Twenty Four

205 24 62
                                    

Sudah seminggu y/n tidak berhubung lagi dengan mitsuya.

Ada kala mikey dan draken menegurnya, dia menyapa dengan baik namun jika mitsuya tiba tiba datang dia terus beredar.

Hari pertandingan fashion show semakin dekat.

Mitsuya dan lily banyak menghabiskan masa bersama menyiapkan baju rekaan mereka tanpa y/n.

Lily juga beberapa kali bertanya tentang y/n dengan risau. Risau keadaan y/n. Mitsuya hanya diam tidak menjawab apa apa setiap kali lily menanyakan tentang y/n.

Setelah apa yang terjadi, y/n semakin rapat dengan tiga rakannya itu. Dia juga sedang memikirkan sama ada dia harus atau tidak keluar dari kelab menjahit itu.

Hana mina dan neena apa lagi? Mereka bertiga hidup dengan gembira apabila y/n kembali jadi kuli mereka seperti dulu dan menjauhka diri dari mitsuya itu.

" y/n! Kau tahu kan malam esok kita nak pergi mana! Yeahhhh!" kata mina dengan teruja membuatkan y/n yang termenung di dalam kelas itu terkejut.

" pergi mana?" tanya y/n perlahan sambil tersenyum tawar.

" kita akan pergi concert!! Aku dah belika tiket vvip untuk kita Berempat yeayyyy. Manalah tahu artis tu akan jatuh cinta dengan aku."

kata mina tergelak gelak bersama hana dan neena.

Mendengar itu, y/n hanya tersenyum tawar tidak berkata apa apa,tidak menolak pelawaan mina itu.

Tiba tiba dia teringat bahawa malam esok merupakan malam fashion show yang sepatutnya dia hadiri bersama lily dan mitsuya.

Dia hanya mengeluh sementara tuga rakannya disebelah sedang sibuk terkinja kinja.

___________

" mitsuya kun.. Mana y/n. Lily dah lama tak jumpa dia. Lily risau." kata lily memandang mitsuya dengan wajah yang risau.

Mitsuya hanya terdiam. Tangannya laju menggosok gosok debu yang berada di atas baju rekaannya.

Melihat mitsuya yang tiada respon itu, lily terdiam sementara seisi kelab sudah mula kecoh melihat mereka berdua berpakaian seperti couple itu.

"kyaaaaa comel nyaaa couple goals sangat!"

Lily hanya tersenyum tawar tidak berkata apa apa. Dalam fikirannya masih sibuk memikirkan tentang y/n. Dia betul betuk risau.

Mitsuya pula tidak tersenyum, tidak juga marah. Dia seolah olah tiada perasaan.

" kau datang awal esok. Boleh kita prepare untuk rehearsal dulu." kata mitsuya sebelum terus menuju ke bilik penyalinan baju.

Lily mengangguk tanda faham.

____________

" omggg! Cantiknyaaa! Kyaa!"  mina sudah terlompat lompat gedik sambil memegang dress berwarna putih di shopping mall itu.

Tangannya yang memegang baju itu kemudian mendekatkan bajunya dengan badan y/n.

" omg y/n! Mesti cantik kalau kau pakai baju ni pergi concert malam ni! ". Kata neena pula.

" err cik, baju tu berharga 3299." kata penjual itu risau mina yang memegang dress yang mahal akan merosakkan kain baju itu.

" eh eh. You ingat aku ni miskin ke? Baju 5000 pun aku boleh bayarlah. " kata mina menjeling penjual yang menegurnya itu.

Dia kembali tersenyum memandang baju itu semula.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Where stories live. Discover now