27

4.2K 193 29
                                    

Ammara berhenti dari terus menyapu lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ammara berhenti dari terus menyapu lantai. Dia berpaling ke belakang dan melihat Qaz dan Araz sentiasa menemaninya itu. Dia jadi kurang selesa bila ada mereka itu. Rasa rimas pun ada.

"Awak berdua ni boleh berhenti tak teman saya? Saya rimaslah" Ammara memulakan bicaranya.

Qaz dan Araz saling berpandangan.

"Maafkan kami, Puan Mara. Ini arahan dari Tuan Hadith. Dia mahu kami sentiasa pantau Puan" Qaz membalas.

"Betul Puan. Nanti gaji kami kena potong" sambung Araz.

Ammara menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Saya nak kemas sahaja. Awak jangan risau. Saya tak akan lari. Awak pantau dekat sana. Saya akan beritahu pada Hadith tentang ni" Ammara berkata.

Mereka berdua ragu-ragu mahu beredar dari situ namun pergi jua.

"Kemas je pun. Tak akan nak lari kot?" Ammara mengomel dan terus masuk ke dalam sebuah bilik.

Matanya meliar sekeliling sambil mengerutkan dahi. Penyapu dan juga penyedok diletak ke tepi. Dia menghampiri ke arah meja.

Dirinya bagaikan terkena sumpahan beku tatkala melihat bingkai gambar seorang perempuan cantik bersama suaminya, Hadith.

"Siapa perempuan ni? Kenapa mereka kelihatan rapat sangat?" Ammara menyoal sendiri.

Dia meletak kembali bingkai gambar itu. Matanya tertancap pada almari. Kaki diatur ke arah tersebut. Daun pintu almari dibuka dan sekali lagi dia terpempan. Terdapat banyak baju dan aksesori barang kemas. Tanpa membuang masa lagi terus dia geledah mencari sesuatu. Satu nota kecil diambil dan membaca apa isi di dalam.

Walaupun abang hirau tak hiraukan Adra, Adra tetap sayangkan abang. I miss you more Hadith Dazyen.

DUP!

Jantung bagaikan mahu terkeluar saat membaca nota tersebut. Siapa lelaki itu dan apa kaitan dengan perempuan ini? Mengapa harus dia ada dalam situasi sekarang ini? Pelbagai soalan timbul difikiran.

"Siapa izinkan Baby masuk dalam bilik ni, huh?" Hadith menegur.

Ammara terkaku. Perlahan sahaja dia memusing ke belakang. Hadith sedang bersandar dipintu itu hanya beriak kosong. Dia menggengam nota tersebut.

Dia harus berani!

Berani untuk kebenaran!

Sempat dia mencapai bingkai gambar sebelum menghampiri lelaki itu.

"Siapa perempuan ni dan apa maksud nota ni?" Ammara menyoal serius.

"Isteri abang" Hadith menjawab ringkas. Dia tidak perlu terkejut. Dia sudah dapat meneka apa reaksi gadis itu. Lambat atau cepat, gadis itu tetap akan tahu kebenaran.

"Isteri awak? Habis itu, saya ni siapa? Isteri kedua awak? Awak dah gila ke Hadith? Saya tak nak orang labelkan saya perampas dan perosak rumahtangga orang!" Ammara meninggikan suara.

Panggilan pun sudah bertukar seperti sediakala.

"Kenapa Baby nak marah kalau dia isteri abang? Baby cemburu? Bermaksud Baby cintakan abanglah kan?" Hadith menyoal.

"Cemburu? Saya tak pernah cemburu! Awak tak faham ke apa saya cakap tadi? Saya cakap, saya tak nak orang labelkan saya perampas atau perosak rumahtangga awak! Macam mana dia akan tahu awak ni beristeri dua? Awak sengaja lukakan hati dia ke apa?" Ammara membalas.

Kekadang geram dengan lelaki itu. Suka buat orang naik angin.

"Orang tak akan labelkan Baby macam tu. Trust me. Tiada sesiapa pun" Hadith berkata. Dia cuba meraih tangan isterinya namun ditepis kasar.

