"Ni bukan kelab sangat pun. Lebih kepada, komuniti. Atau, geng? Kira macam, geng la. Tapi, ini adalah lembah yang gelap. Aku tak rasa kau boleh sesuaikan diri kau" Jelas Raisya dengan mudah.
"Kenapa sampai Aqis kena terlibat?" Aqis menyoalkan Raisya sambil menangis terisak-isak.
"Modus operandi diorang macam ni Aqis. Diorang tak nak bagi kantoi. Diorang nak masing-masing jaga mulut. Jadi dengan cara ni, diorang boleh tutup mulut sesiapa yang terlibat. Kalau ada orang lain tahu. Memang nahas."
"Nahas? Nahas macam mana Rai?" Aqis mula rasa hairan.
"Aku tak tahu la nak explain macam mana dekat kau Aqis.... Aku harap kau tabah." Raisya kemudian bangkit dan menuju ke pintu keluar kelas. Beberapa pelajar lain yang masih ada dalam bilik itu sedang mengukir senyuman. Tidak lama kemudian Fadli kembali masuk ke dalam kelas tersebut dan mengarahkan yang lain untuk keluar.
Aqis berasa semakin takut lalu cuba melarikan diri. Sewaktu Aqis sedang menuju laju ke arah pintu kelas, budak lelaki yang lain cuba menghalang namun tidak semena-mena mereka ditendang oleh seseorang.
Kaki Raisyah yang menghayun laju tepat mengena salah seorang yang cuba mendakap Aqis lalu Raisyah terus mencapai tangan Aqis yang hampir terjatuh dan diheret, dibawa lari bersamanya. Sedar akan keadaan yang semakin kucar, Fadli cuba mendapatkan mereka berdua. Aqis dengan keadaan yang tidak sedar telah berlari laju meninggalkan Raisyah. Kaki Raisyah tersadung ketika melalui jalan yang berlongkang lalu rebah ditinggalkan Aqis.
"LARI AQIS!!!" Jerit Raisyah yang telah dihempap oleh Fadli.
"KAU BODOH KE RAI! KAU LEMBAB?!" Fadli meninggikan suara, hampir pecah gegendang telinga Raisyah.
"Kejap Fad, kau j-j-angan macam ni." Rayu Raisyah.
"Jangan apa?! Kalau dia buat mulut kepoh macam mana?!" Fadli tidak berpuas hati dengan rayuan Raisyah.
Raisyah cuba membetulkan posisinya yang sedang terbaring dan dicekik oleh Fadli agar dapat memberi penjelasan yang munasabah.
"Aqis tu budak baik. Ustazah tu. Bukan dengan cara ini untuk setelkan dia. Bagi aku handle dia." Raisyah merayu untuk menenangkan keadaan.
"Setel tak setel. Kalau bocor, ingat. Klip kau tersebar."
Raisyah yang sudah menduga akan ugutan itu akur. Dia bingkas bangkit untuk tidak mengeruhkan keadaan. Mereka semua kembali ke kelas tersebut dengan kadar segera sebelum ada orang lain yang perasan keberadaan mereka di situ.
*******
"Hi, boss. Saya Farah, secretary baru boss." Suara perempuan yang agak manja kedengaran melalui telinga Tuan Rafi. Rafi memandang dengan perasaan terkejut kerana tidak menyangka akan ucapan tersebut.
"Secretary? Farah? Siapa appoint kamu untuk ditugaskan untuk saya?" Soal Tuan Rafi kepada Farah.
"Sememangnya Pengarah Eksekutif akan mendapat seorang secretary khas, boss. Errr, boss lupa? Boss dinaikkan pangkat?" Jawab Farah dengan keadaan yang, awkward.
"Oh ya. Ya. Ohhhh. Okay baiklah. Emm, jadi nanti kalau ada apa-apa workload untuk kamu nanti saya email ya?"
"Baik boss. Kalau perlukan apa-apa dengan kadar yang segera, saya sentiasa berada di meja saya ya boss? Betul-betul depan bilik boss ya." Ucap Farah sebelum meninggalkan bilik Rafi.
"Haih, dah kena ada secretary pula." Tuan Rafi merungut dalam hati.
*******
Akan bersambung
(Nota penulis: Bagaimana pengalaman anda membaca naskah ini? Jangan lupa untuk masukkan dalam reading list. Komen sekiranya mahukan sambungan. Sekiranya tidak ramai yang berminat, aku akan hentikan karya ini. Jangan lupa follow aku untuk naskah yang lain!)
YOU ARE READING
[🔞] Balqis Insyirah
Romance[ONGOING SERIES] Mengisahkan tentang gadis bernama Aqis, bekas pelajar sekolah dari Pantai Timur yang terpaksa berpindah sekolah ke Kuala Lumpur oleh kerana ayahnya mendapat kenaikan pangkat. Aqis merupakan seorang anak gadis yang sopan santun dan...