29

4.1K 172 58
                                    

9 BULAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

9 BULAN...

Hadith mengatup mata beberapa saat. Cuba mencari kesabaran yang banyak dalam diri. Kedegilan gadis itu seolah-olah mencabar dirinya. Sejak mengetahui tentang rahsia itu, seratus peratus Ammara berubah. Dia sendiri tidak tahu mengapa isterinya berkelakuan begitu.

"Baby... Please minum susu ni. Abang banyak kerja lagi nak buat. Jangan degil okay" Hadith berkata dengan lembut. Susu dihulurkan pada Ammara. Ini entah kali ke berapa dia memujuk.

"Awak tak faham bahasa ke apa, Hadith? Saya tak nak minum susu tu! Awak banyak kerja sangat kan? Pergilah buat. Tak perlu paksa saya" Ammara marah. Dia tidak suka dipaksa begitu.

"Baby! Jangan degil sangat boleh tak? Abang suruh minum tu minum sahajalah. Tak perlu degil!" Hadith mula sedikit hilang sabar.

"Awak pekak ke? Atau memang awak ni suka paksa orang ek? Oh tak ingat, saya kahwin dengan awak pun atas paksaan kan? Isteri awak dulu pun, awak paksa macam ni ke?" sengaja Ammara menambah bara atas api.

PRANG!

Sebaik sahaja petik nama Adra, lantas dia mencengkam dagu isterinya. Kini tahap kesabaran dalam diri sudah habis. Dia guna cara baik pun salah, apa lagi guna cara kasar.

"Kau dah kenapa nak masukkan Adra dalam masalah ni,huh? Kau suka mencabar aku kan?" Hadith menyoal.

Ammara senyum sinis. Ini masanya untuk dia menguji lelaki itu.

"Apa masalah awak sampai sakitkan saya? Saya tanya adakah awak paksa isteri awak tu macam ni juga ke? Itu pun salah ke?" Ammara menyoal balik.

PANG!

"Masalahnya dia dah meninggal! Kau faham tak? Adra tak ada apa-apa dalam masalah ni! Kau tak perlu nak sebut lagi!" Hadith bengang.

"Awak cinta kan dia?" sekali lagi Ammara menyoal. Pipi ditampar tadi dipegang.

Hadith mencerlung tajam padanya. Dia duduk bertinggung sambil cengkam rambut Ammara dengan kuat sehingga mendongak kepadanya.

"Soalan bodoh apa kau tanya? Dia isteri aku, dan dia first love aku! Dia satu-satunya perempuan aku cinta!" Hadith menjerit kuat.

Ammara diam. Entah mengapa sesuatu yang tajam telah menusuk ke dalam hatinya. Cemburu? Mungkin. Anak mata Hadith dipandang selunaknya.

"Habis itu, siapa saya dekat depan awak ni? Saya isteri awak atau perempuan hanya lahirkan anak awak?" Ammara menjatuhkan titisan air mata.

Hadith diam. Dia telah putus kata. Secara perlahan cengkaman tersebut dileraikan. Dia kembali berdiri dan mendekati balkoni.

"Awak masih tak boleh lupa dia, Hadith. Dalam hati awak tu cuma ada dia seorang sahaja. Adra Dhiya tempat pertama dihati awak. Bukan saya. Saya hanyalah perempuan untuk awak balas dendam atas perbuatan Mak Abah saya. Saya tahu, mulut awak cakap cinta saya, tapi hati awak? Benarkah ucapan itu? Kandungan saya dah masuk 9 bulan. Waktu tu tak lama pun. Entah esok atau bila-bila sahaja saya lahirkan anak awak. Selepas itu kita akan cari kebahagiaan masing-masing" Ammara gagahkan diri untuk bangun dan beredar pergi.

Hadith diam sambil menghadam apa gadis itu katakan. Setelah bunyi derapan kaki semakin menjauh, lantas dia mengalirkan air mata jantannya. Dia sendiri sudah keliru dengan perasaan.