"Awak gilalah Hadith! Saya tetap tak setuju apa awak cakap tu!" Ammara menggeleng laju.

Hadith pejamkan mata beberapa saat sambil mengemam bibir. Dia pandang lunak ke dalam anak mata gadis itu.

"Tapi dia dah arwah. Baby jangan risau, orang tak akan berani cakap Baby perosak atau perampas. Itu pilihan abang sendiri" Hadith jujur. Dia tersenyum tipis dan tunduk kepala ke bawah.

Ammara tergamam. Dia diamkan diri. Cuba untuk menghadam. Nampaknya terlalu banyak rahsia lelaki itu.

"Kenapa saya awak pilih? Tolong terus-terang apa dah terjadi. Saya merayu sangat-sangat" kedua belah tangan dirapatkan sambil merayu padanya.

Hadith menarik lengan Ammara dan mendekati ke arah katil. Ammara labuhkan punggung di situ. Hadith menghampiri ke arah almari dan mengambil sesuatu. Dia memusing tubuh ke belakang dan kembali mendekati Ammara.

"Itu gambar perkahwinan abang dengan Adra. Adra Dhiya wanita paling abang cintai. Dan abang juga orang paling bodoh dan rugi kerana kehilangan dia. Kisah ni bermula sejak abang belajar dekat UK. Semua orang tak tahu abang dah kahwin, termasuk Mummy Daddy. Seorang sahaja yang tahu, kawan abang. Abang kenal dengan Adra beberapa bulan dan kami nak merancang berkahwin. Pada mulanya kami bahagia sangat. Rumahtangga mana tak ditimpa masalah. Sejak abang jejak kaki dengan kelab dan tidur dengan mana-mana perempuan membuat abang ketagih. Sejak hari itu abang selalu abaikan dia. Abang langsung tak ambil kisah pasal dia. Bila dia makan, tidur, pergi langsung tak hiraukan. Abang pulang ke rumah pun bukan nak jenguk dia tapi lepaskan nafsu sahaja. Tapi satu sahaja abang bangga dengan dia, walaupun abang dah banyak sakitkan hati dia, tetap juga dia ambil berat pasal abang.

"Pada malam hujan sangat-sangat lebat. Dimana abang kehilangan dia dan anak kami buat selamanya. Sejak kejadian tu, abang betul-betul menyesal kerana tak menghargai dan tak jaga dia. Abang tak pernah tahu masa tu dia mengandung. Kononnya nak datang buat surprise dekat abang, tapi abang pula yang dapat surprise. Baby nak tahu kenapa abang bunuh Mak Abah Baby? Sebab Adra meninggal kerana kena langgar lari. Suami mana yang tak marah apabila dapat tahu isteri dia kena langgar lari? Abang balik ke Malaysia dengan dendam. Iaitu balas dendam dekat Mak Abah Baby. Kalau bukan dia yang langgar, abang tak akan hilang Adra dan tak jadikan Baby sebagai mangsa. Abang sayang dan cinta kedua-dua isteri abang" Hadith berterus-terang.

Ammara diam. Dia tak tahu apa lagi mahu bicara. Memang benar, Mak Abahnya pergi ke UK pada beberapa tahun yang lepas atas urusan kerja. Sejak mereka balik dari UK, terus jadi pendiam dan masing-masing buat hal sendiri.

"Saya nak minta maaf bagi pihak Mak Abah saya. Saya tak tahu pun dia orang yang langgar isteri awak. Apa pun, perjanjian tetap perjanjian" Ammara angkat punggung dan pergi dari situ.

Hadith menghantar pemergian isterinya dengan ekoran matanya sahaja. Dia memicit pelipis lalu hembuskan satu keluhan.

"Walau apa pun berlaku, aku tetap akan berusaha untuk buat kau batal balik perjanjian tu" Hadith berkata.

NOW DAH FAHAM DENDAM APA HADITH BUNUH MAK ABAH AMMARA?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOW DAH FAHAM DENDAM APA HADITH BUNUH MAK ABAH AMMARA?

BAKAL DISEKSA SEMENTARA (C)✔Where stories live. Discover now