21

4.9K 181 31
                                    

Hadith melepaskan kepala Ammara dengan kasar lalu bersandar belakang dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hadith melepaskan kepala Ammara dengan kasar lalu bersandar belakang dinding. Dia meraup muka banyak kali.

"Mara. Satu sahaja aku minta dari kau. Tolong jangan buat aku marah. Aku tak ada niat pun nak sakitkan kau, tapi kau yang paksa aku! Salah ke aku nak cintakan kau, huh? Apa hebatnya Harith? Apa kurangnya aku?" Hadith bertanya.

Ammara mengusap pipinya yang sakit itu dan pandang kosong pada Hadith.

"Perlu ke bandingkan diri awak dengan Harith? Korang langsung tak sama! Awak jahat, Harith baik! Dia faham saya. Sedangkan awak? Saya tinggikan suara sedikit, terus awak belasah saya sampai awak puas" Ammara membalas.

Jeda.

"Aku mohon sangat-sangat pada kau. Beri aku satu peluang untuk buktikan cinta aku pada kau" Hadith menghampiri Ammara lalu mengenggam tangan dengan erat.

"Lepaslah! Sampai mati pun, saya tak pernah beri peluang tu. Jangan harap saya dapat terima pembunuh macam awak ni!" Ammara memberontak.

"Okay fine! Kau tak nak sangat beri peluang tu kan? Mulai hari ni, aku tak akan berlembut lagi dengan kau Ammara! Kau nak kenal sangat aku siapa kan?" Hadith terus memukul Ammara tanpa belas kasihan.

Ammara redha. Dia lebih memilih kesakitan daripada harus mencintai lelaki pernah rosak hidup dan membunuh kedua ibu bapanya.

•••

Malam itu, Harith menuruni anak tangga dengan laju. Dirinya lengkap berpakaian warna hitam. Dia bertembung dengan Tuan Rahman bersama Puan Halma diruang tamu.

"Harith. Kamu nak pergi mana pula tu? Kamu tu baru sahaja keluar dari Hospital" Puan Halma bertanya.

Otaknya mula memikirkan ayat yang sesuai harus diberi. Tak akan mahu beritahu mahu mengintip abangnya pula.

"Harith nak keluar sekejap. Ada hal penting. Nanti Harith baliklah. Mummy janganlah risau, Harith dah sihat. Tak ada sakit dah" Harith membalas.

"Pergi mana? Tak elok keluar tengah malam-malam ni. Dengar cakap Daddy, Harith" Tuan Rahman pula bersuara.

Dia berdecit halus.

"Mummy Daddy. Sekejap sahaja Harith nak keluar. Ada perkara penting ni. Harith pergi dulu ya" Harith meminta diri.

Sebaik sahaja susuk tubuh anaknya menghilang, hujung baju suaminya ditarik perlahan.

"Abang, saya rasa Harith ada sesuatu nak buatlah. Saya risau kalau mereka gaduh lagi" Puan Halma meluahkan rasa.

"Tak adalah. Awak jangan fikir sangatlah. Abang tahu apa yang Harith buat tu, adalah terbaik untuk kita semua" Tuan Rahman membalas.

"Baiklah" Puan Halma cuba menghalau rasa ragu terhadap anak bongsunya itu.

•••

Harith keluar daripada kereta. Matanya memandang kelab malam itu dengan lama. Ramai perempuan seksi manantikan mangsa mereka. Ada juga yang sedang menari tanpa menghirau suasana disekeliling.

BAKAL DISEKSA SEMENTARA (C)✔Where stories live. Discover now