Adra Dhiya atau Ammara Dahlia? Masalahnya dua orang gadis itu dalam hatinya. Dia menyayangi keduanya. Mengingati perjanjian itu, sangat perit untuk terima.

•••

Hadith keluar dari perut kereta dan menghampiri Harith sedang menunggunya itu. Dia mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Cermin mata dibuka lalu diletak ke atas meja.

"Apa hal kau suruh aku datang?" Harith bertanya, acuh tak acuh.

Mengingati semua perbuatan pernah lelaki itu buat ke atas dirinya, membuat dia malas mahu berjumpa.

"Aku nak minta tolong kau, Rith" Hadith menjawab. Hanya lelaki itu sahaja dapat membantu dirinya.

Harith tergelak kecil. Dia sudah dapat agak apa abangnya mahu meminta tolong.

"Pasal Mara? Sorry, aku tak nak masuk campur" Harith meneka.

"Tolonglah aku. Hanya kau sahaja dapat ubah fikiran dia tu" Hadith merayu.

"Dulu aku merayu pada kau bang, suruh kau mengaku semua kesalahan kau pada Mummy Daddy. Tapi apa kau buat? Langsung tak hirau. So... aku pun malas nak tolong kau" Harith berkata.

"Kau nak mengungkit atau nak buat apa pun pada aku, buatlah. Satu sahaja aku minta tolong, pujuk Mara untuk lupakan perjanjian tu. Aku perlukan dia dalam hidup aku" Hadith mengenggam tangan adiknya.

Harith merentap kuat tangannya. Dia menjeling dan hembuskan nafas lemah.

"Itu masalah rumahtangga kau. Lagi pula kau tu dah besar panjang. Siap boleh berfikir lagi" Harith membalas.

"Masalahnya kau seorang sahaja mampu ubahkan fikiran dia. Mara tu dengar cakap kau, bukan aku. Tolonglah. Beberapa hari lagi sahaja lagi dia nak bersalin. Kalau kau tak fikir perasaan aku, fikirlah pasal anak tu nanti. Apa aku nak jawab kalau dia tanya pasal Mak dia, huh? Tak akan aku nak jawab Mak dia dah mati?" Hadith kusutkan rambutnya. Sakit kepala dia mahu memikirkan semua ini.

"Kau pandai berjanji, pandailah tanggung. Dahlah aku blah dulu" Harith angkat punggung dan pergi.

Dia hentikan langkahnya sebentar sebelum berpaling melihat abangnya sedang meraup muka itu. Jelas terlihat stress.

"Malam ni, pukul 9:00 aku datang rumah kau" Harith berkata. Dia memusing kembali ke belakang dan pergi.

•••

Hadith mendekati pintu bilik tidur mereka. Dipulas beberapa kali tombol namun berkunci. Satu keluhan dilepaskan.

"Baby... Buka pintu ni. Abang ada sesuatu nak cakap" Hadith berkata sambil mengetuk pintu.

Jeda.

Dia mahu memusing badan mahu pergi tetapi pintu bilik dibuka luas. Kelihatan bawah mata gadis itu bengkak. Mungkin menangis, fikirnya.

"Harith nak datang nanti. Baby bersiap-siap, selepas itu turun bawah" Hadith mengarah.

Ammara menjatuhkan kepala beberapa kali dan kembali masuk ke dalam. Dia melihat sekilas pada Hadith sedang menahan itu.

"Maafkan abang pasal tadi. Abang betul-betul tak berniat nak sakitkan Baby. Abang minta maaf ya" Hadith memohon kemaafan.

DUM!

Pintu bilik ditutup kuat sehingga berhasil bunyi dentuman. Hadith senyum tipis dan turun ke bawah. Mungkin hati gadis itu masih marah padanya, fikirnya.

HARAP KORANG BERSABAR DENGAN PERANGAI AMMARA SEMAKIN MENJADI JADI NI OKAY HAHAHA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARAP KORANG BERSABAR DENGAN PERANGAI AMMARA SEMAKIN MENJADI JADI NI OKAY HAHAHA

BAKAL DISEKSA SEMENTARA (C)✔Where stories live. Discover now