 2021 hak cipta terpelihara start...