Y/n keluar dari kereta berwarna hitam itu. Driver yang membuka kan pintu untuk y/n terus menutup pintu sebaik sahaja y/n keluar.
" arigatou." kata y/n mengucapkan terima kasih kepada driver yang sudah bekerja dengannya sejak dia kecil lagi itu.
Drivernya, jiro itu mengangguk sebelum berkata " y/n balik pukul berapa hari ni?" tanyanya.
Y/n mendongak seketika seraya berfikir. Langit yang cerah itu dipandangnya sebelum berkata " taktahu lagi lah. Nanti bila y/n nak balik y/n call." kata y/n.
Jiro mengangguk faham lalu terus memasuki kereta itu semula.
Baru sahaja kereta itu laju meninggalkan y/n yang sedang me lambai lambai ke arah drivernya itu, datang 3 orang gadis ke arahnya.
Jangan salah faham, mereka bukan pembuli y/n. haha.
" alaaa y/n, kenapa tak suruh jiro tunggu dulu. Aku baru nak minta nombor telefon dia." kata hana memuncungkan mulut ya.
Kaki dia pula terjengket jengket sambil melihat kereta hitam itu berlaku pergi.
Ini hana. Hana mempunyai kecantikan yang fuhh recik gitu. Tahi lalat di bawah matanya di wajah yang berkulit putih itu menambahkan lagi kecantikan Dan kemanisan dirinya.
Namun dari segi pemikiran pula, hana sangat lah tidak berfikiran baik.
Markah academic lemah, Namun terima kasih pada ibubapa hana yang mempunyai Wang ringgit yang berkepuk kepuk,
tidak lah hana perlu risau tentang peraturan sekolah tentang sepatutnya pelajar yang tidak mempunyai purata yang baik secara berterusan haruslah dibuang.
Bagi saja mereka duit, mulut mereka akan diam. Hana juga seorang yang lurus bendul, senang ditipu si hana ni.
Y/n mencebik. " ish kan aku dah cakap dia kan lagi tua dari kita, kau nak try dia lagi? Gelilah" kata y/n pada hana yang sibuk melihat kukunya.
Drivernya, jiro memang berwajah tampan sehingga kan rakan rakan nya juga sanggup datang ke sekolah lebih awal hanya kerana mahu berjumpa dengan jiro itu.
" ala tua 10 tahun je. Orang zaman dulu ada apa kahwin beza 10 tahun. Eh kau tahu tak nenek aku dengan atok aku tu beza 10 tahun tau." kata hana lagi tergelak kecil.
Sudah puas melihat kukunya yang baru digilap di Spa semalam , dia melihat pula pantulan dirinya di cermin.
Y/n hanya membuat muka. Boleh pulak hana beza kan dengan atok nenek dia. Maleh aku.
" ugh, y/n Cuba kau tengok ni. Eii geram la." kata mina pula yang sedari tadi sedang melihat sesuatu di paparan skrin telefon bersama seorang lagi rakan ya, neena.
Mina terus menghulurkan telefon terkini yang berharga ribuan ringgit itu kepada y/n.
Telefon itu diambil, gambar di paparan skrin dilihatnya.
Terlihat gambar seorang lelaki bergambar bersama seorang perempuan dengan gembira. Apa yang salahnya, tak faham la. Kata y/n dalam hati.
" pastu? Apa yang kau geramnya?" tanya y/n hairan. Bagi nya dia tidak nampak apa apa yang salah pun dalam gambar itu.
Kelihatan jelas lelaki itu gembira dengan senyuman yang lebar bersama perempuan di dalam gambar itu.
" ei kau ni kenapa? Tu kan ex mina, jangan cakap kau lupa, y/n." kata neena pula.
Dia menjeling y/n dengan geram. Mina mengangguk Setuju dengan kenyataan neena.
Menyedari itu, y/n hanya Tersengih. Mana la dia nak ingat ex mina yang beribu ribu. Dia tukar tukar boyfriend macam tukar baju.
YOU ARE READING
mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction)
Fanfiction[ malay fanfiction×] 🇲🇾 Megisahkan tentang Mei y/n seorang gadis yang sering dikongkong oleh rakan rakannya, Hidup bahagia bersama ayah tirinya yang baik Dan kaya. Namun masih mencari cari siapakah ayah kandungnya yang langsung tidak pernah dij...